Now Reading
Hari Ibu 2026: 8 Perangai Mak Yang Kita Tak Sedar Dah Ikut!

Hari Ibu 2026: 8 Perangai Mak Yang Kita Tak Sedar Dah Ikut!

Salah satu perangai mak yang jadi ikutan anak, lebih-lebih lagi anak perempuan, adalah suka mengumpul barang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari Ibu disambut pada setiap tahun demi mengenang segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh sosok wanita yang hebat itu dalam membesarkan kita.

Kadangkala sewaktu masih kecil, mungkin ada benda yang dilakukan oleh mak kita yang sememangnya membingungkan atau ada juga yang mengagumkan.

Namun apabila sudah menjejakkan kaki ke alam dewasa, ada pula benda-benda yang dilakukan oleh mak ni yang kita ikut! Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi betul tak?

Baca Artikel Berkaitan: Wah Chan Perkenal Koleksi Loket Jade Terbaharu Sempena Hari Ibu 2026

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sebak Lihat Wanita Mengalirkan Air Mata Ketika Baca Warkah Sempena Hari Ibu Dari Anak

Ini 8 Benda Yang Mak Suka Buat, Sekarang Jadi Ikutan Anak-Anak

Untuk mengetahui tentang perkara ini, team kami telah mengadakan satu tinjauan di laman media sosial bagi mengumpulkan respon daripada orang ramai.

Jom kami kongsikan apa perkara yang dulu mak buat tapi sekarang jadi ikutan mereka pula. Memang cute!

#1. Simpan Segala Tupperware, Tipuware, Semualah!

Salah satu barang milik mak yang paling berharga mestilah Tupperware. Kalau bawa sekolah dan hilang, confirm kena bebel! Bila dah besar baru tahu Tupperware tu tak murah ye sebenarnya.

Sekarang kita pula jadi collector Tupperware. Mana tidaknya, ada macam-macam warna dan saiz. Semuanya berguna!

Kadangkala tipuware yang biasa tu pun kita gigih basuh dan simpan kan? 🤭

Foto: Pexels
#2. Kumpul Plastik & Beg Shopping

Bila dah jadi mak, memang rasa semua benda penting. Bukan setakat Tupperware dan tipuware, ada juga yang kumpul plastik dan shopping bag.

Kadangkala dah banyak beg shopping di rumah pun, tetap beli yang baharu. Selalunya sebab terlupa bawa beg bila ke pasar raya atau kedai.

Tapi tak dapat dinafikan, ramai daripada kita pun macam ni sekarang. Ada yang sengaja jadi collector beg shopping sebab cantik katanya.

#3. Suka Kumpul Pinggan Mangkuk

Selain Tupperware dan beg shopping, satu lagi benda yang jadi idaman setiap mak mestilah pinggan mangkuk. Tak cukup cuma satu, dua set di rumah.

Pada zaman sekarang, antara jenama pinggan mangkuk yang jadi buruan mestilah Portmeiron dan Corelle. Harga ratus-ratus pun sanggup beli!

Tapi sekarang bila kita dah dewasa, kita pula rambang mata tengok pinggan mangkuk. Kadangkala saja nak tukar-tukar set ikut mood.

Foto: Pexels
#4. Minta Anak Pokok Bila Pergi Ke Rumah Orang

Boleh dikatakan rata-rata ibu memang suka bercucuk tanam. Bukan sahaja pokok bunga, tetapi juga ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang ditanam sehingga mendatangkan hasil.

Untuk mak yang lebih ‘ekstrem’, kadangkala siap minta anak pokok bila berkunjung ke rumah orang! Kadangkala tengah sibuk beraya pun sempat ya.

Tapi ada antara kita pun yang macam ni sekarang kan? Bukan apa, nak tunggu pokok tumbuh dari biji benih lama sangat pula 🤭

Foto: Pexels
#5. Jadi ‘Tukang Cari Barang’ Di Rumah

Perasan tak waktu kita kecil, mak ni seolah-olah macam ada kuasa magik. Kalau tak jumpa sesuatu barang, minta je tolong mak. Confirm terus jumpa! Tapi siap sedia kena bebel nanti, “Mak tutup mata pun boleh jumpa!”

Sekarang bila dah naik pangkat jadi mak, kita sendiri pula jadi tukang cari barang kat rumah.

Kadangkala geram juga kan bila barang tu depan mata, tapi suami dan anak-anak tak nampak. Agaknya macam tu juga la mak kita dulu 😆

#6. Memasak Untuk Keluarga

Kalau dulu sewaktu kecil, mungkin terfikir betapa penatnya mak bila melihat dia memasak di dapur. Tapi bila dah besar, kita pula jadi suka memasak.

Sekarang baru kita faham, memasak sebenarnya bukan untuk menyediakan hidangan buat keluarga semata-mata, tetapi merupakan simbol kasih-sayang oleh seorang wanita bergelar ibu.

Memang betul orang kata, air tangan ibulah yang paling sedap!

Foto: Pexels
#7. Beli Tudung, Kasut, Beg Baru Walaupun Dah Ada Banyak

Menjadi fitrah seorang wanita untuk sukakan pada perkara yang cantik-cantik seperti perhiasan, tudung, kasut dan sebagainya. Bila tengok almari mak, penuh dengan barang-barang ni.

Walaupun dah ada banyak, tetapi tetap beli lagi yang baharu! Bukan apa, lagi mudah nak mix and match dengan pakaian kan?

Sekarang kita pula ikut macam mak. Tapi kadangkala ada juga barang yang dihadiahkan oleh orang lain, jadi tak adalah membazir.

#8. Suka Membebel (Tapi Memang Perlu Kan?)

Ini antara jawapan yang paling banyak kami terima, suka membebel. Memang tak dapat dinafikan bila jadi mak-mak ni, banyak betul benda yang perlu dibebelkan.

Bila rumah bersepah, bebel. Anak tak habiskan makanan, bebel. Kerja rumah belum siap tapi sibuk tengok TV, pun bebel.

Sama kan macam mak kita dulu? Tapi bila dah dewasa, baru sedar semua bebelan tu sebenarnya untuk membentuk kita jadi individu yang lebih bertanggungjawab dan berguna.

Foto: Pexels

Bonus point: Kalau dulu mak suka membebel dekat ayah, sekarang kita pun buat yang serupa pada suami hehe.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd