“Last Minute Naib Juara!” – Pelajar Form 1 Semangat Teruskan Larian Walaupun Dah Ketinggalan Jauh
Menurut ibunya, pelajar Tingkatan 1 itu merupakan pelari yang paling muda dan paling kecil saiz badannya berbanding wakil-wakil lain dalam acara 4x400m tersebut.
- Seorang pelajar Tingkatan 1 dari rumah kuning meneruskan larian 4x400m walaupun sudah jauh ketinggalan di belakang.
- Dengan stamina dan kelajuan yang konsisten, dia berjaya memintas pelari lain dan meraih Naib Juara pada saat akhir.
- Ramai memuji semangat dan teknik lariannya, dengan ada yang mencadangkan dia digilap menjadi atlet jarak jauh.
- Ibu pelajar itu turut memainkan peranan penting dengan keyakinan dan sokongan penuh terhadap kebolehan anaknya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat sesetengah pelajar, mewakili rumah sukan masing-masing dalam pertandingan di peringkat sekolah merupakan sesuatu yang amat membanggakan.
Apatah lagi apabila mereka berjaya meraih pingat menerusi penat lelah dan semangat kesukanan yang ditunjukkan.
Buat seorang remaja perempuan, kegigihannya untuk meneruskan larian bagi pihak kumpulannya walaupun setelah jauh ketinggalan di belakang sememangnya menjadi inspirasi buat orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akibat Takut Ditinggalkan, Anak Kecil Ini Kejar Ibu Hingga Raih Tempat Pertama Acara Lumba Lari!
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Cipta Sejarah, Julang Trofi Sulung Kuadran Piala Dunia Sepak Takraw
Baca Artikel Berkaitan: “Pressure Ostrich Tu Nak Menang” – Acara Lumba Lari Dengan Burung Unta Jadi Tumpuan
Pelajar Teruskan Larian Dengan Bersungguh Walaupun Sudah Jauh Ketinggalan
Menerusi video di TikTok (@norhafifahifa) yang dikongsikan oleh ibu kepada pelajar Tingkatan 1 dari rumah kuning itu, anaknya dilihat menjadi pelari terakhir bagi acara 4x400m bawah 15 tahun ketika temasya hari sukan di sekolahnya.
Ketika baton diserahkan kepada pelari itu, rumah kuning sudah pun berada di tempat terakhir acara berkenaan.
Memandangkan sudah agak jauh ketinggalan di belakang, mungkin ramai yang menganggap dia tidak akan meneruskan lariannya dengan bersungguh-sungguh.
Namun semangat kesukanan yang ditunjukkan olehnya jelas menjadi pengajaran buat orang ramai bahawa segala usaha pasti dibalas dengan kejayaan.
Remaja Berjaya Potong Pelari Di Tempat Kedua Pada Saat Akhir, Terus Jadi Naib Juara
Pada mulanya, dapat dilihat dia sudah ketinggalan sekitar 50 meter dengan pelari di tempat kedua dan ketiga.
Namun berkat kelajuannya yang konsisten, dia kemudian berjaya memintas pelari di tempat ketiga ketika berada di larian 100 meter terakhir.
Saat pelari yang lain mula memperlahankan larian mereka, pelajar itu terus memecut sehinggalah kumpulannya merangkul Naib Juara di saat-saat terakhir. Fuh, berdebar betul tengok aksinya!
Menurut ibunya, dia merupakan pelari yang paling muda dan paling kecil saiz badannya berbanding wakil-wakil lain.
@norhafifahifa tahun ni bru form 1,paling kecik ,paling muda .😅 4x400m p u15 #rumahkuning #datobahaman #sukansekolah #smkpz #2026 ♬ âm thanh gốc – MUSIC DJ DANCE 88
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Semangat & Teknik Larian Remaja Habiskan Acara Hingga Dapat Naib Juara
Kesungguhan dan semangat remaja itu menghabiskan lariannya walaupun setelah jauh ketinggalan di belakang mendapat pujian orang ramai yang membanjiri ruangan komen.
Mereka turut memuji teknik lariannya dengan kelajuan yang konsisten sekali gus menunjukkan kekuatan staminanya.
“Boleh gilap lagi untuk jadi atlet jarak jauh ni. Semoga ada jurulatih yang ambil untuk digilap,” kata seorang wanita.
Dalam masa sama, ada juga yang memberi penghargaan buat guru sukan rumah kuning kerana pandai mengatur strategi dan menyusun pelari-pelarinya bagi acara berbaton itu sehingga berjaya menaiki podium.
Beberapa individu turut memuji pelajar-pelajar lain yang memberi sorakan kepada pelari itu kerana berjaya menaikkan semangatnya.








Kejayaan Remaja Berkat Kepercayaan Ibu Terhadapnya
Dalam satu video lain tanpa muzik latar belakang yang dikongsikan oleh ibunya, kedengaran sorakan gegak gempita daripada orang ramai apabila pelari itu semakin hampir untuk memotong pelari lain di hadapannya.
Malah ibunya juga jelas yakin dengan kebolehan anaknya itu apabila kedengaran dia berkata bahawa anaknya pasti boleh melakukannya.
Betullah kata orang, berkat keyakinan dan doa dari seorang ibu, insha-Allah seorang anak akan berjaya dalam apa jua yang dilakukan olehnya.
@norhafifahifa Replying to @syfii96 kena tahan telinga ye …suara maknye yg terlebih kuat😅#smkpz #sukansekolah #datobahaman #rumahkuning ♬ original sound – fifah
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Sebab Buat Waktu Malam” – Dr Say Jelaskan Kenapa Seseorang Boleh Mati Mengejut Ketika Bersenam
Baca Artikel Berkaitan: “Jogging Sampai Malam!” – Suasana Masyarakat Hartamas Bersukan Pada Waktu Malam Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Fokus Bersenam Setiap Hari Boleh Jejas Kesihatan! Ini Risiko Yang Anda Perlu Ambil Tahu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.