Now Reading
[Video] Kenapa Semakin Ramai Sembunyikan Wajah Anak? Ini Penjelasan PU Riz

[Video] Kenapa Semakin Ramai Sembunyikan Wajah Anak? Ini Penjelasan PU Riz

Kalau anda perasan, semakin ramai ibu bapa yang menyembunyikan wajah anak mereka daripada tatapan ramai terutamanya di media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila dikurniakan cahaya mata, sudah tentu kita mahu menjaga sebaik mungkin dan melindungi mereka daripada bahaya. Sebagai contoh pada musim Aidilfitri ini, ramai juga penjaga yang tidak mahu keluar beraya hanya kerana memikirkan keselamatan si kecil.

Kalau anda perasan, semakin ramai juga yang menyembunyikan maklumat atau perihal anak mereka daripada khayak ramai.

Jika memuat naik gambar di media sosial, segelintir ibu bapa menutup muka anak menggunakan tangan, emoji comel, atau dengan effect kabur. Anak kepada selebriti terkenal Neelofa dan pasangannya, pendakwah bebas PU Riz juga tidak terkecuali.

Bukan Semua Yang Disayangi Perlu Ditunjukkan Kepada Orang Lain

Baru-baru ini, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail menerusi podcast Sembang Seram ada mengulas tentang sebab utama beliau bersama Neelofa mengambil keputusan untuk menyembunyikan wajah anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Host, Safwan Nazri pada awalnya berkata menyembunyikan wajah anak ini sudah menjadi satu trend di kalangan ibu bapa di luar sana. Malah dia juga bertanya apa sebab utama PU Riz mengambil langkah itu.

Jelas PU Riz, ada sesetengah perkara yang disayangi tidak perlu ditunjukkan kepada orang ramai secara umum sebagai contoh isteri dan anak-anak.

Tambah beliau, sebuah hadis ada menyebut, “Sesiapa yang melihat sesuatu yang menakjubkan daripada saudara, harta dia, kembalikanlah ia kepada Allah.”

Perbuatan (menyembunyikan sesuatu yang disayangi) itu penting bagi mengelakkan penyakit ain atau yang disebut oleh orang Barat iaitu Evil Eye (mata jahat).

“Saya bagi satu contoh. Saya cakap dekat Safwan, Safwan ni handsome nya Masya-Allah. Putih kulit lepas tu saya diam. Tak sebut Masya-Allah tu, terus diam. Tahu apa jadi esok? Akan ada benda buruk yang berlaku kepada Safwan.”

Perkara Buruk Mungkin Berlaku Selepas Dipuji Seseorang

Menurut PU Riz, Nabi SAW juga pernah menyebut tentang penyakit ain ini yang mana Baginda menegur seorang sahabat yang memuji sahabat lain kerana kulit badan yang cerah.

Jelas pendakwah tersebut, mungkin ada juga individu yang berpengalaman ditimpa sesuatu yang buruk selepas dipuji seseorang. Sebagai contoh muka keluar jerawat sejurus rakan lain memuji muka licin serta mulus.

“Nabi SAW kata setiap kamu yang melihat sesuatu yang menakjubkan, apa yang menakjubkan, kembalikan ia kepada Allah. Hah jadi dia kenalah puji Allah. Dia boleh puji kawan dia tapi dia kena sebut, ‘Masya-Allah putihnya badan hang’, atau ‘Masya-Allah sado hang eh’. Macam tu.”

Sumber: Instagram (@neelofa)

Sebut ‘Masya-Allah’ Jika Puji Diri Sendiri Atau Orang Lain

Oleh disebabkan itu, penting untuk seseorang menyebut ‘Masya-Allah’ setiap kali memuji seseorang. Ini bukan sahaja tertakluk kepada orang lain, malah anda juga perlu menyebut kalimah tersebut sekiranya memuji diri sendiri.

Sebagai contoh, “Masya-Allah, handsomenya aku hari ni.”

Jika anda melihat diri sendiri di depan cermin, amalkan juga doa ketika melihat cermin.

اَللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Maksudnya: “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka cantikkanlah juga akhlakku.”

Foto: Janaan AI

Sembunyikan Muka Untuk Lindungi Anak

Berbalik kepada soalan asal, punca utama beliau menyembunyikan wajah anak-anaknya adalah bagi mengelakkan ia terlihat oleh sesetengah individu yang tidak menyebut ‘Masya-Allah’ ketika memuji si kecil.

Perbuatan tidak mendedahkan wajah itu adalah untuk tujuan keselamatan semata-mata.

Jika tidak dapat mengawal orang ramai daripada menyebutnya, maka kita sendiri yang perlu berkata ‘Alhamdulillah’ atau ‘Masya-Allah’.

Apa Perlu Balas Jika Orang Puji Kita?

Dalam podcast sama, PU Riz juga ada menegur segelintir individu yang bertindak menidakkan sesuatu pujian yang diberikan orang lain kepada diri sendiri.

Antara ayat yang kita selalu dengar adalah, “Eh tak adalah mana ada cantik. Biasa-biasa je. Kau lagi cantik.”

Balasan yang betul kepada pujian tersebut adalah dengan menyelitkan lafaz ‘Alhamdulillah’ dan berkata semua itu datang daripada Allah SWT.

Tidak salah puji orang lain, malah diberikan ganjaran pahala sekiranya membuat seseorang berasa gembira selain dicintai Allah SWT. Namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd