Now Reading
“Jom Support Lokal” – Aeon Dipuji Pamer Info Dari Mana Datangnya Sumber Sayur-sayuran Yang Dijual

“Jom Support Lokal” – Aeon Dipuji Pamer Info Dari Mana Datangnya Sumber Sayur-sayuran Yang Dijual

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Sabrina, paparan maklumat sayuran di Aeon itu adalah satu langkah baik bagi membantu individu membuat pembelian dengan bijak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebersihan sesuatu barangan pasti menjadi keutamaan para pengguna sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Namun tidak dinafikan, kes-kes tular terdahulu pasti membuatkan segelintir individu berasa waswas.

Sebagai contoh sebelum ini, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka mendedahkan sebuah kedai runcit di negeri itu telah bertindak menyimpan sayur-sayuran di tempat yang kotor iaitu tandas.

Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, sesetengah syarikat telah memperkenalkan inisiatif untuk mendapatkan kepercayaan para pengguna.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak

Baca Artikel Berkaitan: Dikesan Guna Berus Bulu Babi, JAIM Tarik Semula Sijil Halal Kilang Kopi & Biskut Di Melaka

Baca Artikel Berkaitan: Sin Sing Coffee Tampil Jelaskan & Nafi Terbabit Kes Guna Berus Bulu Babi

Setiap Sayur-sayuran Di Aeon Ada Label Tentang Info Perladangan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Sabrina Agusti berkongsi suasana semasa berada di sebuah cawangan Pasaraya Aeon.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan terdapat paparan maklumat mengenai sumber setiap sayur-sayuran yang dijual di sana. Sebagai contoh, Tomato Cherry Blossom yang dijual ditanam di kawasan Kuala Terla, Cameron Highlands oleh pekebun bernama Hafifi.

Lebih menarik lagi papan tanda itu turut menjelaskan cara-cara dan kaedah digunakan untuk menanam sayur berkenaan. Bukan itu sahaja, pembeli juga boleh mengetahui rasa dan nutrien diperoleh daripada setiap sayuran terbabit.

Sumber: Threads (sabrina.agusti)

Bantu Pengguna Buat Pilihan Bijak Semasa Membeli-belah

Kesemua sayur-sayuran tersebut ialah keluaran di bawah Segar2Go iaitu jenama produk sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang sudah siap dibungkus.

Menurut Sabrina, paparan info berkenaan merupakan satu langkah baik yang dapat membantu pengguna melakukan pembelian dengan bijak.

“Pergi Pasaraya Aeon semalam dan nampak papan tanda ni. Saya rasa ini satu inisiatif yang bagus dari Aeon.

“Boleh bantu pengguna lebih kerap pilih hasil tempatan (lokal) sebab mereka tahu dari mana produk tu datang,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Ramai Puji Aeon Kerana Papar Info Sumber Keluaran Setiap Sayuran Dijual

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji inisiatif Aeon kerana menyediakan maklumat terperinci mengenai setiap sayur-sayuran yang dijual di pasar raya berkenaan.

“Saya nak pergi ke Pasaraya Aeon sekarang hanya untuk baca dan rasai sendiri pengalaman ni (baca setiap maklumat sayur),” kata seorang wanita.

“Inisiatif yang bagus! Siapa yang terfikir dan laksanakan benda ni memang hebat,” tambah seorang lagi individu.

Papan tanda maklumat sayur itu juga sekaligus membuatkan para pengguna lebih bersemangat untuk menyokong dan membeli produk hasil tempatan.

“Okay nak cari nanti dekat Aeon sini (berdekatan rumah). Support lokal,” ujar seorang pengguna Threads.

Sumber: Threads

Segar2Go Pastikan Kualiti Sayur-sayuran Dalam Keadaan Baik Sebelum Dihantar Ke Cawangan Aeon

Bukan sahaja di pasar raya, malah Aeon juga sentiasa menguar-uarkan tentang kualiti sayur-sayuran Segar2Go di akaun media sosial mereka.

Menerusi video perkongsian di Facebook MY AEON BIG, kelihatan para peladang sedang menunjukkan cara-cara mereka membungkus sayur-sayuran ditanam dan dipetik sebelum dibekalkan ke seluruh cawangan pasaraya Aeon di negara ini.

Inisiatif Sama Turut Dilaksanakan Di Jepun

Difahamkan, inisiatif sama turut dilaksanakan di cawangan Pasaraya Aeon di Jepun. Malah seorang individu turut berkongsi foto menunjukkan potret pekebun di sana dan individu yang bertanggungjawab terhadap perladangan tanaman itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Jaga Ikhtilat”- Pusat Beli Belah Di Kelantan Asingkan Kaunter Ikut Jantina Raih Perhatian Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd