Underdog Malaysia Ini Kini Di Ambang USD5 Juta, Iqeen Tampil Finalis Beast Games Musim 3!
Baru-baru ini, Iqeen turut tampil sebagai pemuzik pengiring untuk Aisha Retno ketika separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 di TV3.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pemain bass profesional Malaysia, Mailatul Nurul Ashiqeen atau lebih dikenali sebagai Iqeen, kini tersenarai sebagai salah seorang daripada empat wakil Malaysia yang bersaing untuk merebut satu tempat ke Musim 3 rancangan realiti global, Beast Games.
Paling menarik, hanya seorang sahaja akan terpilih.
Daripada membuat persembahan di pentas TV utama hingga membina kerjaya secara berdikari sejak usia 17 tahun, Iqeen telah mengukuhkan namanya dalam industri hiburan sebagai pemain bass yang versatil dan bertenaga.
Dia juga pernah menjadi ahli kumpulan Mojo dan kini aktif sebagai sessionist, selain memimpin band persembahan wanita, D’MURE.
Sepanjang kerjayanya, Iqeen turut bekerjasama dengan pelbagai artis terkenal, dan baru-baru ini tampil sebagai pemuzik pengiring untuk Aisha Retno ketika separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 di TV3.
Beast Games
Untuk info, rancangan Beast Games merupakan fenomena global, mencatat 44 rekod dunia Guinness serta menjadi siri tanpa skrip paling banyak ditonton di Amazon Prime Video, dengan sekitar 50 juta tontonan dalam tempoh hanya 25 hari.
Ia juga menawarkan hadiah terbesar dalam sejarah game show — USD5 juta.
Kini, Iqeen berada di ambang pentas yang lebih besar.
Sebagai salah seorang daripada empat finalis Malaysia, dia bersaing untuk satu slot yang akan ditentukan sepenuhnya melalui undian awam.
Disebabkan sedikit kekeliruan pada laman undian, nama Iqeen dipaparkan sebagai “Mailatul” (nama pertamanya). Orang ramai dinasihatkan untuk mencari nama tersebut ketika membuat undian.
Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, Iqeen berkongsi, “Saya keluar rumah pada usia 17 tahun dan sejak itu berdikari sepenuhnya. Pengalaman itu membentuk saya jadi lebih kental dan strategik dalam hidup.
“Ramai memandang rendah pada saya kerana saiz fizikal saya — tapi itu yang buat saya lebih berusaha. Malaysia pun sering dipandang kecil kerana negara kita kecil, dan saya sangat relate dengan itu.
“Sebab itu saya percaya saya orang yang tepat untuk wakili kita. Saya nak buktikan kemampuan kita. Saya bersedia untuk berjuang dan membawa pulang trofi ini. Tolong undi saya! #VoteMailatul,” jelasnya.
Rakyat Malaysia boleh menyokong Iqeen dengan mengundi di LINK INI.
Undian ditutup pada 1 Mei 2026!
Kalau anda nak tonton sendiri bakat Iqeen dan perjalanannya sepanjang menaikkan nama sendiri, boleh klik di link media sosial miliknya di bawah:
- Instagram: www.instagram.com/iqeenqueen
- Facebook: www.facebook.com/iqeen.defunkish/
- YouTube: https://www.youtube.com/@iqeenqueen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer & Assistant Editor.