Now Reading
Siapa Sofea Shra? Cipta Sejarah Terima Jemputan Huda Beauty Bagi World Tour

Siapa Sofea Shra? Cipta Sejarah Terima Jemputan Huda Beauty Bagi World Tour

Sofea Shra kini mempunyai lebih 525,000 pengikut di Instagram, manakala akaun TikToknya pula mencecah 1.1 juta jumlah pengikut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, personaliti dalam talian, Sofea Shra, menjadi buah mulut orang ramai apabila menjadi satu-satunya wakil Malaysia di ‘Never Too Much World Tour’ oleh Huda Beauty di London, United Kingdom.

Difahamkan dia telah terpilih untuk menghadiri pelancaran minyak wangi sulung Huda Beauty, Easy Bake Intense Eau de Parfum.

Perkongsian Sofea tentang pengalamannya di London itu telah menerima jutaan tontonan, lebih-lebih lagi dari kalangan peminat dunia kecantikan.

@sfeashraa here’s my london room tour 👁️👅👁️ @Huda Beauty #hudabeauty ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Tonton video penuh [DI SINI].

Sofea Mula Aktif Di TikTok Sejak PKP, Kini Ada Lebih 1.1 Juta Pengikut

Dalam satu temu buat bersama platform media fesyen, EH!, Sofea yang pada mulanya hanya berkongsi video menerusi akaun Instagram, berkata dia mula memuat naik lebih banyak kandungan ke TikTok sewaktu PKP tahun 2020 dahulu.

Membawa kelainan daripada kebanyakan pempengaruh TikTok lain ketika itu, Sofea telah berkongsi mengenai beauty dan fashion. Seterusnya, perjalanan wanita itu sebagai seorang content creator dan influencer menjadi sejarah.

Sofea kini mempunyai lebih 525,000 pengikut di Instagram, manakala akaun TikToknya pula mencecah 1.1 juta jumlah pengikut.

Malah dia turut menjadi rujukan ramai wanita muda lebih-lebih lagi menerusi perkongsiannya dalam siri ‘Eid Just Got Better’ yang mengetengahkan cara menggayakan selendang bahu dan ‘Mix and Match’ baju bagi hari raya.

Sofea juga terkenal dengan pemilihan fesyen secara maximalist.

Foto: IG @sofeashra

Minat Dengan Kecantikan Sejak Kecil Lagi, Namun Miliki Degree Perakaunan

Bercakap kepada EH!, Sofea berkata dia telah mula memakai skincare sejak berumur 12 tahun lagi.

Minatnya pada mekap timbul sekitar di Tingkatan 2, namun ibunya ketika itu tidak membenarkan dia kerap menyolek muka kerana risau kulit akan rosak.

“Waktu itu trend wing liner tengah popular, dan saya memang minat nak cuba-cuba. Tapi ibu saya waktu itu tak bagi sangat saya pakai mekap sebab dia selalu kata nanti kulit rosak,” katanya.

Namun memasuki Tingkatan 4, Sofea telah mula belajar mekap secara sendiri menerusi video tutorial di YouTube.

Wanita kelahiran tahun 1998 itu juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perakaunan dari Multimedia University. Namun dia mendapat sokongan penuh dari ibu bapa untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang content creator.

“Ibu saya dah agak. Bila saya kata nak sambung perakaunan, dia cakap ‘you ni ya ya je’,” kata Sofea.

Foto: IG @sofeashra

Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati

Sofea Rangkul Pelbagai Anugerah Digital, Tercalon Dalam TikTok Awards

Kecemerlangan Sofea sebagai seorang content creator, khususnya bagi kategori kecantikan dan fesyen, dapat dibuktikan menerusi kejayaannya dan pencalonan dalam pelbagai anugerah digital.

Antaranya termasuk memenangi kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2024 dan ditabalkan sebagai ‘Influencer Kecantikan Pilihan’ di Anugerah Stail EH! 2022.

Di samping itu, Sofea turut tercalon sebagai TikTok Awards 2023 bagi kategori Beauty & Fashion dan Creator of the Year di TikTok Awards 2024.

Malah Sofea pernah menjadi duta Laurier Malaysia dan dipilih oleh Sephora Malaysia untuk menjadi sebahagian duta mereka.

Sofea Shra Jumpa Huda Kattan, Sempat Sarungkan Kebaya Malaysia!

Baru-baru ini, Sofea turut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila sempat menggayakan pengasas Huda Beauty, Huda Kattan, dengan kebaya tempatan.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok (@sfeashraa), Huda sendiri kelihatan teruja untuk mengenakan kebaya berwarna ungu lilac yang dibawa oleh Sofea Shra.

Huda juga berkata dia sering melihat video wanita Malaysia dan merasakan mereka kelihatan sangat elegen dan seperti kerabat diraja

Video yang dikongsikan menerusi akaun TikToknya mencecah 4 juta tontonan dengan lebih 360,000 tanda suka.

@sfeashraa we did it guys!!!!!🥹 here’s me styling @Huda in a Malaysian kebaya with selendang🫶🏻 doesn’t she just look SHTUNNINK?😭💕 my eid 2026 just got better tenfold thanks to @Huda Beauty🫶🏻#hudabeauty ♬ BIRDS OF A FEATHER OFFICIAL INSTRUMENTAL – Dan Swift Del Rey

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd