Now Reading
[Video] Warga Indonesia Mohon Maaf Selepas ‘Claim’ Upin & Ipin Berasal Dari Republik Itu

[Video] Warga Indonesia Mohon Maaf Selepas ‘Claim’ Upin & Ipin Berasal Dari Republik Itu

Youtuber Indonesia, Frans Sanjaya, turut mengakui animasi popular itu sememangnya hak milik Malaysia dan diketahui oleh seluruh dunia.

In Brief
  • Indonesian YouTuber Frans Sanjaya and museum worker Mas Sadan publicly apologised for falsely claiming Upin & Ipin originated from Indonesia.
  • Both individuals clarified they never intended to claim ownership, suggesting only that character origins may have existed in Indonesia.
  • Les' Copaque Production firmly confirmed full copyright and ownership of Upin & Ipin, dismissing the claims as deliberate provocation.
  • Upin & Ipin first aired in Malaysia on 14 September 2007, contradicting claims that its licence was purchased from Indonesia in 2008.
  • Frans and Sadan called for peace between Malaysia and Indonesia, acknowledging both nations share close cultural and neighbourly ties.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai animasi tempatan seperti Mechamato The Series, Ejen Ali dan BoiBoiBoy.

Malah terdapat juga animasi yang sehingga dikenali di luar negara, seperti Upin & Ipin yang turut menjadi kegemaran sebahagian besar masyarakat Indonesia.

Namun sebelum ini, tular apabila seorang Youtuber dari Indonesia, Frans Sanjaya bersama pekerja Muzium Gubug Wayang dikenali sebagai Mas Sadan, mendakwa animasi popular itu sebenarnya berasal dari Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mechamato Terima Sambutan Hangat, Kanak-kanak Jepun Siap ‘Request’ Kuih Karipap

Youtuber & Pekerja Muzium Mohon Maaf Dakwa Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia

Terbaharu, menerusi satu video yang dimuat naik ke akaun YouTube Frans, kedua-dua individu tersebut telah tampil memohon maaf bagi kekhilafan mereka mendakwa karakter Upin & Ipin kononnya dicipta di Indonesia, sebelum dibeli sebuah syarikat produksi Malaysia.

“Kami ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia atas salah faham serta kekeliruan yang telah kami timbulkan,” kata Frans.

Namun dia menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mendakwa Upin & Ipin berasal dari Indonesia, sebaliknya Sadan berkata mungkin terdapat asal-usul karakter berkenaan di republik itu.

“Seluruh dunia tahu bahawa Upin & Ipin sekarang lesennya dipegang oleh Malaysia,” katanya.

Tambah Sadan pula, kritikan yang ditinggalkan telah membantu pihaknya untuk membuat kajian semula agar dapat menyampaikan maklumat yang lebih sah pada masa akan datang.

“Mohon dimaafkan. Mari kita berdamai, bergandingan tangan kembali. Indonesia dan Malaysia serumpun dan berjiran, jadi tiada niat dari kami untuk mendakwa apapun, untuk merendahkan siapapun,” kata Frans.

Dalam masa sama, Sadan turut mengambil kesempatan itu untuk memuji animasi Upin & Ipin sebagai karya yang diterima baik oleh masyarakat di Indonesia mahupun Malaysia.

Pekerja Muzium Dakwa Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia, Nama Animasi Sebenarnya ‘Arifin’

Sebelum ini, tular video di media sosial yang menyaksikan mereka seolah-olah mendakwa sejarah animasi Upin & Ipin kononnya bermula di Indonesia.

Frans yang sedang berkunjung ke muzium tersebut pada mulanya mempersoalkan mengapa terdapat patung karakter dari animasi Upin & Ipin sedangkan ia berasal dari Malaysia.

Sadan yang bertugas memberi tour ketika itu mendakwa bahawa lesen animasi itu sebenarnya telah dibeli oleh syarikat di Malaysia.

“Pada 2008 ketika di televisyen masih banyak filem menggunakan artis sebenar, teman-teman dari Jakarta dan Bandung membuat sebuah animasi dan ditawarkan ke (stesen) televisyen,” dakwanya.

Apabila ditanya oleh Frans sama ada animasi yang dimaksudkan itu ialah Upin & Ipin, Sadan berkata animasi yang sebenar dikenali sebagai ‘Arifin’ dan hanya mempunyai seorang karakter utama.

Dia mendakwa idea asal itu dijual kepada Malaysia kerana tidak diterima syarikat televisyen tempatan yang masih memberi fokus kepada ‘pelakon sebenar’ pada waktu itu.

“Setelah dibeli sama Malaysia, akhirnya ditunggu dulu 2, 3 tahun, ketika sudah redup aktor sebenar tadi. Dijual lagi kepada Indonesia, harga yang lebih mahal,” dakwa Sadan.

View on Threads

Les’ Copaque Tampil Tegaskan Upin & Ipin Hak Cipta & Hak Miliknya

Susulan tularnya dakwaan itu, syarikat animasi yang menghasilkan Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, segera mengeluarkan kenyataan yang tegas dan ringkas bahawa animasi itu adalah hak cipta penuh dan karya miliknya.

Bercakap kepada Utusan, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Mohd Radzi, percaya isu tersebut sekadar provokasi pihak tertentu yang mahu mencetuskan suasana negatif di media sosial.

Katanya, pihak Les’ Copaque Production memilih untuk tidak melayan kebanyakan dakwaan sedemikian kerana percaya isu tersebut akan reda dengan sendiri.

Upin & Ipin Mula Ditayangkan Di Malaysia Pada 2007

Animasi Upin & Ipin mula disiarkan di stesen televisyen Malaysia sejak 14 September 2007 di saluran TV9. Hak penyiaran animasi tersebut kemudiannya telah dibeli oleh Astro dan Disney Channel.

Perkara ini sekali gus menolak dakwaan kononnya lesen animasi Upin & Ipin dibeli dari Indonesia pada tahun 2008.

Malah pada tahun 2023, Gabenor Bali Wayan Koster, meminta agar generasi muda Indonesia tidak lagi menonton filem animasi dari Malaysia iaitu Upin & Ipin.

Setakat ini sebanyak 20 musim Upin & Ipin telah disiarkan dengan lebih 738 episod secara keseluruhannya.

Sekadar info, animasi Upin & Ipin pada mulanya diarahkan oleh juruanimasi Nizam Abdul Razak sebelum melangkah keluar dari syarikat Les’ Copaque.

Dia kemudiannya menjadi pengasas bersama syarikat animasi Monsta dan telah menciptakan satu lagi animasi kegemaran rakyat Malaysia (dan juga Indonesia), BoBoiBoy.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat 2 Pemuda Tonton Cerita Upin & Ipin Di Kedai Mamak Buat Netizen Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Upin Ipin Dari Malaysia? Jangan Tonton” – Gabenor Bali Gesa Generasi Muda Bali Berhenti Tonton Filem Dari Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd