Now Reading
Van Bawa Anjing & Puluhan Kucing Dilanggar Lori Ketika Dalam Perjalanan Ke Pet Expo

Van Bawa Anjing & Puluhan Kucing Dilanggar Lori Ketika Dalam Perjalanan Ke Pet Expo

Difahamkan seekor kucing telah maut, 1 kucing dan 1 anjing dalam keadaan kritikal, manakala 5 lagi kucing masih hilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (12 April), kumpulan penyelamat haiwan Shikin’s Team Animal Rescuer (STAR), terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan dari Melaka ke ekspo haiwan peliharaan di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Difahamkan mereka telah menghentikan van yang dinaiki di laluan kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Simpang Ampat, kerana mengalami masalah enjin dan mahu menyusun pengangkut (carrier) kucing yang terjatuh.

Namun secara tiba-tiba, sebuah lori telah melanggar van berkenaan dari belakang sehingga terbabas ke tepi jalan.

Seorang Sukarelawan Tercampak Ke Luar Van, Semua Carrier Haiwan Rosak

Menurut Shikin, kemalangan itu menyebabkan kakaknya yang masih berada di dalam van tercampak ke luar.

Manakala seorang lagi sukarelawan dan haiwan yang dibawa masih berada di dalam kenderaan terbabit sejurus setelah insiden berlaku.

Katanya sebanyak 20 ekor kucing dan 5 ekor anjing terlibat dalam kemalangan tersebut dan kesemua pengangkut haiwan telah rosak.

Kesemua haiwan itu dalam perjalanan untuk dibawa ke Oh My Pet Expo 2026 bagi tujuan adoption untuk hari terakhir ekspo.

Foto: IG STAR

2 Ekor Anjing Terselamat, Seekor Kucing Maut & 5 Lagi Belum Ditemui

Dalam satu hantaran di Instagram oleh penyelamat haiwan, Shima Aris, dua ekor anjing yang dibawa bersama telah ditemui kembali, termasuklah seekor anjing berkaki tiga yang digelar 9.9.

Namun seekor anak anjing dalam keadaan kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di vet.

Daripada 20 ekor kucing, 13 ekor berjaya diselamatkan, seekor telah maut dan seekor lagi dalam keadaan kritikal. Pencarian bagi 5 ekor kucing yang masih hilang sedang diteruskan.

Difahamkan sebahagian besar haiwan yang terlibat telah meloloskan diri dari pengangkut yang telah rosak sebelum mengalami kemalangan, serta ada juga yang melarikan diri ke dalam kawasan hutan di tepi jalan.

Team TRP telah menghubungi Shikin bagi mendapatkan status terkini berkenaan kucing-kucing yang masih hilang, tetapi belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

Orang Ramai Boleh Menyumbang Kepada Shikin Team Animal

Dalam satu hantaran di Threads pula, seorang rakan kepada Shikin memaklumkan bahawa van tersebut telah dalam keadaan total loss.

Dalam masa sama, dia turut meminta orang ramai agar membantu mengurangkan beban team berkenaan dari segi kewangan.

Sumbangan boleh diberikan menerusi akaun bank Shikin Team Animal seperti dikongsikan di bawah.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan 2 Kanak-Kanak Dera Kucing Bikin Ramai Berang, Ibu Tampil Mohon Maaf

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lapah Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jika Dapat Jejak Pelaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd