“Mengalir Pahala Abang Ni” – Lelaki Baiki Laluan Pejalan Kaki Di Kota Bharu Raih Pujian Ramai
Kelihatan bahagian pejalan kaki tersebut yang turut digunakan oleh golongan OKU sudah pecah dan berada dalam keadaan yang tidak sekata.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia merupakan negara yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur yang boleh digunakan oleh orang awam secara percuma.
Namun tidak dapat dinafikan, bahawa kemudahan yang disediakan ini kadangkala tidak diselenggara dan dibiarkan rosak sehingga bertahun lamanya.
Perkara ini tidak menghentikan seorang lelaki daripada mengambil inisiatif sendiri untuk membaiki kerosakan yang berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rezeki Abang Ni” – Rider Menangis Ada Individu Baik Hati Bayarkan Kos Baiki Motor Rosak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mekanik Dedah Tak Ambil Upah Ketika Baiki Motosikal Rider Kerana Ada Yang Beri Infak
Lelaki Baiki Laluan Pejalan Kaki Rosak Di Kota Bharu
Seperti yang dikongsikan di TikTok (@hiyaz_official), lelaki tersebut dari organisasi sukarela Hiyaz Community, dilihat membaiki satu laluan pejalan di sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, walaupun itu bukan tugasnya, namun dia tidak mahu individu yang cacat penglihatan terjatuh di kawasan tersebut memandangkan laluan pejalan kaki itu turut digunakan oleh mereka.
“Bukan kerja saya, tapi saya tak boleh biarkan orang buta jatuh di sini,” tulisnya pada video.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan bahagian pejalan kaki itu sudah pecah dan berada dalam keadaan yang tidak sekata, sememangnya bahaya buat orang ramai apatah lagi mereka yang tidak boleh melihat.

Lelaki Beli Bahan Sendiri Untuk Baiki Pejalan Kaki
Bagi membaiki laluan pejalan kaki itu, dia dilihat telah mengangkat kesemua blok jubin yang teralih sehingga mendedahkan simen di bahagian bawahnya.
Dia kemudiannya menuangkan pasir yang dibawa olehnya di kawasan tersebut untuk memadatkan bahagian yang lopong. Difahamkan segala peralatan dan bahan yang digunakan dibeli olehnya sendiri.
Selepas pasir itu diratakan, lelaki tersebut menyusun semula blok jubin tadi.
Laluan pejalan kaki itu tidaklah kelihatan sempurna setelah ia selesai dibaiki, tetapi pastinya lebih selamat untuk digunakan berbanding sebelum ini.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.4 juta jumlah tontonan dengan lebih 126,700 tanda suka.
@hiyaz_official #Restore #Blind #City #Volunteer #KotaBharu ♬ young and beautiful – moiseslyricsss
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pujian Pada Lelaki Kerana Baiki Laluan Pejalan Kaki
Sifat mulia lelaki itu sememangnya menerima pujian orang ramai yang membanjiri ruangan komen.
Mereka turut berterima kasih kepadanya dan berkata dia pasti menerima ganjaran pahala selagi mana laluan itu digunakan.
“Selagi jalan ni ada sampai kiamat, maka pahala abang ni sampai kiamat mengalir. Subhanallah,” kata seorang individu.
Malah seorang pengguna kerusi roda turut mengucapkan penghargaan buatnya.
Difahamkan orang ramai juga boleh membuat sumbangan infak jika berminat bagi membantu urusan mereka.
Ada juga yang sempat berseloroh bagaimana proses pembaikan itu boleh terus dijalankan tanpa mengadakan mesyuarat dan membuka tender terlebih dahulu.






Baca Artikel Berkaitan: “Tiap Langkah Mengalir Pahala” – Kembar Kreatif Buat Kaki Palsu Untuk Kucing Kurang Upaya Raih Pujian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.