Now Reading
“Sebak Sebab Struggle” – Calon 26 Tahun Gigih Kerja Sambil Belajar Raih 6A Bagi Keputusan SPM

“Sebak Sebab Struggle” – Calon 26 Tahun Gigih Kerja Sambil Belajar Raih 6A Bagi Keputusan SPM

Jelas calon itu, dia membuat keputusan untuk mengambil SPM Persendirian selepas tidak melanjutkan pendidikan ke peringkat Diploma sewaktu mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Prestasi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dilaporkan meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Jelas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, seramai 366,435 atau 94.29% calon layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01% pada 2024.

Alhamdulillah, usaha gigih kebanyakan pelajar yang tidak putus asa selama ini akhirnya membuahkan hasil.

Sejak semalam (31 Mac) juga, ramai calon berkongsi keputusan masing-masing dan reaksi ahli keluarga yang menunggu pengumuman SPM keluar. Ada yang senyum sampai ke telinga, ada juga yang mengalirkan air mata sambil ditemani ibu bapa di sisi.

@tvpss.smatkem Tahniah Fakhrul Iman atas kecemerlangan 👏🏻 #spm2025 #batch08 #smatkem #straightaplus ♬ original sound – TV PSS SMA TELOK KEMANG

Tonton video penuh [DI SINI].

@pumpman_46 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Penat lelah, bangun malam dan doa yang tidak putus akhirnya membuahkan hasil. Tahniah buat anakku Nur Ariana Insyirah dan guru2 atas keputusan SPM yang cemerlang. Perjalanan baru baru bermula, teruskan terbang tinggi! 🕊️✨ ​Hashtags: #SPM2025 #ResultSPM #SyukurAlhamdulillah #ProudParents #AnakSolehah ♬ original sound – pumpman_46

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Apply UPU? Ini Tips Untuk Calon Yang Terima Keputusan SPM Hari Ini

Calon SPM Persendirian Sebak Raih Keputusan Membanggakan

Berita baik keputusan SPM turut dikongsikan seorang individu apabila dia berjaya meraih keputusan membanggakan iaitu 6A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains.

Jelas calon tersebut, dia merupakan calon SPM Persendirian yang mengambil peperiksaan itu pada usia 26 tahun.

Kesungguhannya bekerja sambil belajar nyata bukan sesuatu yang sia-sia apabila dia akhirnya menerima keputusan setanding dengan usaha diberikan selama ini.

Menurutnya, dia tidak berjaya ke peringkat Diploma semasa mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej Vokasional (KV) dahulu. Oleh disebabkan itu, calon berkenaan bermula dari awal dan mengambil peperiksaan SPM meskipun sudah masuk umur 20-an.

Selain belajar secara sendirian, calon itu juga menyertai tuisyen atas talian, MC Plus bagi menguatkan lagi pemahaman terhadap subjek-subjek yang diambil.

“Sebak rasa sebab struggle sangat belajar sambil kerja.”

View on Threads

Menerusi semakan kami, individu itu pernah berkongsi foto dirinya mengulang kaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan terbabit.

“Bertahan sikit lagi demi masa depan. Ingat kita dulu dah pernah salah langkah,” katanya.

View on Threads

Tidak Tahu Nak Sambung Jurusan Apa Lepas SPM

Individu itu yang kini berusia 27 tahun turut meluahkan rasa bimbang dengan hala tuju kerjaya selepas menerima keputusan SPM.

“Tak payah kata adik-adik, aku yang dah (umur) 27 ni pun rasa hilang arah nak cari bina masa depan. Aku pun menunggu result SPM esok (semalam). Tahun lepas ambil SPM Persendirian lepas tu tengah fikir nak ambil jurusan apa untuk sambung Diploma,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Confirm Naik Pentas!” – Calon SPM Gigih Belajar Sambil Jaga Ibu Sakit Di Hospital Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Bapa Pun Cakap Jepun!” – Ramai Kagum Hafizah Raih 10A SPM & Fasih Berbahasa Jepun

Ramai Puji Usaha Calon SPM Persendirian Kejar Kecemerlangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji kesungguhan individu tersebut selain mengucapkan tahniah atas kejayaan keputusan SPM yang mengagumkan.

“Tahniah suka tengok semangat macam ni. Semoga lebih berjaya di masa hadapan,” kata seorang wanita.

“Tahniah! Lebih baik lambat daripada tak buat apa-apa langsung. Dah sampai masa untuk rasa bangga dengan setiap progres awak okay?” tambah seorang pengguna Threads.

Malah beberapa warganet juga dilihat mahu membelanja individu itu sesuatu sebagai penghargaan atas keputusan berkenaan.

“Tahniah adik! Tak akan pernah terlalu lambat untuk buat sesuatu perkara. Ada apps ZUS Coffee tak? Meh akak belanja kopi!” ujar seorang netizen.

Sumber: Threads

Pilihan Laluan Pendidikan & Kerjaya Lepas SPM

Memang tidak dapat dinafikan, ramai yang akan terpinga-pinga dan buntu tentang apa yang perlu dilakukan selepas menerima keputusan SPM.

Ramai fikir bahawa pilihan yang ada hanya sambung pelajaran di Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau terus bekerja. Sebenarnya banyak sahaja organisasi yang anda boleh sertai.

Berikut kami kongsikan 13 pilihan laluan pendidikan dan kerjaya yang boleh dipertimbangkan oleh lepasan SPM:

  1. Matrikulasi
  2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  3. Asasi
  4. Diploma
  5. A-Level
  6. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  7. Terus bekerja
  8. Keusahawanan
  9. Menyertai badan beruniform
  10. SPA9 (bekerja di bawah agensi kerajaan)
  11. Insititut Pendidikan Guru (IPG)
  12. Ketenteraan & Akademi Laut Malaysia (ALAM)
  13. Kursus penerbangan

Baca Artikel Berkaitan: Permohonan UPU 2026 Dibuka Mulai 29 Januari, Ini Panduan & Langkah-langkah Untuk Apply


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd