Now Reading
Boleh Ke Kita Gugurkan Bin Dan Binti Dari Kad Pengenalan? Ini Penjelasan Dari Mufti

Boleh Ke Kita Gugurkan Bin Dan Binti Dari Kad Pengenalan? Ini Penjelasan Dari Mufti

Permohonan untuk menggugurkan bin atau binti lazimnya datang daripada mereka yang ingin berhijrah ke luar negara.

In Brief
  • Penggunaan bin atau binti tidak diwajibkan, dan ibu bapa boleh memilih untuk menggugurkannya melalui permohonan rasmi ke JPN.
  • Walaupun sah di sisi undang-undang, Jabatan Mufti menekankan kepentingan bin atau binti sebagai uruf dan penjaga nasab keturunan.
  • Untuk menggugurkannya, pemohon perlu dapatkan surat sumpah, isi Borang KP.16, dan berikan sebab yang munasabah kepada JPN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk meletakkan perkataan bin atau binti pada nama anak sejak sekian lama.

Kedua-dua perkataan Arab itu membawa maksud anak lelaki dan anak perempuan kepada si bapa, menjadi penanda nasab atau keturunan seseorang.

Namun, seorang pengguna di Threads telah muat naik gambar kad pengenalan miliknya yang tidak meletakkan bin telah menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ibu Bapa Boleh Memilih Untuk Tidak Meletakkannya

Jabatan Pendaftaran Negara. (Foto: Flickr)

Memetik laporan Gempak, menjelaskan bahawa penggunaan bin atau binti sebenarnya tidak diwajibkan.

Keadaannya sama seperti penggunaan A/L dan A/P dalam nama masyarakat India, yang juga bukan satu kewajipan.

Disebabkan amalan ini sudah sebati dengan masyarakat Islam sejak sekian lama, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lazimnya akan mendapatkan pengesahan daripada ibu bapa terlebih dahulu, sama ada mereka mahu menggunakannya atau tidak.

Ini bermaksud anda boleh menggugurkan perkataan bin atau binti pada sijil kelahiran anak tetapi tidak berlaku secara automatik kerana perlu mengemukakan permohonan dengan sebab yang munasabah.

Pelbagai Sebab Kenapa Ramai Ingin Menggugurkannya

Ibu ayah bersama anak kecil. (Foto: Pa & Ma)

Permohonan untuk menggugurkan bin atau binti lazimnya datang daripada mereka yang ingin berhijrah ke luar negara.

Ini kerana sistem penamaan di negara bukan majoriti Islam kebiasaannya menggunakan nama keluarga, bukannya nama bapa.

Selain itu, dalam kalangan generasi muda hari ini, ramai berpendapat bahawa ia untuk memudahkan urusan rasmi terutama yang melibatkan ruangan first name dan surname semasa mengisi borang di luar negara.

Ada juga mendakwa dipanggil “Miss Binti” oleh orang luar kerana perkataan itu disangka sebagai nama keluarga.

Tambahan pula, ada juga merasakan nama bapa yang panjang akan mengakibatkan nama anak terlalu panjang apabila digabungkan dengan bin atau binti.

Apa Pula Pandangan Mufti Tentang Perkara Ini?

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. (Foto: Jabatan Mufti)

Walaupun anda boleh menggugurkan bin dan binti secara sah di sisi undang-undang, penggunaannya tetap dilihat penting dari sudut syarak kerana ia dianggap sebahagian daripada uruf, adat setempat yang telah menjadi norma masyarakat Islam di Malaysia.

Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, amalan ini berpandukan tradisi penamaan dan nasab para sahabat serta ulama Islam.

Contohnya seperti nama Rasulullah SAW sendiri ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bangsa Arab tidak menggunakan bin atau binti sebenarnya tidak tepat kerana mereka masih mengekalkannya sebagai tanda asal usul keturunan.

Selain itu, nasab dan keturunan perlu dipelihara dengan baik bagi menjaga sistem sosial masyarakat dan menggugurkan bin atau binti tidak akan merosakkan institusi kekeluargaan serta tidak menjejaskan nasab individu.

Sebaliknya, kebimbangan lebih tertumpu kepada kesan jika amalan ini menjadi terlalu meluas yang dikhuatiri boleh mengelirukan susur galur keturunan atau menimbulkan isu dalam pembahagian harta pusaka pada masa hadapan.

Cara Untuk Menggugurkan Bin Atau Binti

Jabatan Pendaftaran Negara. (Foto: BERNAMA)

Bagi yang ingin menggugurkan perkataan bin dan binti dalam kad pengenalan anda atas sebab-sebab tertentu, berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti:

#1. Dapatkan surat sumpah

Hadir ke pesuruhjaya sumpah untuk membuat pengisytiharan bahawa anda mahu menggugurkan perkataan itu daripada nama anda atau nama anak.

Borang berkenaan perlu diisi dan ditandatangani oleh pesuruhjaya.

#2. Hadir ke JPN

Hadirkan diri anda ke mana-mana cawangan JPN terdekat dan nyatakan bahawa anda ingin membuat Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan.

#3. Isi Borang KP.16

Borang ini perlu diisi dan disertakan dengan dokumen sokongan seperti surat sumpah dan bawa sijil kelahiran serta MyKad.

Jika anda melakukan permohonan untuk anak, bawa sekali MyKad ibu bapa.

#4. Jelaskan Sebab

Anda perlu beri sebab yang munasabah mengapa permohonan itu dilakukan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Nama “Mohd” Dah Lama ‘Hilang’ Dari Sijil Lahir, Tapi Mungkin Rakyat Malaysia Tak Perasan | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Mudahkan Urusan! JPN Ada Sediakan Perkhidmatan Buat IC Terus Dari Rumah Buat Insan Istimewa | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd