Now Reading
Pokémon GO Fest 2026 Global: KTM Ubah 23 Stesen Jadi PokéStop, Berpeluang Jumpa Pokémon Istimewa!

Pokémon GO Fest 2026 Global: KTM Ubah 23 Stesen Jadi PokéStop, Berpeluang Jumpa Pokémon Istimewa!

Para pemain yang menaiki kereta api berpeluang melakukan spin bagi mengumpul ‘item dan sumber dalam permainan’ di PokéStop KTM terpilih.

In Brief
  • 23 stesen KTM terpilih di seluruh Malaysia akan menjadi PokéStop sementara dari 11 hingga 13 Julai.
  • KLCC Park dipilih sebagai lokasi rasmi Asia-Pasifik untuk Pokémon GO Fest 2026: Global, dengan kemasukan percuma.
  • Legendary Pokémon Mewtwo dan Mythical Pokémon Zeraora akan hadir, termasuk penampilan sulung Mega Mewtwo X dan Y.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak permainan videonya diperkenalkan pada tahun 1996, animasi Pokémon masih menjadi kegilaan kebanyakan anak-anak generasi milineal.

Pada tahun 2016 pula, permainan dalam talian Pokémon Go mula dilancarkan di seluruh dunia yang terus menjadi ‘komitmen harian’ dalam kalangan para peminat.

Kini, permainan itu yang telah menjadi fenomena bakal mengadakan Pokémon GO Fest 2026: Global pada 11 dan 12 Julai ini di seluruh pelusuk dunia!

Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini

23 Stesen KTM Jadi PokéStop, Pemain Berpeluang Tangkap Pokémon Istimewa

Malaysia juga tidak ketinggalan apabila bakal menyertai acara Pokémon sedunia itu.

Sempena Pokémon GO Fest 2026: Global, 23 stesen KTM terpilih di seluruh negara akan menjadi PokéStop sementara dari 11 hingga 13 Julai.

Menurut Gamer Santai, PokéStop ini akan memberi peluang kepada para pemain yang menaiki kereta api untuk melakukan spin bagi mengumpul ‘item dan sumber dalam permainan’.

Malah pemain juga mungkin berpeluang menemui Pokémon istimewa sepanjang acara berlangsung.

Berikut merupakan 23 stesen KTM yang terlibat:

Lembah Klang

  • KL Sentral
  • Kuala Lumpur
  • Sungai Buloh
  • Batu Caves
  • Midvalley
  • Bandar Tasek Selatan
  • Kajang
  • Seremban
  • Pulau Sebang
  • Subang Jaya
  • Shah Alam
  • Klang
  • Pelabuhan Klang

Utara

  • Padang Besar
  • Arau
  • Alor Setar
  • Butterworth
  • Bukit Mertajam
  • Taiping
  • Ipoh

Selatan

  • JB Sentral
  • Kempas Baru
  • Gemas

KLCC Park Jadi Lokasi Rasmi Asia-Pasifik Pokémon GO Fest 2026: Global

Sepanjang tempoh Pokémon GO Fest 2026: Global, acara sambutan fizikal juga akan diadakan di KLCC Park yang dipilih sebagai lokasi rasmi peringkat Asia-Pasifik.

Kemasukan adalah percuma, dan para pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti interaktif serta sudut bergambar yang disediakan termasuk oleh pihak KTMB.

“Pengunjung juga berpeluang menebus barangan eksklusif Pokémon dengan hanya menunjukkan aplikasi KTMB Mobile (KITS), kad fizikal Komuter Link, atau tiket transit kod QR yang sah kepada petugas di booth tersebut,” lapor Gamer Santai.

Sebagai info, Pokémon GO merupakan aplikasi dalam talian yang menyediakan permainan augmented reality (AR) untuk menangkap dan mengumpul Pokémon.

Pemain yang digelar Trainer akan ke lokasi di dunia sebenar sebelum terserempak dengan Pokémon dan cuba menangkapnya.

Seperti tagline “Gotta Catch ‘Em All!”, misi pemain adalah bagi melengkapkan ensiklopedia digital yang digelar Pokédex.

Mewtwo & Zeraora Akan Lakukan Penampilan Sepanjang Pokémon GO Fest 2026: Global

Pokémon GO Fest 2026: Global akan berlangsung 11 dan 12 Julai, jam 10 pagi hingga 7 malam mengikut waktu tempatan.

Apa yang menariknya, acara yang mengambil tempat di seluruh dunia ini akan menampilkan Legendary Pokémon Mewtwo dan Mythical Pokémon Zeraora.

Malah, Mega Evolution Mewtwo, Mega Mewtwo X dan Mega Mewtwo Y, juga akan membuatkan penampilan kali pertama dalam Pokémon GO.

Bagi menyambut tahun yang istimewa ini, para pemain bakal menikmati satu jam tambahan masa acara sepanjang Pokémon GO Fest 2026: Global.

Pokémon GO Fest 2026: Global boleh disertai secara PERCUMA oleh Trainer yang log masuk ketika tempoh acara itu.

“Ini bermakna Special Research, bonuh tambahan dan peluang tambahan untuk menemukan Shiny Pokémon tersedia untuk semua Trainer tanpa kos!” kata The Pokémon Company.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pokémon GO Fest 2026: Global [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd