Now Reading
Tular Warga Asing Beli Bangunan Di Forest City, Kononnya Nak Bina ‘Negara Baharu’

Tular Warga Asing Beli Bangunan Di Forest City, Kononnya Nak Bina ‘Negara Baharu’

Inisiatif yang digelar sebagai Network School (NS) itu telah diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Teknologi Coinbase Inc., Balaji Srinivasan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Forest City yang terletak di Iskandar Puteri, Johor, merupakan sebuah projek smart city dan pembangunan hartanah bernilai USD100 bilion (RM390 bilion).

Bandar itu dikatakan sebagai ghost town kerana masih terdapat banyak unit yang dibiarkan kosong sehingga ke hari ini sejak sebahagian pembangunan itu disiapkan pada tahun 2024.

Namun baru-baru ini, tular bahawa terdapat bangunan di Forest City yang dijadikan tempat duduk oleh sekumpulan usahawan teknologi dengan matlamat untuk mencipta negara mereka sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Projek Forest City Johor Bukan Projek Gagal – TMJ

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wartawan BBC Tinjau Keadaan ‘Bandar Berhantu’ Di Forest City, Johor

Network School Di Forest City Dengan Bayaran Bulanan Bermula USD1,500

Dalam satu hantaran di Threads (@brotha.im), seorang individu berkongsi semula video oleh pempengaruh global, Dylan Page, tentang Network School (NS).

Disebut sebagai sebuah masyarakat start-up, NS diasaskan oleh bekas Ketua Pegawai Teknologi platform perdagangan kripto Coinbase Inc., Balaji Srinivasan.

Difahamkan sesiapa sahaja dari seluruh dunia boleh mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan itu dengan bayaran bermula USD1,500 sebulan, iaitu bersamaan hampir RM6,000.

Bayaran ini adalah lebih tinggi buat mereka yang memilih bilik persendirian tanpa roommate, iaitu USD3,000 (RM11,840) sebulan.

Selain tempat tinggal, terdapat juga pelbagai perkhidmatan yang disediakan buat peserta seperti:

  • Makanan tiga kali sehari
  • Gim dan kelas fitness
  • Tempat co-working
  • Workshop dan kelas
  • Sambungan Wi-Fi

Walaupun berada di Iskandar Puteri, Johor, namun maklumat di laman web rasmi NS berkata ia terletak di pesisiran pantai Singapura.

“Network School adalah sebuah masyarakat startup untuk pekerja remote, pengasas tech dan pencipta kandungan. Terletak di sebuah pulau di pesisiran pantai Singapura, kami menyediakan semua perkhidmatan ini untuk USD1,500 sebulan,” tertulis pada laman web rasminya.

NS Jadi Tempat Bagi Peserta Fokus Pada Online Business Mereka

Menurut Dylan yang melakukan dokumentari ringkas tentang NS, peserta yang diterima pendaftarannya akan memulakan perjalanan menerusi kapal terbang dari negara tempat tinggal mereka ke Singapura.

Perjalanan kemudiannya diteruskan melalui jalan darat dengan menaiki bas hinggalah mereka tiba di Forest City.

Menerusi temu bual yang dijalankan, Dylan berkata rata-rata individu yang menyertai NS bertujuan untuk fokus pada sesuatu dan menjadi lebih sihat.

Mereka juga mahu dikelilingi individu lain dengan pemikiran yang serupa sementara membina perniagaan dalam talian tanpa sebarang gangguan.

Namun bagi Dylan yang turut berpengalaman menyertai NS buat sementara waktu, dia tidak benar-benar memahami matlamat perkara itu ditubuhkan.

Pengasas NS Bercita-Cita Hasilkan Negara Baharu

Tambah Dylan, Srinivasan yang juga merupakan penulis buku ‘The Network State’ berkenaan cara membina negara sendiri, mempunyai idea yang lebih besar daripada apa yang dikongsikan oleh para peserta.

“Dalam buku itu, dia membincangkan apabila kepercayaan terhadap kerajaan, media dan institusi runtuh, masyarakat internet akan membina masyarakat dunia sebenar yang satu hari nanti boleh berfungsi seperti sebuah negara baharu,” katanya.

View on Threads

Orang Ramai Anggap NS Sebagai Cult, Risau Jika Ada Perkara Tak Sepatutnya Berlaku

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata orang ramai merasakan NS sebagai satu bentuk kultus (cult) atau summer camp bagi golongan kaya dari luar negara.

Dalam masa sama, ada yang turut meluahkan rasa risau sekiranya kawasan itu disalah gunakan bagi kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Ada juga yang berpendapat membiarkan warga luar menetap buat masa yang lama di dalam Malaysia boleh menyebabkan berlakunya pengambilalihan hartanah secara sah, sama seperti yang berlaku di Bali, Indonesia.

“Bunyi macam idea utopia, tetapi ada risiko yang tinggi dan rumit untuk jadi komuniti distopia,” kata seorang individu.

Malah seorang pengguna Threads mendakwa terdapat ramai penceramah yang merupakan rakyat Israel dengan dua warganegara yang membolehkan mereka masuk ke dalam Malaysia.

Sumber: Threads

Hos Nas Daily Salah Seorang Penceramah NS, Terkenal Dengan Kontroversi Sebagai Penyokong Israel

Satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang penceramah di NS ialah Nuseir Yassin, pengasas dan hos channel Youtube Nas Daily.

Untuk info, dia terkenal dengan kontroversi sebelum ini apabila cuba memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport Israel.

Namun empat tahun kemudian, dia mendedahkan telah berjaya memasuki manusia apabila ‘membeli kerakyatan baharu’.

Sinar Harian melaporkan Yassin memiliki dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis, sebuah negara dari kepulauan Caribbean.

Katanya, dia menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis untuk memasuki Malaysia, manakala pasport Israel digunakan apabila ke Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Dilabel ‘Projek Mega Paling Tak Berguna Di Dunia’, Forest City Kini Diumum Sebagai Zon Kewangan Khas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd