Now Reading
Lelaki Singapura Trade 8 Kad ‘Rare’ Siri One Piece Dengan Jam Patek Philippe Bernilai Hampir RM500K

Lelaki Singapura Trade 8 Kad ‘Rare’ Siri One Piece Dengan Jam Patek Philippe Bernilai Hampir RM500K

Lelaki tersebut menyerahkan lapan keping kad rare siri animasi One Piece yang dianggarkan bernilai sekitar SGD180,000 atau sekitar RM557,024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau dulu kad permainan mungkin dianggap sekadar hobi mengisi masa lapang atau untuk peminat rancangan animasi tertentu tetapi pada hari ini nilai sekeping kad tidak boleh dipandang ringan.

Ada kad rare yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit, malah cukup bernilai untuk ditukar dengan seutas jam mewah atau kereta mewah.

Seperti mimpi, kan?

Situasi tersebut berlaku kepada seorang pengumpul kad dari Singapura dikenali sebagai HK, selepas dia menukar lapan keping kad “rare” One Piece dengan sebuah jam tangan Patek Philippe bernilai hampir RM500,000.

Baca Artikel Berkaitan: ‘The Lepak Game’ & 4 Lagi Kad Permainan Versi Malaysia Yang Sesuai Main Waktu Santai | TRP

8 Kad Rare Untuk Seutas Jam Tangan

HK bersama peniaga kad Malaysia. (Foto: @richdadwilliam / Instagram)

Menurut HK, pertukaran tersebut berlaku ketika dia menghadiri sebuah acara kad di Malaysia pada Jumaat, 1 Mei lalu.

Katanya, dia menyerahkan lapan keping kad rare siri animasi One Piece yang dianggarkan bernilai sekitar SGD180,000 atau sekitar RM557,024.

HK menerima sebuah jam tangan mewah berjenama Patek Philippe bernilai SGD160,000 (RM495,132) dan wang tunai sebanyak SGD20,000 (RM61,891).

Transaksi tersebut merupakan yang terbesar pernah dilakukan sepanjang kerjayanya sebagai pengumpul kad.

Sebelum Jam Tangan Mewah, HK Ditawarkan Kereta Mewah Ferrari

Menariknya kisah ini, pembeli dari Malaysia itu pada mulanya menawarkan HK pilihan antara jam tangan Patek Philippe atau sebuah Ferrari.

HK memilih jam tangan kerana dia mahu mengelakkan kerumitan membawa masuk kenderaan merentas sempadan ke Singapura kerana kos berkaitan sistem Certificate of Entitlement atau COE.

Bekas Pereka Dalaman Kini Menjadi Pengumpul Kad Sepenuh Masa
Kad rare yang dimiliki oleh HK. (Foto: @richdadwilliam / Instagram)

Sebelum aktif dalam dunia mengumpul kad, HK pernah bekerja sebagai pereka dalaman.

Sejak tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk menjadi pengumpul kad sepenuh masa selepas melihat potensi besar dalam pasaran tersebut.

Katanya, pertukaran kad One Piece dilakukan untuk menjana aliran tunai serta memutarkan semula stok perniagaannya.

Walaupun pertukaran ini ialah yang terbesar dalam kerjayanya, ia bukan paling mahal pernah dilakukan kerana sebelum ini HK telah menjual kad bernilai sekitar SGD500,000 (RM1.54 juta) secara tunai.

Kenapa Kad Bersiri Budak Getah Semakin Bernilai?
Siri live-action One PIece di Netflix. (Foto: Netflix)

Populariti siri animasi One Piece yang bermula sebagai komik dan kemudian animasi dari Jepun semakin popular di seluruh dunia.

Kejayaan siri live-action di Netflix turut membantu memperkenalkan siri ini kepada lebih ramai peminat baru.

Perkembangan ini memberi kesan kepada koleksi kad One Piece yang mula menjadi buruan pengumpul dan peniaga.

HK sendiri berkata telah membelanjakan sebanyak SGD1 juta (RM3.09 juta) untuk koleksinya sepanjang tahun lalu dan bergerak ke luar negara setiap bulan untuk mengembangkan perniagaannya.

Kad Pokémon Di Malaysia Juga Pernah Cecah Jutaan Ringgit

Fenomena kad permainan bernilai tinggi bukan hanya berlaku pada siri One Piece sahaja.

Sebelum ini, pengumpul kad Pokémon dari Pulau Pinang, Damiral Imran telah mencuri perhatian ramai apabila pernah menjual koleksi peribadinya pada harga RM1.87 juta dalam tempoh kurang 10 hari.

Kini, Damiral ingin menjual sebahagian koleksi barunya dengan anggaran harga RM4.86 juta dan dibuka kepada pembeli yang benar-benar serius sahaja.

Menariknya, Damiral turut menawarkan pilihan pertukaran dengan sebuah Mercedes-AMG GTS bersama tambahan tunai sekitar RM3.8 juta.

BACA JUGA: Koleksi Pokémon Cecah RM4.44 Juta — Siap Boleh Tukar Dengan Mercedes-AMG GTS & Tambah Tunai RM3.8 Juta!

Baca Artikel Berkaitan: Pengumpul Kad Pokémon Sanggup ‘Berkampung’ Semalaman Demi Dapatkan Set “Ascended Heroes” | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berjaya Jual Koleksi Kad Pokémon Pada Harga RM1,870,000, Siap Ada Kad Edisi Holo Terhad! | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd