Ciri Seperti ‘Pokemon GO’, Aplikasi ‘Jejak Masjid’ Untuk Tarik Minat Anak Muda Raih Perhatian
Menurut pembangun ‘Jejak Masjid’, aplikasi itu berfungsi untuk merekod setiap kunjungan individu ke sesebuah masjid.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak Ramadan lalu, kita dapat lihat semangat ramai para Muslim yang menanam impian untuk mengunjungi sebanyak masjid atau surau yang mereka mampu sepanjang bulan mulia itu.
Bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT dan menambah ganjaran pahala, bahkan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama saudara Islam yang lain.
Malah ada juga individu telah memperkenalkan satu inisiatif yang menarik minat orang ramai untuk ‘hunting’ masjid-masjid di seluruh Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: “Senang Cari Nak Masak Apa” – Aplikasi Himpunan Resepi Dari Influencer Di Malaysia Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Team Tarawih 8 Rakaat VS 20” – Masjid Wilayah Sediakan Zon Parkir Ikut Jumlah Rakaat Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Situasi Masjid TNB Meriah Dengan Jemaah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan Bikin Ramai Kagum
Aplikasi ‘Jejak Masjid’ Bantu Individu Rekod Kehadiran Ke Masjid
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Loqman berkongsi aplikasi yang dibangunkan olehnya iaitu ‘Jejak Masjid’.
Menerusi tangkap layar tersebut, kelihatan senarai pengguna yang mengumpul jumlah point tertinggi sepanjang aplikasi itu dilancarkan. Tempat pertama dirangkul oleh pengguna bernama Qwerty yang telah berjaya check-in ke 50 buah masjid di Malaysia.

Jumlah point yang diperoleh daripada usaha itu adalah sebanyak 4,230. Sangat mengagumkan!
Untuk info, aplikasi tersebut berfungsi untuk merekod setiap kunjungan individu ke masjid, seperti poket diari yang membolehkan anda melihat semula pencapaian diri sendiri.

Loqman menyifatkan aplikasi itu sebagai ‘Pokemon GO’ versi masjid yang mana ia menggunakan GPS untuk mengesan keberadaan pengguna. Dalam konteks ini, di manakah lokasi masjid yang dikunjungi seseorang.
Tambah lelaki itu, Jejak Masjid ini juga bertujuan untuk menarik minat anak muda untuk mengimarahkan rumah Allah SWT.
View on Threads
Raih 10 Point Tiap Kali ‘Check-in’ Di Masjid
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Mustapha Shobri turut berkongsi keistimewaan aplikasi terbabit.
Di ruangan ‘home’, aplikasi Jejak Masjid akan menunjukkan beberapa perkara termasuklah:
- Berapa banyak masjid yang telah dikunjungi
- Jumlah point terkumpul
- Streak (bilangan hari berturut-turut penggunaan apps)
- Pencapaian yang diraih
Malah aplikasi itu juga akan memaparkan senarai masjid berdekatan daripada tempat anda berada pada ketika itu. Lebih mudah untuk menambah lagi jumlah mata.
“Boleh tahan menarik apps Jejak Masjid ni. Setiap kali korang check in, korang dapat 10 points. Siap ada ranking bulanan siapa paling banyak points,” katanya.
View on Threads
Ramai Nak Download & Cuba Sendiri Aplikasi Jejak Masjid
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menunjukkan minat terhadap aplikasi Jejak Masjid itu.
“Macam mana apps ni berfungsi? Macam tracker ke? Nak cuba guna bawa anak lelaki saya,” kata seorang wanita.
“Bagus aplikasi ni. Boleh buka untuk sumbangan, saya rasa nak beri sumbangan untuk aplikasi ni berkembang,” tambah seorang netizen.
Ada juga yang bertanya adakah aplikasi itu terhad untuk masjid-masjid di Malaysia sahaja? Jelas Loqman, ia akan diperluaskan ke negara jiran selepas ini.
“Kebanyakan data yang ada untuk masjid di Malaysia sahaja. Sedang tambah beberapa masjid di Brunei (dalam aplikasi) sedikit demi sedikit,” ujarnya.







Cara Guna Aplikasi Jejak Masjid
Caranya mudah sahaja, pergi ke masjid terdekat, check-in menerusi aplikasi Jejak Masjid sewaktu sudah tiba di sana dan tunggu selama 10 minit. Jangan lupa pula untuk check-out, untuk mengumpul point.
Semoga kumpulan mata itu meningkatkan lagi semangat pengguna untuk mengunjungi banyak lagi masjid dan dalam masa sama memperbanyakkan ibadah di sana.
Buat anda yang mahu mencuba sendiri keseronokan aplikasi tersebut, anda boleh muat turun menerusi pautan di bawah:
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Hotel! Moreh Di Surau Siap Kambing Golek Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.