Now Reading
Pengumpul Kad Pokémon Sanggup ‘Berkampung’ Semalaman Demi Dapatkan Set “Ascended Heroes”

Pengumpul Kad Pokémon Sanggup ‘Berkampung’ Semalaman Demi Dapatkan Set “Ascended Heroes”

Pelancaran ekspansi terbaru permainan kad ini membuatkan orang ramai beratur panjang sehingga satu blok kedai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peminat dan pengumpul permainan kad popular Pokémon Trading Card Game dilihat beratur panjang di sekitar Damansara Jaya, semata-mata untuk mendapatkan ekspansi baharu yang dilancarkan sejak awal tahun ini.

Perkhidmatan pemburuan kad Pokémon, PokeBK, yang mendapatkan kad dari Amerika Syarikat berkongsi video suasana tersebut menerusi Instagram Stories — menunjukkan orang ramai sudah mula “camping” sejak petang semalam hingga ke pagi.

Ada yang siap bawa kerusi lipat, makan malam di lokasi, dan setia menunggu giliran demi mendapatkan set koleksi “Ascended Heroes” yang menjadi rebutan ramai.

Apa Sebenarnya “Ascended Heroes” Ini?

Nama penuh koleksi ini ialah Pokémon TCG: Mega Evolution — Ascended Heroes. Ia menampilkan sebanyak 295 kad secara keseluruhan, termasuk 217 kad dalam set utama dan 78 kad “secret rare”.

Set ini memfokuskan kepada kad “Mega Evolution”, iaitu mekanik dalam permainan yang membolehkan Pokémon meningkatkan kuasa mereka secara sementara melebihi tahap evolusi biasa.

Foto: Pokémon Center

Kalau anda bukan pemain atau pengumpul, konsepnya mudah: Pokémon ialah makhluk comel yang boleh “evolve” menjadi lebih kuat dan ganas, dan pemain akan menggunakan kad mereka untuk bertarung dengan “trainer” lain.

Hobi Yang Boleh Jana Duit

Malah, paling menakjubkan adalah kad Pokémon boleh mencecah ratusan hingga ribuan dolar, menjadikannya bukan sekadar hobi, tetapi juga peluang pelaburan.

Kalau kena cara atau jumpa kad rare pada harga murah, memang boleh untung besar.

Malah, tahun lalu seorang lelaki di Malaysia yang memiliki koleksi Pokémon berskala besar berjaya menjual keseluruhan koleksinya pada harga RM1.87 juta, walaupun pada awalnya ia dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.

BACA JUGA: Malaysian Pokémon Collector “Catches ’Em All” — And Sells Big

Kad Pokémon Paling Mahal Pernah Dijual

Kad Pokémon paling mahal pernah dijual ialah Pikachu Illustrator dari tahun 1998.

Kad ini terjual pada harga USD16.492 juta (sekitar RM65 juta) pada Februari 2026.

Ia dimiliki oleh YouTuber terkenal Logan Paul, dan mendapat penarafan PSA 10 Gem Mint — tahap tertinggi untuk kondisi kad.

Foto: vinticards.com

Kad ini juga memegang rekod dunia Guinness sebagai kad trading paling mahal pernah dijual, hasil daripada tahap rarity yang ekstrem (dianggarkan hanya sekitar 40 keping wujud) serta ilustrasi uniknya.

Antara kad lain yang turut mencatat harga tinggi termasuk:

  • 1999 Charizard Base Set 1st Edition (PSA 10): Kerap dijual melebihi USD550,000 kerana status ikoniknya
  • Tsunekazu Ishihara Signed GX Promo (PSA 7): Terjual lebih USD223,000 pada 2025
  • 1998 Test Print Blastoise (PSA 6.5): Terjual sekitar USD216,000

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd