Now Reading
“Rushing Nak Ikut Ambulans Bawa Ibu” – Wanita Bengang Toyota Rush Double Park Hampir 2 Jam Di Hospital

“Rushing Nak Ikut Ambulans Bawa Ibu” – Wanita Bengang Toyota Rush Double Park Hampir 2 Jam Di Hospital

Dakwa wanita tersebut, dia terpaksa meminta bantuan polis trafik untuk menghubungi pemilik kereta bagi mengalihkan kereta Toyota Rush yang menghalang kenderaannya di Hospital Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu parkir secara berganda (double park) menjadi topik hangat di media sosial.

Seperti dalam satu kes tular sebelum ini, sebuah kereta Perodua Ativa berwarna merah dilihat double park di hadapan sebuah Perodua Bezza sekitar Wangsa Maju. Difahamkan, Ativa itu diparkir selama satu jam dan pemiliknya langsung tidak meninggalkan maklumat untuk dihubungi.

Namun disebabkan tidak dapat mengawal emosi, pemilik Bezza telah bertindak merosakkan beberapa bahagian kereta Ativa terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Double Park: Tindakan Wanita Mohon Maaf Kepada Pemilik Ativa Merah Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Double Park Hanya Tinggal ‘Kod Rahsia’, Bukan Nombor Telefon Curi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang Myvi ‘Double Park’ Hingga Tak Dapat Jemput Anak Baru Bersalin Czer

Toyota Rush Double Park Di HPP, Halang Wanita Ikut Belakang Ambulans

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Amira Adnan berkongsi situasi kecoh yang berlaku semasa berada di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menerusi video perkongsian, kelihatan Amira sedang memarahi pemilik kereta Toyota Rush yang didakwa parkir berganda di belakang kenderaan miliknya.

Menurut wanita tersebut, perbuatan terbabit menjadi punca dia terpaksa tersadai di kawasan parkir selama satu jam 45 minit.

Lebih membuatkannya berang adalah dia pada ketika itu dipercayai sedang bergegas mahu mengikut ambulans yang membawa ibunya dari HPP ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Namun disebabkan kereta yang terhalang, dia bersama ahli keluarga yang lain berpisah dengan ambulans berkenaan.

Perlu Dapatkan Bantuan Polis Trafik Untuk Alihkan Kereta Double Park

Jelas Amira, pemilik Rush tidak mengunci kereta dan meninggalkan maklumat insurans di dalam kenderaan yang tertera sekali dengan nombor telefon. Namun nombor tersebut gagal dihubungi.

“Kejap lagi pergi ketuk kereta dia jadi lain pulak kan. Pintu tak kunci tengok dalam kereta ada maklumat insurans. Tapi nombor telefon dekat situ pun tak boleh pakai. Telefon insurans tak boleh tolong.

“Hubungi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPBB) tak boleh tolong. Akhirnya telefon polis trafik. Nasib baik dia (pemilik kereta pernah) buat laporan atas kereta ni jadi nombor dah ada dalam sistem.”

Jelasnya, pihak MPBB tidak boleh menunda kereta itu kerana berada di dalam kawasan hospital.

View on Threads

Toyota Rush Didakwa Halang Banyak Kereta Di Kawasan Pintu Keluar Hospital

Dakwa wanita itu lagi, Toyota Rush itu bukan sahaja menghalang kenderaannya malah beberapa kereta lain yang berada di sana.

“Jangan cakap suruh sabar. Kami dari HPP nak bergegas ke hospital Sungai Petani, nak ikut ambulans bawa mak kami.

“Akhir sekali ambulans ke mana kami masih dekat sini. Sejam 45 minit. G*la. Ada 2-3 buah kereta jugak dia halang. Memang dia parking betul-betul dekat jalan keluar (hospital),” dakwanya.

Ramai Berang Dengan Sikap Pemilik Kereta Yang Sesuka Hati Double Park

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut berasa berang dengan sikap pemilik Rush yang menyusahkan orang lain di hospital.

“HPP parking bertingkat ada banyak kosong dekat kawasan bumbung tu. Tapi pemalas, jalan sikit je siap ada lif lagi,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ramai juga yang mempersoalkan pemandu Rush yang tidak memohon maaf atas kesalahannya double park di situ.

“Memang tak ada common sense ke? Dah buat salah tu minta maaf la. Benda simple macam tu pun tak boleh buat,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berkongsi kisah mereka apabila kenderaan terhalang akibat double park sebelum ini.

“Lagi nak marah kalau dah blok kereta lepas tu tinggalkan nombor telefon dekat dashboard tapi bila kita telefon tak jawab.

“Bukan sekali dua call tapi dekat lima ke enam kali tak jawab. Akhirnya hantar mesej minta alihkan kereta, dia datang dan masuk kereta terus alih tanpa sepatah perkataan pun,” kata seorang wanita.

Sumber: Threads

Parkir Berganda Boleh Dikenakan Kompaun RM300

Untuk info, parkir berganda adalah satu kesalahan. Pemandu boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 manakala kenderaan disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, tindakan double park yang menyusahkan orang lain dan mengundang bahaya boleh dikenakan denda dari RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. 

Sumber: Malay Mail

Pun begitu, ia tidak bermaksud pemandu lain boleh bertindak melanggar atau memecahkan cermin kereta yang menghalang. Anda berkemungkinan perlu membayar ganti rugi kerosakan kereta yang dilakukan.

Jadi apa yang anda boleh lakukan jika berdepan dalam situasi itu adalah tidak panik dan bersabar selain mendapatkan bantuan daripada polis atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Gara-gara Owner Myvi ‘Double Park’ Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Double Park’ Halang Kenderaan Lain, Pak Nil Bantu Wanita Cari Si Pelaku

Baca Artikel Berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Tayang Vest Polis, ‘Double Park’ Kenderaan Hingga Halang Lalu Lintas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd