Now Reading
[Foto] “Macam Parking Di Dubai” – Netizen Terkejut Caj Parking Kurang Sejam Cecah RM20,575

[Foto] “Macam Parking Di Dubai” – Netizen Terkejut Caj Parking Kurang Sejam Cecah RM20,575

Orang ramai diingatkan untuk semak jumlah bayaran sebelum ‘tap’ kad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pergi ke pusat beli-belah biasanya jadi pilihan ramai untuk bersiar-siar, membeli barang keperluan atau sekadar menikmati penghawa dingin.

Namun, lain pula pengalaman netizen ini apabila kunjungan singkatnya ke sebuah pusat beli-belah hampir membuatkan jantungya hampir terhenti selepas mesin parking memaparkan caj sebanyak RM20,575.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook di mana telah menarik perhatian ramai kerana jumlah tersebut terlalu tinggi untuk tempoh parking yang tidak sampai sejam.

Baca Artikel Berkaitan: “Mengalir Pahala Abang Ni” – Lelaki Baiki Laluan Pejalan Kaki Di Kota Bharu Raih Pujian Ramai | TRP

Macam Parking Di Dubai, Tidak Sampai Sejam Sudah Cecah Angka 20 Ribu

Menurut netizen itu, dia ke pusat beli-belah untuk membeli beberapa barang keperluan harian.

Ketika mahu keluar dari kawasan parking, dia terkejut melihat skrin mesin memamparkan jumlah caj yang tidak masuk akal.

Pada mulanya, dia menyangka sistem mesin tersebut mengalami kerosakan. Kemudian, skrin masih memamparkan arahan untuk lakukan bayaran seperti biasa.

Bukan Satu Mesin Sahaja Yang Bermasalah, Pemandu Lain Turut Mengalami Nasib Sama
Sistem Parking Kereta Automatik. (Foto: Pexels)

Apa yang membuatkan situasi itu bertambah pelik, bukan sahaja satu mesin yang rosak.

Malah, beberapa laluan keluar lain turut memaparkan caj parking yang sangat tinggi menyebabkan ramai pemandu keliru.

Keadaan bertambah kelam-kabut bila pemandu tidak dapat keluar seperti biasa dan terpaksa menunggu sistem kembali pulih.

Kejadian Ini Dipercayai Berpunca Daripada Gangguan Sistem

Situasi ini dipercayai berpunca daripada gangguan sistem parking dan caj besar yang dipaparkan bukanlah jumlah sebenar yang perlu dibayar.

Selepas sistem dibaiki, kenderaan dilaporkan dapat keluar dari kawasan seperti biasa.

Individu tersebut turut berharap pihak pengurusan dapat perbaiki sistem tindak balas kecemasan sekiranya kejadian sama berlaku lagi pada masa hadapan.

Contohnya seperti menyediakan bantuan manual bagi memudahkan alir keluar masuk.

Sebelum Ini, Seorang Lelaki Mendakwa Caj Parking Naik Dari RM5 Ke RM1,469 Secara Tiba-Tiba

Isu seperti ini bukan pertama kali kita dengar. Beberapa bulan lalu, seorang lelaki turut mendakwa caj parking tiba-tiba berubah daripada RM5 ke RM1,469 ketika mahu membuat bayaran di lokasi yang menggunakan sistem pengecaman nombor plat kereta automatik.

Menurutnya, jumlah asal yang dipaparkan selepas nombor plat diimbas ialah RM5. Ketika mahu membuat pembayaran, caj tersebut melonjak lebih RM1,000 secara tiba-tiba.

Lelaki tersebut sempat menyemak perubahan tersebut sebelum membuat bayaran.

Jangan Terus ‘Tap’, Semak Sebelum Lakukan Sebarang Bayaran
Jangan terus tap, semak dahulu. (Foto: Pexels)

Susulan itu, lelaki berkenaan menasihatkan ramai agar sentiasa menyemak jumlah bayaran sebelum menekan butang, mengimbas kod QR atau menyentuh kad pada mesin.

Perkara ini bukan sahaja terpakai di tempat letak kereta, tetapi juga di kaunter bayaran lain.

Jika tersilap bayar, proses mendapatkan semula wang mungkin mengambil masa jika bayaran dibuat menggunakan kad debit.

Ingat, sebelum lakukan sebarang pembayaran, lihat dahulu baru tap!

Baca Artikel Berkaitan: Koleksi Pokémon Cecah RM4.44 Juta — Siap Boleh Tukar Dengan Mercedes-AMG GTS & Tambah Tunai RM3.8 Juta!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Duduk Pun Boleh Keluar Peluh! Ramai Puji Staf Klinik Kesihatan Ajak Pengunjung Bersenam Ketika Tunggu Giliran


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd