“Allah Hadirkan Orang Yang Tepat” – Wanita Raih Pujian Bantu Ketika Kemalangan, Elak Gambar Mendiang Tersebar
Norharizan Hassan yang berada di lokasi kejadian segera mencari kain untuk menutup kepala mendiang yang terputus dalam kemalangan maut di Jalan Losong, Kuala Terengganu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 19 Mei lalu, satu kemalangan maut antara sebuah Volkswagen Golf GTI dan van mini di Jalan Losong, Kuala Terengganu telah meragut nyawa remaja berusia 18 tahun, Wah Han Keong.
Dalam kemalangan tersebut, Volkswagen berkenaan telah melanggar satu tiang yang kemudiannya tertusuk ke dalam van mini.
Apa yang lebih meluluhkan hati adalah kepala mangsa yang sehingga terputus akibat kemalangan tersebut.
“Kemalangan itu menyebabkan tiang roboh dan tertusuk masuk ke van mini, melanggar kepala mangsa yang maut di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Noor.
Wanita Kongsi Pengalaman Beri Bantuan Pada Keluarga Mangsa Selepas Kejadian
Dalam kekecohan yang berlaku, Norharizan Hassan yang berada di lokasi kejadian sempat memberikan bantuan emosi kepada keluarga terbabit.
Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads, wanita itu berkata dia segera menghampiri van berkenaan sejurus selepas kemalangan berlaku sebelum dimaklumkan oleh bapa mendiang tentang keadaan anaknya.
“Dekat van tu, ayah dia tengah buka pintu sebelah penumpang. Ayah dia khabar ke kak, ‘Kak, anak saya putus kepala.’
“Tepi, tepi. Tenang dulu. Kak bawa ayah dia duduk tepi. Tapi masa tu kak dah nampak kepala anak dia atas riba,” katanya.
Norharizan kemudian segera mencari kain untuk menutup kepala mendiang sebelum ternampak tuala kecil yang digantung pada leher si ayah. Dia turut mengalihkan kepala mendiang bagi mengelakkannya daripada jatuh ke jalan.
“Masa kak tutup tu, kak bayangkan jenazah tu adalah anak kita. Sebab kak ada anak lelaki, besar macam tu. Jadi kak rasa, macam anak kak. Maknanya kita tak akan biarkan macam tu saja,” katanya.
View on Threads
Wanita Raih Pujian Kerana Tindakan Pantas Selepas Kemalangan
Menjenguk ke ruangan komen, Norharizan sememangnya meraih pujian daripada orang ramai kerana membantu untuk menutup kepala mendiang selepas kemalangan berlaku.
Mereka turut memujinya kerana tidak merakamkan kejadian tersebut, sebaliknya segera memberi bantuan yang semampunya.
Tambah orang ramai, tindakan pantas wanita itu juga mengelakkan sebarang gambar atau video mendiang daripada tersebar di media sosial.
“Tabik akak ni, sebab dia fikir aib mendiang. Dia tahu kalau tak buat sesuatu mungkin gambar-gambar tak sepatutnya akan tersebar,” kata seorang individu.
“Allah SWT dah takdirkan akak ni untuk jadi saksi pertama dan buat tindakan yang betul. Semoga kebaikan dia dibalas dengan kebaikan yang melimpah ruah,” kata seorang lagi.





Norharizan Berjumpa Semula Keluarga Mendiang
Dalam satu hantaran di Threads (@mj.jane), Norhaziran berkongsi satu video menyaksikannya sedang berjumpa dengan keluarga mendiang. Dapat dilihat dia turut memberi ‘salam kaut’ dan memeluk ibu mendiang.
Katanya, dia diajar untuk mengamalkan nilai kemanusiaan dalam kehidupannya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
“Jadilah manusia yang sentiasa bersedia apa sahaja terjadi. Kerana Allah SWT dah tetapkan setiap detik perjalanan kehidupan kita,” katanya.
View on Threads
Bapa Tersedar Kepala Mendiang Tiada Selepas Tidak Memberi Sebarang Respon
Kemalangan yang meragut nyawa itu sememangnya suatu perkara yang penuh trauma.
Dalam satu video tular, bapa mendiang, Wah Tee Tun, menceritakan mendiang tidak memberi sebarang tindak balas sebelum menyedari kepalanya sudah tiada.
Dia kemudiannya menyedari bahawa kepala mendiang sudah berada di kaki.
“Dengan semangat saya, saya ingat dia boleh diselamatkan lagi. Jadi saya pun angkat kepala dia nak letak balik (pada leher) ke. Sebab kita sebagai ayah kan, kita rela kita yang mati, bukan dia,” katanya.
View on Threads
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



