Now Reading
Ferrari Luce: Kereta Elektrik 4 Pintu Pertama Ferrari Terima Kritikan Peminat

Ferrari Luce: Kereta Elektrik 4 Pintu Pertama Ferrari Terima Kritikan Peminat

Untuk pengetahuan umum, Ferrari Luce adalah hasil air tangan Sir Jony Ive yang merupakan seorang pereka menghasilkan produk ikonik seperti iPhone, iPad, iMac.

In Brief
  • Ferrari Luce, priced at €550,000, is Ferrari's first electric car with four doors and five seats, sparking widespread controversy.
  • Former Ferrari chief Luca di Montezemolo strongly criticised the Luce, warning it risks destroying the legendary brand's identity and legacy.
  • Designed by Apple's ex-design chief Sir Jony Ive, the Luce targets new ultra-wealthy buyers rather than traditional Ferrari enthusiasts.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ferrari merupakan antara jenama automotif paling ikonik di dunia terutama dalam segmen kereta mewah yang sangat dikenali dengan sejarahnya, prestasi dalam dunia perlumbaan, reka bentuk eksklusif, mewah dan elegan.

Semalam, jenama dari Maranello, Itali ini melancarkan kereta elektrik pertama yang diberi nama ‘Luce’ telah mencetuskan pelbagai reaksi dari kalangan peminat, pembeli dan industri automotif.

Dengan harganya sekitar €550,000 (RM2.18 juta) hadir dengan empat motor elektrik mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 2.5 saat tampil sebagai model empat pintu dan lima tempat duduk.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Untuk Anda Yang Pertama Kali Mahu Beli Kereta

Ferrari Luce Bakal Membawa Jenama Ini Ke Era Baharu

Ferrari Luce. (Foto: Car and Driver)

Antara perkara yang mencetuskan kritikan adalah perubahan besar terhadap imej tradisional Ferrari.

Jika kebanyakan model sebelum ini sinonim dengan bentuk rendah, dua pintu dan gaya sporty, Ferrari Luce pula tampil sebagai kereta lebih luas dan praktikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna sebelum ini menyifatkan model tersebut bertujuan untuk mencetuskan perbualan atau ‘polarising’.

Dalam erti kata lain, Ferrari Luce bukan dihasilkan untuk diterima semua pihak sebaliknya menjadi langkah Ferrari untuk memperkenalkan arah baharu dalam era elektrik.

“Luce Akan Menghancurkan Jenama Ini,” Kata Bekas Ketua Ferrari, Luca di Montezemolo
Luca di Montezemolo. (Foto: ROSSOautomobili)

Kritikan paling kuat datang daripada Luca di Montezemolo, bekas Ketua Ferrari yang pernah menerajui jenama itu selama lebih dua dekad.

Mengulas mengenai Ferrari Luce, beliau menyifatkan perubahan tersebut sebagai sesuatu yang berisiko terhadap legasi Ferrari

“Luce berisiko untuk menghapuskan sebuah legenda. Saya hanya berharap kuda kecil (logo Ferrari) itu tidak dipamerkan, sekurang-kurangnya di bahagian sisi,” jelasnya.

Luca turut menyindir bahawa model itu mungkin tidak akan menjadi sesuatu yang bakal ditiru oleh pengeluar kereta dari China.

“Sekurang-kurangnya kereta ini tidak akan ditiru oleh pengeluar kereta China, mereka tidak perlu tiru pun,” katanya.

Kenapa Reka Bentuk Ferrari Luce Sangat Berbeza?
Bahagian depan dan sisi Ferrari Luce. (Foto: Ferrari)

Dari sudut teknikal, kereta elektrik mempunyai susun atur berbeza berbanding kereta petrol.

Bateri biasanya ditempatkan di bahagian lantai kenderaan, sekali gus mempengaruhi ketinggian, ruang dalam dan bentuk keseluruhan kereta.

Dalam kes Ferrari Luce, susun atur ini membolehkan Ferrari menawarkan ruang belakang lebih luas dengan lima tempat duduk menjadikannya seakan sebuah kereta keluarga dalam barisan model Ferrari.

Namun, perubahan ini membuatkan reka bentuknya kelihatan sangat berbeza daripada rekaan kereta Ferrari yang sering dianggap sebagai rekaan kelas pertama.

Ferrari Luce Bukan Dihasilkan Untuk Peminat Tradisional, Sebaliknya Untuk Siapa?
Kilang Ferrari di Maranello. (Foto: F1)

Walaupun menerima kritikan, Ferrari Luce bukan ditujukan sepenuhnya kepada peminat tradisional jenama ini.

Model ini dilihat sebagai usaha Ferrari untuk menarik kelompok pembeli baru termasuk golongan ultra-kaya yang mahukan kereta elektrik mewah yang praktikal.

Pasaran seperti China juga menjadi penting kerana negara itu merupakan pasaran terbesar untuk kereta elektrik.

Dalam konteks ini, Ferrari Luce ialah usaha jenama Itali ini untuk menyesuaikan diri dengan perubahan trend automotif global hari ini.

Ferrari Luce Direka Oleh Individu Di Sebalik iPhone
Sir Jony Ive. (Foto: The Telegraph)

Untuk pengetahuan umum, Ferrari Luce merupakan hasil air tangan Sir Jony Ive.

Beliau merupakan bekas ketua reka bentuk Apple yang terkenal dengan penghasilan beberapa produk ikonik seperti iMac, iPod, iPad dan iPhone.

Menerusi syarikat reka bentuknya, LoveFrom, Ive ingin membawa sentuhan lebih minimalist dan futuristik kepada Ferrari Luca sekaligus menjelaskan bahawa model ini perlu tampil berbeza daripada identiti reka bentuk Ferrari yang lebih agresif sebelum ini.

Perubahan Yang Tidak Semua Orang Sedia Terima
Pengasas Ferrari, Enzo Ferrari. (Foto: Ferrari)

Kritikan terhadap Ferrari Luce wajar diberikan perhatian kerana identiti reka bentuk sebuah jenama sangat penting dan tidak boleh diubah sesuka hati.

Peminat jenama Ferrari sering menganggap jenama ini sebagai penanda aras bagaimana sebuah kereta bukan sahaja perlu dinilai daripada harga, kelajuan tetapi dari segi estetik, paras rupa, sejarah serta legasinya.

Ferrari Luca mungkin menjadi batu loncatan jenama ini ke masa depan namun ia tidak bermakna setiap perubahan itu ialah baik kerana boleh merosakkan legasi sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Sambung Bayar Kereta Memang Murah, Tetapi Ia Juga Datang Dengan Risikonya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Sebenarnya Tujuan Panaskan Enjin Kereta Sebelum Gerak? Ini Kata Pakar

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd