Now Reading
“RM8K Termasuk Epidural” – Dr Imelda Beri Pencerahan Tentang Kos Bersalin Di Hospital Swasta

“RM8K Termasuk Epidural” – Dr Imelda Beri Pencerahan Tentang Kos Bersalin Di Hospital Swasta

Konsultan O&G, Prof Dr Imelda Balchin, menjelaskan kos yang terlibat selalunya termasuk bayaran bagi tiga doktor pakar dan bukan dirinya sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila bercakap tentang kos bersalin di hospital swasta, mesti ramai ibu yang menganggap harganya akan mencecah belasan malah puluhan ribu.

Apapun, ia sudah tentu jauh lebih mahal berbanding bersalin di institusi kesihatan kerajaan yang ditanggung subsidi.

Baru-baru ini, Konsultan O&G terkemuka, Prof Dr Imelda Nasreen Nasruddin @ Balchin, telah menjelaskan berkenaan kos yang terlibat bagi bersalin di hospital swasta.

Baca Artikel Berkaitan: Bersalin Di Hospital Kerajaan Terlalu Murah, Macam Harga 2 Orang Makan McD

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Perkenal Elaun Selepas Bersalin Untuk Bantu Ibu, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Lepas Bersalin Badan Makin Naik?” – Netizen Kongsi Pelbagai Tips Untuk Maintain Berat Badan

Dr Imelda Perjelas Pecahan Kos Bagi Bersalin Di Hospital Swasta

Dia berkata demikian sebagai maklum balas terhadap seorang individu yang tidak menyangka bayaran bersalin yang dikenakan olehnya hanya RM8,000 termasuk kos epidural.

Beliau berkata caj yang dikenakan oleh setiap doktor pakar swasta adalah sama sahaja dan tertakluk kepada had maksima yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Dr Imelda turut berkongsi contoh pecahan kos yang dikenakan bagi bersalin di hospital swasta:

  • Lawatan pertama di klinik – RM235
  • Rawatan susulan dan lawatan wad – RM105/unit
  • Caj bersalin normal – RM1,890
  • Caj pembedahan czer – RM3,120
  • Rawatan luar waktu bekerja – Tambahan 50%

Tambah beliau, doktor pakar tidak dibenarkan mengenakan caj kepada pesakit lebih tinggi berbanding had maksima, tetapi mereka boleh memberi diskaun.

Sumber: Threads

Bayaran Yang Dibuat Termasuk Bagi Beberapa Orang Doktor Pakar & Kos Ubat-Ubatan

Tambah Dr Imelda, seorang doktor tidak akan menerima sepenuhnya daripada jumlah bayaran yang dikenakan kepada pesakit.

Sebaliknya kos ini mungkin termasuk bayaran yang membabitkan tiga doktor pakar iaitu O&G, pakar bius dan pakar pediatrik.

“Kena ingat tau, epidural itu ialah kos doktor pakar bius yang datang buat epidural, termasuk ward round dia.

“Jangan lupa, doktor pakar pediatrik pun buat ward round check baby, ada kos dia juga,” katanya.

Di samping itu, bayaran tersebut turut termasuk dengan kos ubat-ubatan lain dan vaksin yang diberikan kepada bayi.

Malah, Dr Imelda berkata dia sering mencadangkan pesakitnya agar mengambil bius separuh badan dalam kes perlu menjalani pembedahan czer bagi mengurangkan kos ubat serta risiko.

Foto: Pexels

Doktor Perlu Buat Bayaran Sewa Klinik & Yuran Pengurusan Pada Hospital

Selain daripada bayaran untuk rawatan dan ubat-ubatan, pesakit juga membayar caj bagi bilik yang dibuat kepada pihak hospital dan bergantung kepada jenis bilik.

“Kalau pilih bilik single yang suami boleh teman, sudah tentu kos lebih tinggi dari bilik kongsi berempat yang suami tak boleh teman,” kata Dr Imelda.

Tambah beliau, bayaran tersebut juga termasuk kos makanan, perkhidmatan jururawat, dan kos barang yang digunakan seperti vakum ketika bersalin.

Malah, doktor juga perlu membayar sewa klinik dan yuran pengurusan bulanan kepada pihak hospital serta insurans bulanan.

Caj Doktor Swasta Tak Meningkat Sejak 2013

Dr Imelda juga menjelaskan bahawa had maksima yang ditetapkan oleh MMC itu adalah sejak tahun 2013 lagi.

Ini bermakna caj doktor swasta tidak meningkat sejak itu iaitu sudah mencecah 13 tahun.

“Harga lain yang naik tinggi melambung tetapi pendapatan doktor pakar sudah 13 tahun tak naik. Sebab itulah kebanyakan doktor pakar zaman sekarang tak bagi diskaun, itu ialah hak mereka untuk caj lebih 50% untuk kerja malam-malam,” jelasnya.

View on Threads

Ramai Baru Faham Kenapa Kos Bersalin Swasta Berbeza

Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang memberi ucapan terima kasih kepada Dr Imelda kerana menjelaskan pecahan kos tersebut secara telus.

“Baru faham kenapa hospital berbeza dan kehamilan berbeza juga dikenakan kos yang berlainan. Ubat lain, prosedur berbeza, bilik dan fasiliti pun lain,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Istilah Tak Pandai Teran” – Kapasiti Pelvis Setiap Wanita Berbeza, Ada Yang Sukar Bersalin Normal

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd