Now Reading
Arwah Bapa Tak Sempat Lihat LRT3 Siap, Anak Jurutera Sambung Legasinya Hampir 30 Tahun Kemudian

Arwah Bapa Tak Sempat Lihat LRT3 Siap, Anak Jurutera Sambung Legasinya Hampir 30 Tahun Kemudian

Jurutera penyelenggaraan, Emir, berkongsi kisah arwah ayahnya yang pernah terlibat dalam fasa awal LRT3 sebelum bersara.

In Brief
  • Jurutera penyelenggaraan Emir Irfan menyambung legasi arwah bapanya dalam industri rel hampir 30 tahun kemudian melalui projek LRT3.
  • Arwah bapa Emir mendedikasikan 25 tahun dalam industri rel, namun tidak sempat menyaksikan LRT3 siap sepenuhnya sebelum bersara 2021.
  • Emir, yang asalnya pelajar jurusan automotif, tidak pernah menyangka akan menceburi industri yang sama seperti bapanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Minggu ini, ribuan penumpang mengambil kesempatan untuk menaiki LRT3 Laluan Shah Alam buat kali pertama laluan ini mula beroperasi Isnin kelmarin (29 Jun).

Bagi jurutera penyelenggaraan Emir Irfan Mohd Zufri, ia turut menandakan satu detik peribadi baginya, iaitu menyambung perjalanan yang dimulakan arwah bapanya hampir tiga dekad lalu.

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau berkongsi dua gambar yang dirakam hampir 30 tahun berbeza.

Menunggu Untuk Tiba Di Hentian Terakhir Selama 30 Tahun

Pengalaman menaiki LRT3. (Foto: @thenamesammaris/Threads)

Gambar yang dimuat naik oleh Emir menunjukkan arwah bapanya di dalam SkyTrain di Vancouver, Kanada ketika satu latihan pentauliahan dan pengujian (T&C) pada tahun 1997.

Latihan pentauliahan dan pengujian itu untuk sistem rel bandar tanpa pemandu pertama di Malaysia. Manakala, gambar kedua pula menunjukkan Emir dalam sebuah koc tren LRT3 ketika fasa pentauliahannya, sebelum laluan itu dibuka.

Emir yang berasal dari Shah Alam berkongsi bahawa bapanya berangkat ke Vancour pada 1997, sebelum pelancaran Putra LRT, kini dikenali sebagai Laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi pada tahun 1998.

Hampir tiga dekad kemudian, Emir pula mendapati dirinya menjalankan kerja yang sama pada laluan Shah Alam.

“Saya perlu mengikuti tren itu menerusi pelbagai latihan pentauliahan dan pengujian untuk memahami sistemnya bagi tujuan penyelenggaraan, dan banyak yang perlu dipelajari,” kongsinya.

Arwah Bapa Mendedikasikan 25 Tahun Hidupnya Dalam Industri Rel

Menurut Emir, arwah bapanya telah mendedikasikan 25 tahun dalam industri rel bermula kerjayanya di Pusat Kawalan Operasi laluan Kelana Jaya sebagai perancang operasi sebelum naik pangkat menjadi pengurus.

Menjelang penghujung kerjayanya, beliau mengawasi sistem hasil laluan itu dan turut menyumbang kepada peringkat awal projek LRT3, sebelum bersara pada tahun 2021.

“Arwah bapa saya tidak pernah berpeluang melihat LRT3 siap sepenuhnya, walaupun beliau terlibat sejak peringkat awal projek sebelum bersara pada 2021,” kata Emir.

Beliau turut mengimbau bagaimana bapanya sering bertanya tentang perkembangan LRT3 semasa masih hidup.

“Rasa seperti saya melapor kepada bos setiap kali beliau bertanya,” tambahnya.

Tidak Pernah Terbayang Untuk Menceburi Industri Yang Sama

Kereta api LRT3. (Foto: BERNAMA)

Walaupun membesar sambil memerhati kerjaya bapanya, Emir berkata beliau tidak pernah membayangkan akan bekerja dalam industri yang sama kerana pada asalnya merupakan pelajar jurusan automotif.

Emir menyertai industri ini sebagai jurutera penyelenggaraan pada penghujung 2020 dan mula bertugas di laluan MRT Putrajaya, sebelum berpindah ke projek LRT3 pada tahun 2023.

“Dengan perubahan kerjaya ini, saya mempelajari perkara baharu dan berusaha sebaik mungkin bersama pasukan demi rakyat,” kata Emir.

Menariknya, hantaran itu telah menyentuh hati ramai netizen dan menyifatkannya sebagai peringatan tentang usaha rakyat Malaysia yang membantu membina menyiapkan laluan ini.

View on Threads

LRT3 Tawar Tambang Percuma Sehingga 31 Julai, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis perasmian LRT3. (Foto: Ahmad Ukasyah)

Untuk pengetahuan umum, laluan LRT3 Shah Alam yang dibuka secara rasmi merupakan laluan rel terbaharu di Lembah Klang, menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Sempena pembukaan itu, penumpang dapat menikmati tambang percuma sehingga 31 Julai 2026, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pelancaran ahad lalu (28 Jun).

Menariknya laluan itu telah pun mencatatkan 60,000 penumpang pada hari pertama perkhidmatannya.

Selain itu, perjalanan percuma turut disediakan bagi 13 laluan Bas Perantara Shah Alam, selain tempat letak kereta percuma di enam lokasi Park N’ Ride.

LRT3 juga merupakan satu-satunya laluan LRT dalam Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang terletak sepenuhnya di luar sempadan Kuala Lumpur.

Dengan laluan sepanjang 37.8 kilometer, ia mempunyai 20 stesen merentasi Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang, termasuk dua stesen sambungan iaitu Glenmarie 2 dan Bandar Utama.

Berikut adalah senarai penuh stesen LRT3:

  • Bandar Utama, Petaling Jaya
  • Kayu Ara, Petaling Jaya
  • BU 11, Petaling Jaya
  • Damansara Idaman, Petaling Jaya
  • Subang, Subang Jaya
  • Glenmarie 2, Shah Alam
  • Kerjaya, Shah Alam
  • Stadium Shah Alam
  • Dato’ Menteri, Shah Alam
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru, Klang
  • Jambatan Kota, Klang
  • Taman Selatan, Klang
  • Seri Andalas, Klang
  • Klang Jaya, Klang
  • Bandar Bukit Tinggi, Klang
  • Johan Setia, Klang

Seterusnya, laluan ini turut dilengkapi dengan kemudahan Park N’Ride dengan sekitar 2,300 tempat letak kereta di lokasi berikut:

  • Kayu Ara
  • Damansara Idaman
  • Pasar Klang
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Seri Andalas
  • Johan Setia

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kongsi Kebaikan LRT3, Masa Perjalanan Laju & Lebuhraya Persekutuan Tak Sesak | TRP

Baca Artikel Berkaitan: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Mula Beroperasi 29 Jun, Ini 20 Stesen Terlibat & Kadar Tambang | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd