Now Reading
[Video] Baju Selonggok Hampir Dicuri, Dr Say Ingatkan Orang Ramai Jangan Tinggalkan Pakaian Di Dobi

[Video] Baju Selonggok Hampir Dicuri, Dr Say Ingatkan Orang Ramai Jangan Tinggalkan Pakaian Di Dobi

Dakwa Dr Say, selepas 30 minit meninggalkan baju di sebuah dobi sekitar Jalan Telawi, Kuala Lumpur, dia mendapati seorang lelaki sedang membungkus pakaian miliknya yang berada di dalam mesin basuh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kecurian adalah antara isu yang masih belum selesai di negara ini. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja sebagai contoh di taman perumahan, kedai emas, tabung masjid, rompakan atas talian dan banyak lagi.

Namun kadangkala, kita sendiri tidak sangka harta benda jenis apa yang menjadi sasaran bagi golongan pencuri sehingga menyebabkan seseorang itu terlepas pandang terhadap keselamatan barangan sendiri.

Seperti sebelum ini, banyak juga kes melibatkan individu yang selamba mencuri pakaian seseorang.

Baca Artikel Berkaitan: Padah Curi Pakaian & Ampaian, Lelaki Dicekup Polis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Curi Pakaian, Butik Alami Kerugian RM50,000 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Elak Kena Curi Kak” – Netizen Sindir Wanita Mengadu Cashier Kedai Keluarkan Barang Dalam Beg Untuk Scan Harga

Pakaian Di Dobi Hampir Dicuri, Dr Say Beri Peringatan Kepada Orang Ramai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila doktor perubatan Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Say berkongsi kisah yang berlaku kepada dirinya sewaktu menggunakan perkhidmatan cucian di dobi layan diri sekitar Jalan Telawi, Kuala Lumpur.

Jelasnya, dia kerap pergi ke dobi berkenaan kerana boleh meluangkan masa di restoran terdekat sementara menunggu pakaian siap dicuci.

Setelah 30 minit menjamu selera, Dr Say kemudiannya kembali ke dobi untuk mengambil pakaiannya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia terlihat seorang lelaki sedang mengambil bajunya yang berada di dalam mesin basuh dan meletakkan ke dalam sehelai plastik.

Dakwa Dr Say, lelaki itu sudah pun meletakkan sebungkus plastik penuh dengan pakaiannya di dalam kereta. Dr Say kemudiannya menegur dan berkata bahawa pakaian tersebut adalah miliknya.

Bagaimanapun dakwa doktor itu, lelaki terbabit berpura-pura tidak tahu, selain menghubungi anaknya seolah-olah mahu mengatakan ia adalah satu kesilapan.

“Dia dengan tenang bagi balik dan cakap anak dia yang basuh dan tidak tahu mana satu (pakaiannya). Saya pun okay je la mungkin betul dia silap, sebab dia siap call anak perempuan dia, bising-bising tanya mana satu.

“Lepas tu dia ajak sembang dengan saya. Kemudian dia teruskan ambil baju dekat dryer (mesin pengering) di atas rak mesin basuh pula. Dekat sini saya fikir, dia memang nak curilah baju. Kenapa tiba-tiba dari bahagian mesin basuh dekat bawah tu, kau ambil bahagian pengering pulak,” dakwanya.

Dr Say Jadikan Kes Di Dobi Layan Diri Sebagai Satu Pengajaran

Namun disebabkan sudah berbual dengan lelaki tersebut, Dr Say tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya mengambil pengajaran daripada situasi itu.

“Dah dapat pengajaran, lepas ni taubat tak tinggal baju baik semasa cuci atau keringkan. Sebab saya ni positif je la, dekat dunia ni siapa nak pau (curi) baju. Lagi-lagi baju baru lepas basah tu.”

Tambahnya, dia tidak sangka kes kecurian pakaian berlaku di negara ini.

“Saya ingat dekat Malaysia ni tak adalah orang nak ‘cilok-cilok’ baju ni sehinggalah benda ni jadi dekat kami pagi tadi. Tapi dia sumpah buat kerja lancar tak gelabah lari semua siap ajak sembang bagai. Hati-hati semua, kita tak boleh nak bersangka baik sangat sekarang ni,” katanya di ruangan kapsyen.

@say_shazril0

Sy ingat kat Msia ni takdelah orang nak cilok2 baju ni sehinggalah this happened to us this morning. Tapi dia sumpah smooth tak gelabah lari semua siap ajak sembang bagai. Be careful peeps, we can never be too sure dah nowadays.

♬ original sound – say_shazril

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Kes Cubaan Mencuri Di Dobi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju bahawa mereka tidak menyangka baju pun menjadi sasaran pencuri.

“Abang punya pemikiran sama dengan saya. Yelah baju je kan tak kan ada orang boleh ‘tersalah’ ambil. Memang tak tinggal dah lepas ni walaupun saya set timer dari mesin basuh tu sendiri,” kata seorang netizen.

“Betul, biar duduk tunggu sampai siap. Sekarang ni bermacam-macam perangai manusia. Terima kasih atas perkongsian,” tambah seorang lelaki.

Malah ramai juga berkata mereka berasa bimbang untuk meninggalkan pakaian tanpa pantauan di dobi layan diri.

“Tak pernah percaya untuk tinggalkan. Kalau kena tunggu dua jam basuh, dua jam la saya tunggu dekat dobi tu. Nak buang air pun terfikir-fikir sebab kes macam ni. Kalau nak tinggalkan, lebih baik pergi ke dobi yang (staf) tolong cuci dan keringkan terus. Kita hanya hantar dan ambil sahaja,” nasihat seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

9 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Mahu Cuci Pakaian Di Dobi

Buat anda yang kerap mencuci pakaian di dobi, ini beberapa perkara yang perlu anda tahu. Antaranya:

Foto: Wanita cuci pakaian di dobi
  1. Asingkan pakaian putih dan berwarna bagi mengelakkan warna luntur.
  2. Periksa poket seluar dan baju terlebih dahulu bagi mengelakkan ada tisu, duit atau barang yang tertinggal.
  3. Jangan masukkan baju dalam mesin sehingga padat kerana bimbang pakaian tidak dicuci dengan bersih.
  4. Gunakan sabun secukupnya dan elak meletakkan terlampau banyak.
  5. Tutup zip dan kancing baju supaya tidak merosakkan pakaian lain.
  6. Pilih suhu air yang sesuai dengan jenis kain.
  7. Keluarkan pakaian segera selepas basuh untuk elak bau hapak.
  8. Tetapkan penggera masa dan jangan biarkan pakaian dalam mesin basuh selepas selesai cucian.
  9. Bersihkan penapis lint (jika ada) sebelum menggunakan mesin pengering.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd