Now Reading
[Video] Wanita Didakwa Kerap Guna Modus Operandi Sama, Peniaga Minta Hati-hati Dengan Taktik Tipu Resit

[Video] Wanita Didakwa Kerap Guna Modus Operandi Sama, Peniaga Minta Hati-hati Dengan Taktik Tipu Resit

Dakwa peniaga dikenali sebagai Ashhry, wanita berkenaan menyunting resit yang disimpan di dalam galeri telefon kemudian menunjukkannya kepada juruwang seolah-olah dia sudah pun melakukan transaksi pembayaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penipuan adalah antara isu yang masih belum dapat dibendung bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dengan kecanggihan teknologi kini, lebih banyak modus operandi yang baru wujud.

Malah anda boleh baca laporan diterbitkan media pada setiap hari, pasti ada golongan yang ditipu khususnya melibatkan wang tidak kira secara tunai atau tanpa tunai (cashless).

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Dia Menjerit” – Wanita Kongsi Kisah Pelanggan Mengamuk Lepas Kantoi Tak Bayar Makanan Guna QR

Baca Artikel Berkaitan: Selamba Tukar QR Code Tabung Derma Masjid Ke Akaun Sendiri, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bungkus Bawa Balik” – Peniaga Dedah Ada Pelanggan Tak Bayar Makanan Tiap Kali Jamu Selera Di Kedai

Peniaga Dedah Wanita Cuba Scam Cashier Guna Resit Palsu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pemilik restoran dikenali sebagai Ashhry mendedahkan modus operandi yang didakwa dilakukan oleh salah seorang pelanggannya.

Dakwa peniaga berkenaan, wanita tersebut pada awalnya akan meminta password wifi restoran dan memulakan taktiknya iaitu membuka galeri di telefon bagi menyunting resit palsu seolah-olah dia sudah pun melakukan transaksi pembayaran.

Kebiasaannya pelanggan tersebut akan menunjukkan resit palsu kepada juruwang dan terus lesapkan diri. Namun disebabkan restoran Ashhry memiliki sistem yang lebih canggih, dia dapat mengesan tiada transaksi yang masuk.

“Aku punya sistem M2UBiz canggih sikit, aku link ke iPad dan terus (dapat) periksa transaksi, tiada yang masuk pun. Cuma dekat kedai aku memang SOP (Standard Operasi Prosedur) ketat tapi kedai jiran-jiran aku dia terlepas!” katanya.

View on Threads

Peniaga Kumpul Bukti Modus Operandi Sama Di Kedai Berdekatan

Ashhry dalam satu hantaran lain turut berkata dia telah mengumpul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kedai berdekatan bagi mengukuhkan lagi bukti modus operandi tersebut.

Dakwanya, wanita terbabit mempunyai sejarah kes pemalsuan dokumen di syarikat lain sebelum ini. Malah individu sama didakwa pernah dipenjarakan selama 22 minggu akibat kes penipuan.

“Saya juga telah mengumpulkan beberapa bukti daripada pihak Ume Floral, Super Club dan Momoyo, yang menunjukkan bahawa individu sama dipercayai turut melakukan penipuan berkaitan pembayaran menggunakan QR. Banyak kali ya buat kerja macam ni rupanya,” dakwa peniaga terbabit.

Sumber: Threads (@ashhryyyyyy)

Ada Aplikasi Khusus Untuk Jana Resit Palsu!

Sebenarnya kes sebegini sudah banyak kali terjadi. Malah ada juga geng-geng pencuri yang mempunyai aplikasi tersendiri untuk merealisasikan kegiatan menipu.

Seperti sebelum ini, seorang individu mendedahkan kewujudan sebuah aplikasi yang dikatakan boleh menjana resit palsu.

Caranya adalah pelanggan akan mengimbas kod QR yang dipaparkan oleh peniaga, kononnya untuk membuat pembayaran.

Individu berkenaan kemudiannya akan memasukkan jumlah yang perlu dibayar dalam aplikasi terbabit sebelum resit seakan-akan sama seperti resit sebenar dipaparkan pada skrin.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Daily Makan

Tips Untuk Elak Dari Ditipu Ketika Pembayaran QR

Memang tidak dapat dinafikan setiap medium pembayaran pasti ada risiko keselamatan tersendiri termasuklah transaksi melalui kod QR.

Namun ada cara bagi mengelakkan para peniaga ditipu sewaktu pelanggan menggunakan kod QR. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan, antaranya:

Sumber: Malay Mail
  • Semak transaksi akaun bagi setiap pembayaran sudah dijelaskan oleh pelanggan.
  • Menggunakan alat ‘Soundbox‘ sebagai petanda bahawa transaksi pembayaran pelanggan melalui kod QR sudah dilunaskan.
  • Lihat resit yang ditunjukkan oleh pelanggan dengan penuh teliti.
  • Meminta pelanggan menunjukkan transaksi pembayaran selepas mengimbas kod QR.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Taktik Licik Lelaki Ini Curi PIN TnG Di Kedai Serbaneka Sekitar Johor Undang Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Dedah Wujud Aplikasi Jana Resit Palsu Untuk Pamer Pada Peniaga, Hati-hati!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dua Individu Didakwa Scam Penjaga Kaunter, Menyamar Jadi Tukang Selenggara Pemadam Api


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd