Now Reading
“Yang Backflip Tu MC Tak?” – Ramai Terhibur 4 Cikgu Menari ‘Soda Pop’ Sempena Hari Guru

“Yang Backflip Tu MC Tak?” – Ramai Terhibur 4 Cikgu Menari ‘Soda Pop’ Sempena Hari Guru

Mereka sebelum itu telah menarikan lagu ‘Bye Bye Bye’ oleh kumpulan NSYNC dan mengetuai persembahan lagu viral EEEE A oleh penyanyi Indonesia bernama Dia.

In Brief
  • Four male teachers at SK Taman Medan went viral dancing to 'Soda Pop' from KPop Demon Hunters, wowing students on Teachers' Day.
  • One teacher even pulled off a backflip mid-performance, sending the crowd of students into an absolute frenzy of cheers.
  • Netizens crowned the teachers 'Boba Pop', praising their sporting spirit and joking about inviting them to perform at weddings.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Animasi KPop Demon Hunters terbitan Sony Pictures Animation telah menjadi kegilaan ramai setelah mula ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 20 Jun 2025.

Kini hampir setahun sejak itu, KPop Demon Hunters masih menjadi filem animasi kegemaran ramai di seluruh dunia.

Malah lagu-lagu dalam animasi muzikal itu seperti Golden, What It Sounds Like dan Soda Pop turut dihafal oleh orang ramai termasuk kanak-kanak. Bukan setakat lagu, tariannya pun jadi ikutan!

Baca Artikel Berkaitan: Andrew Choi Suara Nyanyian Jinu Dari ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Ke Singapura

Cikgu Menari Lagu ‘Soda Pop’ Sempena Hari Guru Raih Sorakan Para Murid

Baru-baru ini, tular persembahan sempena Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya di mana empat guru lelaki menarikan lagu ‘Soda Pop’ dari animasi Kpop Demon Hunters.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@deathrodixieq), kelihatan kesemua guru tersebut mengenakan pakaian bertema ‘colour block‘ yang menambahkan lagi keceriaan di sambutan tersebut.

Walaupun persembahan mereka tidaklah betul-betul sama seperti yang ditunjukkan dalam animasi berkenaan, namun kesemua cikgu terbabit memang kelihatan penuh bersemangat di atas pentas demi menghiburkan hati para murid.

Dapat kedengaran sorakan anak-anak murid yang pastinya terhibur melihat semangat empat orang guru lelaki itu.

Apa yang lebih hebat adalah salah seorang cikgu terbabit siap melakukan backflip lagi sebelum kedengaran teriakan para pelajar yang lebih kuat.

@deathrodixieq #stamed #teachersday #teacherslife #sktm Dancer2 kpop kita @Cikgu.Black @Ad Anuar @CikguKelasBelakang @CikguTaekwondo ♬ original sound – QJ 🌻

Tonton video penuh [DI SINI].

Muzik Lirik Soda Pop Cecah 116 Juta Tontonan

Sekadar info, Soda Pop merupakan lagu pertama yang dipersembahkan oleh kumpulan Saja Boys dalam animasi KPop Demon Hunters.

Sejak video lirik rasmi Soda Pop dimuat naik ke YouTube pada 23 Jun 2025, ia telah mencecah lebih 116 juta tontonan setakat ini.

Lagu-lagu dalam animasi tersebut oleh kumpulan HUNTR/X dan Saja Boys juga pernah memasuki senarai Billboard Hot 100 sebanyak enam kali, kesemuanya mencapai ‘Top 40’.

Pencapaian ini sekali gus mengalahkan beberapa artis KPop sebenar dalam senarai tersebut.

Bukan ‘Soda Pop’, Tapi Kumpulan Cikgu Dapat Gelaran ‘Boba Pop’

Menjenguk ke ruangan komen, mereka menerima pujian kerana bersifat ‘sporting’ di depan para murid dan juga dinobatkan sebagai ‘persembahan hari guru paling best’ setakat ini.

“Kita orang yang jadi cikgu ni memang artis paling popular bila depan budak-budak,” kata seorang individu dipercayai guru.

Lebih kelakar lagi apabila ada yang siap menamakan kumpulan empat guru itu sebagai ‘Boba Pop’.

Ada juga yang berseloroh bertanya sama ada cikgu-cikgu terbabit berasa sakit pinggang selepas itu ataupun mengambil MC pada keesokan harinya.

Ada yang siap berjenaka kononnya nak jemput kumpulan ‘Boba Pop’ itu untuk buat persembahan di majlis kahwin.

Sumber: Threads

Ramai Cikgu Turut Adakan Persembahan, Siap Buat Fashion Show

Berdasarkan satu lagi video lain, satu lagi persembahan telah diadakan yang melibatkan lebih ramai guru sebelum tarian Soda Pop itu dipersembahkan.

Kelihatan empat orang cikgu lelaki tadi pada mulanya menarikan lagu ‘Bye Bye Bye’ oleh kumpulan NSYNC.

Kemudian kesemua guru terlibat membuat persembahan dengan lagu viral di TikTok, EEEE A oleh penyanyi Indonesia bernama Dia, yang turut dinyanyikan bersama-sama oleh para murid.

Persembahan diteruskan dengan ‘fashion show‘ oleh guru-guru terlibat yang mempamerkan pakaian masing-masing.

Memang meriah betul Sambutan Hari Guru di sekolah tersebut! Barulah betul cikgu yang buat persembahan sempena Hari Guru kan?

@deathrodixieq Full PERSEMBAHAN GURU PAGI. 🥰🥰🥰 #stamed ♬ original sound – QJ 🌻

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru

Baca Artikel Berkaitan: “Lama-Lama Akan Jadi Budaya” – Hadiah Hari Guru Keterlaluan Boleh Wujudkan Suasana Berat Sebelah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd