[Video] Ramai Kagum Lihat Majlis Kahwin Berkonsep Melayu Klasik, Tetamu Pun Pakai Baju Ikut Tema!
Menurut Miza Miedazzle yang membuat persiapan hiasan bagi majlis tersebut, pasangan pengantin itu juga meminta agar tidak diadakan sebarang pelamin mahupun meja makan beradap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila mengadakan majlis perkahwinan, setiap pasangan akan memilih tema yang tersendiri bagi memeriahkan lagi kenduri mereka.
Antara tema yang sering menjadi pilihan ramai termasuk tradisional, rustic dan outdoor atau English garden.
Tema yang dipilih pula pasti akan kelihatan lebih menarik jika para tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian bersesuaian dengan konsep yang dibawa.
Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kahwin Dalam Masa Setahun Tapi Duit Tak Cukup? Ini Tips Dari Pakar Kewangan
Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kongsi Idea Doorgift Kahwin Bermanfaat Yang Tak Akan Dibuang Para Tetamu
Perkahwinan Berkonsepkan Melayu Klasik Raih Perhatian Ramai
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@miza.miedazzle) yang menyaksikan keadaan di sebuah majlis perkahwinan.
Video itu telah dikongsikan oleh Miza Miedazzle yang membuat persiapan hiasan bagi majlis tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah tema majlis tersebut yang berkonsepkan Melayu klasik atau ‘old school‘.
Dari pemilihan meja makan, pakaian pengantin dan perhiasan lain, semuanya amat sesuai dengan tema yang dipilih.
Menurut Miza, pihaknya telah melakukan segala persiapan hiasan bemula 11 malam hingga 8 pagi.

Tiada Pelamin & Meja Makan Beradap
Vibe di sekitar kenduri kahwin itu memang kelihatan tenang dengan penggunaan meja dan kerusi kayu yang berjaya menaikkan seri majlis tersebut.
Menurut Miza, pasangan pengantin itu juga meminta agar tidak diadakan sebarang pelamin mahupun meja makan beradap.
Kelihatan kedua-dua mempelai manis menggayakan persalinan yang serba ringkas bewarna beige.
Suami dengan baju teluk belanga, bersamping kain pelikat dan memakai semutar di kepala, manakala si isteri mengenakan baju kurung moden serta berselendang.

Tema yang unik itu dimeriahkan lagi dengan sokongan dari para tetamu yang turut sama-sama memakai pakaian bersesuaian. Boleh kata macam kita kembali ke kampung pada zaman dahulu kala.
Yang lebih menarik, siap ada ‘gerai’ durian di majlis tersebut. Memang meriah!
@miza.miedazzle And i am soooooo in love with this theme and the vibesss Congratulations to Mirza and Amanie for every single details they plan for this wedding!
♬ original sound – anasri.my
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Tema Klasik Yang Dipilih Oleh Pasangan Pengantin Bagi Majlis Perkahwinan
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai memuji pasangan suami isteri tersebut kerana memilih tema klasik itu.
Seorang wanita berkata majlis perkahwinan sedemikian pasti akan kelihatan lebih cantik jika tetamu yang hadir turut mengikut tema. Ada yang mencadangkan agar menyatakan kod pakaian siap-siap dalam jemputan.
Beberapa individu turut berpendapat pasangan zaman sekarang lebih gemar mengadakan intimate wedding dan berjimat dalam mengadakan majlis perkahwinan.
“Suka budak-budak zaman sekarang kahwin. Buat keputusan sendiri tanpa memikirkan apa saudara-mara kata, apa orang kampung kata, apa tetamu-tetamu kata,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada juga yang mahu mengambil inspirasi dari majlis perkahwinan tersebut bagi persandingan mereka sendiri.






Pilih Pakaian Yang Bersesuaian Apabila Ke Majlis Kahwin Untuk Elak Overshadow Pengantin
Walaupun memakai pakaian mengikut tema boleh menambahkan lagi seri kepada suatu majlis perkahwinan.
Namun seorang wanita sebelum ini pernah menegur kaum hawa agar tidak memakai selendang di atas kepala apabila hadir ke majlis kahwin atau pertunangan.
Katanya, pemakaian sedemikian dianggap berlebihan dan boleh overshadow pasangan pengantin yang sedang diraikan.
“Ternampak dekat majlis kahwin sorang influencer ni, tetamu pakai selendang dekat kepala. Selendang yang saya maksudkan tu bukan yang selendang orang pakai letak dekat bahu. Tapi dia letak atas kepala macam pakai veil,” katanya.
Selain itu, dia turut menasihati para tetamu agar mengelakkan memakai pakaian berwarna putih yang selalunya sinonim dengan persalinan pengantin.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Overshadow” – Wanita Tegur Kaum Hawa Pakai Selendang Atas Kepala Ketika Hadir Majlis Kahwin & Tunang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Majlis Kahwin Muslim Hari Ini Tak Macam Islam, Dengan Pakai Seksinya – Bekas Pelakon
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wajib Ke Pergi Kenduri Kahwin Yang Dijemput Dari Group WhatsApp? Ini Penjelasan PU Salman
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.