Now Reading
“Kenapa Open House Kena Ada Sup?” – Ustaz Elyas Tegur Wanita Pertikai Makanan Dihidang Tuan Rumah

“Kenapa Open House Kena Ada Sup?” – Ustaz Elyas Tegur Wanita Pertikai Makanan Dihidang Tuan Rumah

Jelas wanita itu, makanan berasaskan sup yang dihidangkan semasa majlis rumah terbuka boleh terpercik ke tudung dan merosakkan makeup bagi kaum Hawa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun bulan Syawal sudah menghampiri penghujungnya, namun masih ramai yang teruja bagi menganjurkan majlis rumah terbuka. Mana tidaknya, inilah peluang untuk berkumpul dengan saudara-mara dan rakan yang sudah lama tidak berjumpa.

Bagaimanapun disebabkan jemputan open house yang banyak, mungkin para tetamu sudah mengulangi menu sama berulang kali.

Pun begitu, itu bukan alasan kita untuk mempersoalkan setiap makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, sebaliknya perlu bersyukur kerana masih diberi nikmat makan.

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Ayah Didik Dia Dengan Baik” – Kanak-kanak Doakan Tuan Rumah Selepas Habis Beraya Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kampung Tak Nak Kiss” – Keluarga Hanya Ketawa & Tak Tegur Adab Si Kecil Ketika Salam Raya Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Budaya Ke?” – Pekerja Indonesia Culture Shock Open House Raya Di Malaysia Lebih Sebulan

Wanita Pertikai Kenapa Ramai Hidang Sup Ketika Majlis Rumah Terbuka Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail menegur seorang wanita yang mempertikaikan jenis makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah sewaktu sesi rumah terbuka bersempena Aidilfitri ini.

Menurut wanita itu, menu berasaskan sup adalah ‘kurang sesuai’ untuk kaum Hawa yang memakai tudung dan juga makeup.

“Kenapa open house kena ada sup? Tahu tak kitorang ni dah bercantik-cantik pakai tudung gulung-gulung, lilit-lilit, makeup dah lawa, semua dah on point lepas tu bila nak makan tu menjejeh-jejeh (terpercik sup) dekat sini (dagu) dan tudung,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Maggi

Bagaimanapun menurut Ustaz Elyas, tetamu sepatutnya menerima semua hidangan yang disediakan oleh tuan rumah dengan hati yang terbuka dan dengan penuh rasa kesyukuran.

Bukan itu sahaja, tetamu malah seharusnya berterima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput dan menyediakan juadah serta santapan hidangan raya buatnya.

“Setiap tuan rumah ni ada tahap kemampuan masing-masing. Ada yang mampu bagi hidangan yang sedap-sedap, menu yang mungkin tahap antarabangsa, kadangkala mungkin tahap kampung sahaja. Kadangkala yang biasa-biasa sahaja,” kata beliau.

Nabi Muhammad SAW Tak Pernah Mencela Makanan

Menurut Ustaz Elyas, Nabi Muhammad SAW tidak pernah melakukan perkara sebegitu sebaliknya hanya menolak makanan ke tepi tanpa memberikan sebarang komen sekiranya tidak mahu menjamah.

“Dia bagi sup ke apa sekali pun, terima seadanya! Nabi Muhammad SAW tidak pernah sesekali mencela makanan sedikit pun. Kalau sekiranya Nabi SAW rasa nak makan, maka Nabi SAW akan makan.

“Tapi kalau Nabi Muhammad SAW tak nak makan, maka Baginda tolak tepi sahaja tanpa berkata apa-apa. Tanpa komen, tanpa mengutuk, atau mencela terhadap makanan yang dihidangkan. Sup ke, nasi ke, daging ke, ikan ke, kalau nak makan, makan dengan penuh kesyukuran. Kalau (kamu) tak nak, tolak secara diam sahaja,” tegur pendakwah itu.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Jaga Percakapan, Hormati Tuan Rumah Open House

Nasihat ustaz tersebut, tetamu sepatutnya menghormati tuan rumah dan elak berkata-kata negatif yang mampu membuatkan Allah SWT murka.

“Sebagai tuan rumah, besar fadilat kita bagi orang makan. Malah kita pula selaku tetamu hadirnya kita (akan) mengundang rahmat dan kasih sayang Allah.

“Tapi jangan kerana mulut kita, mengutuk, mempertikaikan tuan rumah punya menu ke, bimbang pula Allah murka kepada kita,” tambah Ustaz Elyas di akhir perkongsian.

@ustazelyasismail Makanlah dengan penuh syukur, kalau tak kena dengan selera tolak cara baik.. #fyp #ustazelyasismail #nasihat ♬ original sound – Ustaz Elyas Ismail

Tonton video penuh [DI SINI].

Rumah Terbuka Bertujuan Untuk Rapatkan Silaturahim, Bukan Makan Semata-mata

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Ustaz Elyas selain berkata bahawa tetamu tidak sepatutnya melontarkan komen tentang makanan yang dihidang tuan rumah.

“Bagi saya beraya ni bukan kita nak pergi makan je, tapi nak eratkan silaturahim antara satu sama lain. Jangan la timbulkan isu makan sup ke tak ada lauk ke. Rasa tak nak makan jangan bising,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga mengingatkan wanita tersebut agar mensyukuri nikmat dikurniakan Allah SWT.

“Perempuan ni kalau tiba-tiba ditarik nikmat makan baru dia tahu betapa beruntungnya dapat makan. Tak kisahlah berkuah ke tak,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Kak saya dengan anak pernah makan dari tong sampah tau. Sekarang walaupun dah mampu, saya akan makan semua asalkan namanya makanan. Paling suka kalau ada orang jemput datang ke rumah terbuka,” tambah seorang individu.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’

Baca Artikel Berkaitan: Guna Nama Unik & Catchy Untuk Label Makanan Ketika Open House, Wanita Dipuji Kreatif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd