Now Reading
Butterfingers, Bittersweet Antara Band Indie Yang Lagunya Diguna Untuk Latih AI

Butterfingers, Bittersweet Antara Band Indie Yang Lagunya Diguna Untuk Latih AI

Menerusi analisis oleh Noisy Headspace, terdapat corak dalam kalangan pemilihan lagu indie iaitu hak milik artis tempatan yang membuatkan kemunculan pertama antara 1990an dan 2010.

In Brief
  • Over 1,000 songs by Malaysian indie artists, including Butterfingers and Bittersweet, were found in AI training datasets containing millions of tracks.
  • AI-generated music threatens the indie music industry, as creators increasingly prefer AI music over licensing tracks from real musicians.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan orang ramai.

Namun tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan AI tanpa pentadbiran yang ketat mendatangkan banyak keburukan apabila disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Malah, komuniti seni sering berdepan masalah apabila karya mereka digunakan oleh AI untuk menghasilkan kandungan ‘baharu’ dengan stail yang serupa atau bagi melatih teknologi itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Je Pelukis Berbakat Dekat Malaysia” – Karakter Animasi Pada Muka Buku Didakwa Guna AI Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

‘AI Watchdog’ Di The Atlantic Senaraikan Lagu-Lagu Diguna Untuk Latih AI

Bagi artis independent Malaysia, karya mereka juga mungkin tidak terkecuali, apabila lebih 1,000 lagu indie digunakan sebagai bahan latihan bagi AI.

Perkara itu dilaporkan oleh majalah muzik Noisy Headspace menerusi analisis menggunakan tracker AI Watchdog oleh The Atlantic.

Menerusi AI Watchdog, pengguna boleh membuat carian bagi karya kreatif, termasuk video dan lagu, yang digunakan oleh syarikat teknologi dalam melatih Large Language Model (LLM).

Menurut Noisy Headspace, lagu-lagu ini disenaraikan oleh wartawan Alex Reisner di The Atlantic, yang menemukan empat set data lagu gergasi yang digunakan dalam kalangan komuniti pembangun AI.

“Set data terbesar mempunyai 12 juta lagu, diikuti satu lagi dengan 9 juta lagu. Dua set data yang lebih kecil mengandungi lebih 100,000 lagu.

“Set data ini merangkumi lagu-lagu hak cipta artis terkemuka seperti Bad Bunny, Nirvana, Taylor Swift dan Billie Eilish, termasuk artis independent,” katanya.

Lebih 1,000 Lagu Indie Digunakan Dalam Melatih AI, Karya Artis Mainstream Juga Tak Terkecuali

Berdasarkan carian yang dilakukan, terdapat lebih 1,000 lagu oleh artis independent Malaysia yang digunakan sebagai bahan latihan AI.

Namun Noisy Headspace berkata, kini mungkin lebih banyak lagu indie tempatan sudah dimasukkan ke dalam set data tersebut.

Antara artis tempatan yang ditemukan termasuk:

  • Butterfingers: 54 lagu (set data 12 juta) dan 19 lagu (set data 9 juta) dari empat album terawal.
  • Hujan: 108 lagu dalam kedua-dua set data.
  • Lunadira: 42 lagu.
  • No Good: 21 lagu.
  • Bittersweet: 30 lagu.
  • Sekumpulan Orang Gila (SOG): 17 lagu.
  • Carburetor Dung: 15 lagu.

Carian kami turut menemukan lagu-lagu oleh artis mainstream terkemuka tanah air di dalam set data tersebut, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ella, M. Nasir dan Awie.

Pemilihan Lagu Libatkan Ramai Artis Yang Debut Antara 90an ke 2010

Analisis oleh Noisy Headspace menemukan corak dalam kalangan pemilihan lagu iaitu hak milik artis yang membuatkan kemunculan pertama antara 1990an dan 2010.

Bagi artis baharu pula, dijangkakan angka penstriman lagu yang tinggi membuatkan karya mereka dimasukkan dalam set data tersebut.

Ini adalah berdasarkan carian yang dibuat ke atas beberapa artis terpilih. Sebagai contoh, penyanyi rap Eemrun dengan album pertama dikeluarkan pada 2024, dan mencecah 100,000 pendengar bulanan di Spotify, mempunyai 46 lagu dalam dua set data.

Kumpulan alt rock Smesta dengan 11,000 pendengar bulanan pula turut dimasukkan lagu-lagu ke set data tersebut dari EP debut pada 2023.

Sebaliknya, lagu oleh artis lebih baharu yang kebanyakannya mula aktif sejak 2023 seperti Killamisha, Okirama dan Heidi Moru, tidak tersenarai sama sekali.

Syarikat Teknologi Boleh Dapatkan Lagu Dalam Talian Walaupun Di Sebalik Paywall

Memetik Reisner, salah satu cara syarikat teknologi mendapatkan muzik adalah menerusi Free Music Archive, iaitu laman yang membenarkan penstriman secara percuma bagi kegunaan peribadi tetapi sebenarnya perlu dibayar bagi penggunaan komersial termasuk latihan AI.

Dia mendapati tiga set data terbabit diedarkan sebagai senarai pautan di YouTube dan Spotify. Menerusi pautan ini, pembangun boleh memuat turun audio menggunakan alat automatik serta memintas keperluan log masuk dan iklan.

“Secara ringkasnya, jika muzik anda boleh didapati dalam talian, walaupun dilindungi paywall atau perkhidmatan langganan, kemungkinan ia telahpun digunakan untuk melatih AI,” kata Noisy Headspace.

Lagu Janaan AI Boleh Buatkan Industri Muzik Semakin ‘Mati’

Namun apa sebenarnya kegunaan lagu-lagu ini dalam melatih teknologi AI? Noisy Headspace berkongsi salah satu contoh iaitu ciri-ciri ‘Replace Song’ yang diperkenalkan oleh YouTube pada Mei 2026.

‘Replace Song’ membenarkan pencipta kandungan menjana lagu instrumental AI bagi menggantikan audio yang dilindungi hak cipta dalam video mereka.

Perkara ini membuatkan pencipta lebih memilih untuk menggunakan muzik janaan AI berbanding mendapatkan lesen dari pemuzik sebenar, seterusnya mendatangkan akibat buat industri itu yang sudah pun semakin tertekan.

Apatah lagi komuniti muzik independent di Malaysia yang semakin hari kian berdepan tekanan, ditambah pula dengan isu penggunaan teknologi AI ini.

Seperti sebelum ini, tular apabila satu lagu dikatakan berjaya melepasi senarai Top 90 bagi Anugerah Lagu Indie (ALI).

Namun sekretariat ALI mengesahkan bahawa lagu yang dihasil menggunakan AI itu telah digugurkan dan diganti dengan pencalonan baharu.

Baca Artikel Berkaitan: Norway Haramkan AI Untuk Murid Sekolah Rendah Selepas Prestasi Ujian Merosot Teruk

Baca Artikel Berkaitan: “Hilang Selera Tengok” – Restoran Guna Gambar Menu Janaan AI Raih Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd