Now Reading
Koleksi Pokémon Cecah RM4.44 Juta — Siap Boleh Tukar Dengan Mercedes-AMG GTS & Tambah Tunai RM3.8 Juta!

Koleksi Pokémon Cecah RM4.44 Juta — Siap Boleh Tukar Dengan Mercedes-AMG GTS & Tambah Tunai RM3.8 Juta!

Koleksi tersebut sebenarnya dianggarkan bernilai sekitar RM4.68 juta hingga RM4.75 juta, dan kini hanya dibuka kepada pembeli yang benar-benar serius.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau dulu ramai anggap hobi kumpul kad Pokémon sekadar nostalgia zaman kecil, kisah lelaki ini mungkin akan buat anda fikir dua kali, betul tak?

Tahun lepas, seorang pengumpul kad Pokémon dari Pulau Pinang, Damiral Imran, pernah jadi perhatian apabila berjaya menjual keseluruhan koleksi peribadinya pada harga RM1.87 juta!

Dan lebih mengejutkan, ia berjaya terjual dalam tempoh kurang 10 hari.

Kini, dia kembali jadi bualan ramai tetapi dengan angka yang lagi “keras”.

Tak tercapai dek akal!

Dari Jutaan ke Jutaan Lebih Besar

Terbaharu, Damiral Imran mendedahkan bahawa dia ingin menjual sebahagian koleksi baharu Pokémon miliknya pada harga RM4,444,444.

Apa yang menarik, koleksi tersebut sebenarnya dianggarkan bernilai sekitar RM4.68 juta hingga RM4.75 juta, dan kini hanya dibuka kepada pembeli yang benar-benar serius.

Ya, bukan harga main-main.

Tak Nak Bayar Cash? Boleh ‘Trade’ Dengan Kereta Mewah

Kalau anda rasa RM4.4 juta itu terlalu besar untuk dikeluarkan sebagai wang tunai, Damiral turut memberikan pilihan kedua buat sesiapa yang berminat. Anda boleh trade dengan sebuah Mercedes-AMG GTS, bersama tambahan tunai sekitar RM3.8 juta.

Bunyi macam urus niaga hartanah atau supercar, tapi ini… kad Pokémon.

Dan ini bukan kali pertama dia buat berurusan seperti ini. Tahun lalu, koleksi lamanya juga pernah ditawarkan untuk ditukar dengan Porsche 911 Carrera 4S + RM1 juta.

Kalau anda rasa boleh jadi orang ‘tengah’, ini part paling menarik.

Damiral juga menawarkan komisen RM80,000 kepada sesiapa yang berjaya membantunya mencari pembeli yang berminat.

Hobi Bertukar ‘Aset’ Pelaburan

Fenomena kad Pokémon sebenarnya sudah lama berubah daripada sekadar hobi kepada aset collectible bernilai tinggi.

Malah di peringkat global, ada kad rare yang boleh mencecah harga luar biasa — contohnya kad Pokémon Illustrator milik Logan Paul yang pernah dijual sekitar AS$16.5 juta (RM65 juta) dalam lelongan.

Ini menunjukkan bahawa dunia collectible pada ketika ini dah setaraf dengan pelaburan mewah lain seperti jam eksklusif atau kereta prestasi tinggi.

Apa yang buat kisah ini lagi menarik adalah semuanya bermula daripada minat.

Daripada kumpul kad dalam bilik kecil, kini boleh cecah transaksi berjuta ringgit. Dan melihat trend semasa, tak mustahil nilai collectible seperti ini akan terus naik.

Jadi, persoalannya sekarang: Kad Pokémon lama yang anda simpan tu, masih ada lagi tak? 👀


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd