[Video] Trend Sebut Nama ‘Jessica’ Buat Anak Kecil Berhenti Tantrum. Pakar Dedah Apa Sebenarnya Berlaku
Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Dr Willough Jenkins, berkata kanak-kanak yang tantrum sedang berada dalam satu kitaran emosi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tantrum adalah perkara yang biasa ditunjukkan oleh si kecil, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dimahukan, atau berasa terlalu penat, lapar dan sebagainya.
Kadangkala kuat betul menangis, macam kena dera pun ada! Ibu ayah pun mesti berusaha nak redakan tantrum anak untuk elak mereka menangis terlalu lama.
Mungkin ada yang pujuk dengan memberikan si kecil mainan kegemaran atau ajak keluar berjalan. Apa-apa pun boleh, janji si kecil berhenti meragam kan?
Baca Artikel Berkaitan: Si Kecil Tantrum Tanpa Sebab? Ini Pantang Larang Ketika Anak Meragam Ibu Ayah Perlu Take Note
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Marah-Marah” – Wanita Kongsi Tips Tenangkan Tantrum Anak Guna Kaedah ‘Jeong Pause’
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Sebut Nama ‘Jessica’ Untuk Tenangkan Tantrum Anak Jadi Trend Di Media Sosial
Baru-baru ini, muncul satu trend dalam kalangan pengguna media sosial dengan kaedah menenangkan tantrum anak yang tidak disangka-sangka.
Melihat banyak video yang dikongsikan, ibu ayah mula memanggil nama ‘Jessica’ secara tiba-tiba apabila anak mereka sedang meragam.
Dengar macam pelik kan? Tapi boleh dikatakan semua kanak-kanak segera berhenti menangis atau menjerit apabila mendengar nama yang tidak dikenali ini.
Apa yang lucunya, sesetengah si kecil juga seolah-olah mencari siapakah gerangan ‘Jessica’ yang dimaksudkan itu. Memang comel!
Sebutan ‘Jessica’ Bertindak Sebagai Gangguan Terhadap Kitaran Emosi Ketika Tantrum
Pun begitu, terdapat juga ibu ayah yang berasa ragu-ragu dengan trend tersebut dan sama ada ia boleh membawa kesan buruk kepada otak si kecil.
Tak dinafikan, memang pelik bila kanak-kanak terus terdiam selepas dengar nama yang tak dikenali.
Menerusi hantaran di TikTok (@drwilloughjenkins), Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Dr Willough Jenkins, tampil memberi penjelasan mengenai situasi ini dan berkata kanak-kanak yang tantrum sedang berada dalam satu kitaran emosi.
Oleh itu, apabila ibu ayah atau sesiapa sahaja menyebut sesuatu yang tidak disangka-sangka kepada mereka, ia akan bertindak sebagai satu bentuk gangguan terhadap kitaran tersebut.
Jenkins berkata perkara ini seterusnya menyebabkan kitaran itu terhenti dan si kecil pun berhenti meragam buat seketika.

Ibu Ayah Perlu Teruskan Dengan Perkara Yang Dapat Tenangkan Anak Sepenuhnya
Namun apa yang lebih penting adalah perkara yang dilakukan oleh ibu ayah selepas itu.
Jenkins berakata apabila si kecil berhenti meragam seketika, ia bertindak sebagai ruang untuk ibu ayah melakukan perkara-perkara lain yang dapat menenangkan anak sepenuhnya agar tidak kembali tantrum.
“Anda akan dapat peluang untuk melakukan perkara yang tidak ditunjukkan dalam video-video tersebut.
“Seperti memahami emosi si kecil, alih fokus mereka untuk melakukan aktiviti lain atau melakukan teknik regulasi emosi seperti bernafas dan mewarna,” jelasnya.
Ibu Ayah Boleh Gunakan Kaedah Ini Dengan Emosi Yang Tenang
Jadi boleh ke kaedah ini dipraktikkan oleh ibu ayah pada bila-bila masa anak meragam?
Jenkins berkata, apa yang lebih penting ialah apabila ibu ayah berada dalam emosi yang terkawal.
Mereka tidak menyebut ‘Jessica’ ketika berada dalam keadaan marah, sebaliknya melakukannya dengan tenang atau niat untuk berjenaka.
Namun begitu, Jenkins menegaskan bahawa tantrum adalah antara perkembangan normal yang ditunjukkan oleh kanak-kanak seiring dengan usianya.
“Tiada masalah mereka mahu tantrum. Ia sudah diduga. Semua perasaan perlu diraikan,” katanya.
Dia juga berkata bahawa lama kelamaan, sebutan ‘Jessica’ ini akan menjadi kurang berkesan dalam menenangkan tantrum si kecil.
Ini kerana kanak-kanak akan terbiasa dengan sebutan tersebut dan sudah boleh memahami apa yang sebenarnya berlaku. Tak ada pun orang bernama Jessica tu!
@drwilloughjenkins Why are parents to yelling “Jessica” at their toddlers mid-meltdown? Honestly, there’s some real science behind why it works. What parents are accidentally stumbling onto is called a pattern interrupt. A toddler in a meltdown has a brain completely locked in an emotional loop, and an unexpected neutral stimulus can break that cycle and create a window for redirection. The key word is neutral. It works because it’s surprising, not because it’s scary or threatening. The moment your child feels alarmed or confused by what you’re doing, you have added fear to an already overwhelmed nervous system. That is not a win. That makes it worse. And here’s what nobody in these videos is saying: this stops working fast. Children habituate quickly. Once Jessica is familiar, the novelty is gone and so is the effect. It is one tool for one moment, not a parenting strategy. There are so many versions of this on TikTok. The dad who suddenly starts singing and acting silly and watches his toddler dissolve into giggles is doing the exact same thing, just with humor and connection as the interrupt. The mechanism is identical. The delivery is warmer. My personal favorite is taking them outside. Get down to their level. Touch some bark together. Listen for birds. That is a pattern interrupt too, just one that also shifts the nervous system through nature, curiosity, and connection. Tantrums are developmentally normal. Your toddler is supposed to have big feelings they do not yet have the brain wiring to manage. Your job is not to shut those feelings down. It is to help them move through safely. Save this for the next meltdown. Follow for more and drop your question below. I read them and your question might be the next one I answer. #toddler #tantrum #jessicatrend #parenting #childpsychiatrist ♬ original sound – Dr Willough Psychiatrist
Tonton video penuh [DI SINI].
Jangan Remeh & Abaikan Perasaan Si Kecil Menggunakan Kaedah Ini
Pakar Pediatrik, Dr Mona, turut menerangkan bahawa kaedah ini berjaya menenangkan emosi kanak-kanak kerana mereka masih mempunyai tahap fokus yang rendah.
Oleh itu, perhatian si kecil akan mudah beralih apabila ibu ayah membuat sesuatu di luar jangkaan.
Namun dia juga mengingatkan agar tidak meremehkan perasaan si kecil dan bukanlah menggunakan kaedah ini untuk menakut-nakutkan mereka.
Dia berkata kaedah ini akan berjaya apabila dilakukan secara semula jadi dengan ton suara ibu ayah yang tenang.
Dalam masa sama, Dr Mona mengingatkan bahawa kanak-kanak akan belajar memahami emosi mereka apabila semakin besar dan tidak memerlukan lagi ‘gangguan’ sedemikian untuk mengawal emosi.
“Kaedah ini boleh dilakukan apabila digabungkan dengan rumah yang penuh kasih-sayang, di mana perasaan dibenarkan dan terdapat hubungan antara ibu ayah dan si kecil,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Kurang Tantrum” – Ibu Lega Bayi 8 Bulan Pandai Guna Isyarat Tangan Minta Susu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Meragam Ketika Cuaca Panas? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



