[Video] “Terkeluar Skil Parkour Harini” – Penumpang LRT Kelana Jaya Berjalan Atas Rel Kerana Isu Gangguan Perkhidmatan
Pasukan teknikal diarahkan ke lokasi selepas tren 72 tidak dapat bergerak di Stesen Pasar Seni.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai warga tempatan yang bekerja di ibu kota bergantung kepada perkhidmatan LRT setiap hari untuk ulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
Namun, rutin pulang selepas tamat waktu bekerja berubah pada 12 Mei lalu apabila sebahagian pengguna terkandas apabila sebuah tren di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan sistem komunikasi.
Kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas beberapa pengguna di Threads berkongsi video menunjukkan situasi mereka berada dalam tren tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: MyKad Baharu Tiada Fungsi TNG, Ini Cara Beli Pas Rapid KL Guna TNG eWallet | TRP
Penumpang Keluar Dan Berjalan Di Laluan Rel
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna (@at.koala) melihat beberapa penumpang berjalan di atas laluan rel susulan gangguan perkhidmatan berlaku.
Tren yang berhenti di antara stesen KL Sentral dan Pasar Seni menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen khususnya dalam kalangan mereka yang menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya sebagai pengangkutan harian.
Ada yang meluahkan rasa bimbang melihat keadaan penumpang berjalan manakala sebahagian lain turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kelewatan perjalanan pada waktu kejadian itu.
View on Threads
Tren Bernombor 72 Tidak Dapat Bergerak Di Stesen Pasar Seni
Dalam kenyataan rasmi oleh Rapid KL di Facebook, mereka memaklumkan jadual perkhidmatan Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan akibat gangguan sistem komunikasi sebuah tren di Stesen Pasar Seni.
Rapid KL menjelaskan gangguan tersebut berlaku pada jam 6:34 petang melibatkan tren bernombor 72 yang tidak dapat bergerak di stesen berkenaan dan pasukan teknikal telah diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memulihkan operasi secepat mungkin.
Semua Penumpang Dipindahkan Dengan Selamat
Bagi memastikan keselamatan penumpang, proses pemindahan daripada tren dilaksanakan menggunakan kaedah pemindahan tren ke tren sebelum kerja pemulihan dijalankan.
Rapid KL turut memaklumkan semua penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat dan Tren nombor 72 kemudiannya dibawa keluar daripada perkhidmatan.
Tren Alternatif & Bas Perantara Percuma Disediakan

Susulan gangguan operasi itu, Rapid KL telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif kepada mereka terpaksa menunggu lama di platform stesen.
Kemudian, bas perantara ulang-alik percuma turut disediakan sehingga tamat waktu operasi untuk membantu penumpang meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Kerja Baik Pulih Diteruskan Selepas Tamat Waktu Operasi
Rapid KL turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerja-kerja baik pulih dan pemeriksaan teknikal terperinci telah diteruskan selepas tamatnya waktu operasi semalam.
Pemeriksaan itu dilakukan untuk memastikan sistem dan operasi perkhidmatan dapat dipulihkan sepenuhnya sebelum waktu operasi bermula.
Penumpang turut dinasihatkan untuk mengikuti arahan petugas di stesen serta menyemak maklumat rasmi Rapid KL dari semasa ke semasa.
Baca Artikel Berkaitan: “Projek Hampir Siap” – Jurutera Teruja Kongsi Suasana Di LRT 3 Stadium Shah Alam | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Masjid Berhampiran MRT, LRT & Monorel Sekitar Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



