“Christy Ng Mendonia!” – Founder Dedah Banyak Beg Tiruan Dijual Di China, Tapi Harga Tak Jauh Beza Dengan Ori
Christy dimaklumkan oleh seorang pekerja di salah satu kedai di China bahawa mereka menerima banyak permintaan bagi beg tiruannya dari Indonesia dan Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada masa kini, terdapat pelbagai beg tangan berjenama tempatan yang dihasilkan oleh anak watan Malaysia sendiri.
Namun siapa sangka, terdapat juga beg tempatan yang ditiru oleh pihak luar dan dijual semula dalam bentuk copy atau fake, sekali gus dapat membawa kerugian bagi pemilik perniagaan.
Seperti baru-baru ini, Pereka Christy Ng, membuat satu ‘pendedahan’ mengenai produk beg tangannya.
Baca Artikel Berkaitan: “Bos Yang Aku Respect! – Ramai Puji Christy Ng Ubah Suai Surau Selesa Buat Pekerja
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Christy Ng Belanja Lebih RM30,000 Restock Pantri Pejabat, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!
Christy Dedah Beg CN Fake Banyak Dijual Di China
Dia yang ketika itu sedang berada di China membawa orang ramai untuk menyaksikan beg tangan Christy Ng (CN) palsu yang banyak dijual di sana.
Christy sempat berseloroh bahawa produknya telah mendunia memandangkan telah menembusi pasaran China.
“Kita nak pergi melihat beg Christy Ng fake di China. Christy Ng dah mendunia tau. Jom kita pergi meninjau,” katanya
Walaupun kelihatan tenang, Christy turut menyuarakan kebimbangan sekiranya terdapat orang yang membeli produk palsu itu dan meminta penukaran produk atau waranti di kedainya di Malaysia.
Setibanya di sebuah pusat membeli-belah, Christy telah menyinggah di beberapa kedai yang menjual pelbagai jenis dan rekaan beg CN palsu.
Christy dimaklumkan oleh seorang pekerja bahawa mereka menerima banyak permintaan dari Indonesia dan Malaysia.
Dapat dilihat secara mata kasar, beg-beg tersebut saling tidak tumpah seperti produk asli Christy Ng.
View on Threads
Harga Tidak Jauh Beza Dengan Beg Ori, Christy Minta Beli Produk Asli
Christy bagaimanapun mempersoalkan mengapakah orang ramai mahu membeli beg palsu tersebut.
Tidak pasti berapakah harga jualannya, namun dia berkata pembeli hanya perlu membelanjakan lebih sedikit sahaja lagi untuk mendapatkan produk asli.
“Kenapa nak beli copy? Sedangkan tambah sikit je dapat ori,” ujarnya.
Ramai Kagum Beg Christy Ng Jadi Produk Tiruan Di China
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa jenama Christy Ng sememangnya telah mendunia sehingga menjadi produk tiruan di China.
“Kalau China tiru, maksudnya awak buat perkara yang betul. Sekarang fokus pada ID pengesahan. Lakukan cop ID di Malaysia sebagai proses terakhir. Buat data base QR macam Ralph Lauren pun okay,” kata seorang individu.
Ada juga yang berpendapat pekerja kedai tersebut pasti terkejut jika mengetahui Christy Ng sebenar telah datang ke kedai mereka.
Seorang wanita berkata beg tersebut turut dijual menerusi platform beli-belah dalam talian, Taobao, malah seorang lagi berkata beg palsu Christy Ng turut dijual di pusat beli-belah Dragon City Bahrain.
Dalam masa sama, ramai turut bersetuju bahawa tidak berbaloi membeli beg Christy Ng palsu kerana boleh dapatkan yang asli dengan harga yang mampu milik.
Seorang individu juga berkata dia tidak sanggup membeli mana-mana produk Malaysia tiruan kerana seolah-olah mengkhianati negara sendiri.








Christy Ng Ada Cawangan Butik Di Indonesia
Selain di Malaysia, produk original Christy Ng juga boleh didapatkan di negara jiran, Indonesia.
Butik Christy Ng yang pertama di Indonesia telah dibuka di pusat beli-belah Kota Kasablanka, Jakarta sekitar Mac 2025.
Perkara ini sekali gus menjadi bukti kualiti produk Christy Ng yang sehingga menerima permintaan di negara lain juga.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beratur Panjang, Ramai Bangga Christy Ng Buka Butik Pertama Di Indonesia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Jumpa Duit Raya RM30 Dalam Beg Jenama Christy Ng, Selepas Rumah Terbakar Kerana Litar Pintas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



