[Video] Wanita Jumpa Duit Raya RM30 Dalam Beg Jenama Christy Ng, Selepas Rumah Terbakar Kerana Litar Pintas
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh gadis dikenali sebagai Ain kelihatan beg berkenaan sedikit terbakar dibahagian permukaannya dan talinya sudah terputus.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang pastinya meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara tersendiri.
Ada yang seronok kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara serta berkumpul untuk bertanya khabar dan sebagainya.
Namun ada juga yang diduga apabila ditimpa musibah disebabkan berlaku insiden seperti kebakaran dan sebagainya. Maka hari raya yang disambut pastinya tidak sama dengan orang lain.
Tular video rumah terbakar kerana litar pintas
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sebuah rumah yang terbakar di Gerik, Perak.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Sue (@sssuuueeeeee) di TikTok, dia memaklumkan rumah saudaranya dijilat api disebabkan berlaku litar pintas.
Namun mereka sekeluarga reda dengan ujian tersebut dan percaya akan ada rezeki lain untuk insiden yang sudah berlaku.
Rumah terbakar ketika raya keempat, duit raya terselamat dalam beg Christy Ng jadi perhatian
Menurut Sue, insiden kebakaran itu berlaku pada hari raya keempat sekitar jam 12.30 pagi pada 24 Mac lalu.
Apa yang menjadi perhatian selepas insiden rumah kebakaran itu berlaku, Sue ada memuat naik satu lagi video memaparkan mereka menjumpai duit raya yang terselamat dalam sebuah beg tangan jenama lokal, Christy Ng.
Dalam video itu, kelihatan mereka terkesima apabila menjumpai duit raya bernilai RM30 dalam beg tangan dipercayai jenis Iggy Baguette.
Jelas Sue lagi bag tangan itu adalah milik sepupunya dikenali sebagai Ain.
Kata wanita itu beg tangan yang berwarna hitam jenama Christy Ng itu mempunyai material yang tebal dan ia hanya terbakar sedikit sahaja sewaktu insiden berkenaan.
“Rumah total lost (hampir terbakar semua) terbakar sebab litar pintas. Yang selamatnya RM30 sebab simpan dalam beg Christy Ng,” ujarnya dalam video.
Malah dalam video sama turut kedengaran mereka memuji jenama lokal itu kerana ia terselamat daripada kebakaran.
“Christy Ng kuat, Christy Ng hebat. Tapi tebal wei (beg tangan).”
Al-Quran, Ihram dan sedikit barang dapur tak terbakar
Kata Ain kepada BuzzKini sewaktu insiden itu berlaku hanya al-Quran, pakaian ihram serta sedikit barang dapur yang tidak terbakar.
“Dalam bilik saya semua terbakar. Tapi beg tu cuma terbakar sedikit sahaja dan tali putus,” katanya.
Menurut Ain, dia tinggal di rumah jenis kampung yang mana bahagian atas adalah kayu dan bawahnya pula adalah konkrit (simen).
Jelas Ain buat masa ini mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah yang berwarna putih ada dalam video tular tersebut.
Ramai kagum kualiti beg jenama Christy Ng, sifatkan review sebenar
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan beg tangan jenama Christy Ng itu.
Malah ada yang mengatakan ia adalah review yang sebenar untuk jenama beg lokal tersebut.
Ada juga mengatakan beg tangan jenama beg itu mengunakan material yang berkualiti.
Dalam ruangan komen sama pemilik jenama berkenaan, Christy Ng juga mengucapkan takziah atas insiden yang berlaku serta meminta mereka menghubungi syarikatnya.
Perkara itu turut disahkan oleh Ain, mengatakan pihak Christy Ng sudah menghubunginya.
“Salam takziah. Semoga diberikan ketabahan kepada semua ahli keluagra. Boleh Mesej Christy nombor untuk dihubungi? Team kita akan hubungi sekejap lagi.”

“Material beg tu memang berkualiti sebab pernah bekerja di syarikat Christy Ng. Pemilihan kain dan anthena shield ditambah radiant armour untuk ketahanan”

“Christy Ng memang bagus, saya pakai setiap bag Alesso mini hobo hampir 2 tahun masih bagus”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Teruja Christy Ng Belanja Lebih RM30,000 Untuk Pantri Pejabat, Siap Sediakan Produk Penjagaan Diri [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Bangga Jenama Christy Ng Tembusi Pasaran Luar Negara, Buka Butik Pertama Di Indonesia [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



