Now Reading
“Saya Tolong Sebab Fardu Kifayah” – Sultan Pahang Nasihat Orang Ramai Sentiasa Bantu Insan Dalam Kesusahan

“Saya Tolong Sebab Fardu Kifayah” – Sultan Pahang Nasihat Orang Ramai Sentiasa Bantu Insan Dalam Kesusahan

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah sebelum ini berkongsi kisah seorang pemuda yang dibantu baginda sewaktu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Bera, Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering mendapat pujian ramai kerana sikap bertimbang rasa dan prihatin terhadap rakyat jelata.

Bukan sahaja menyantuni penduduk, malah bersifat jiwa rakyat. Seperti sebelum ini, baginda kerap belanja orang ramai menjamu selera di mana-mana restoran setiap kali ada perjumpaan atau sesi beramah mesra.

Selain itu sejak bergelar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 hinggalah kini, Al-Sultan Abdullah turut mendapat perhatian ramai kerana tampil membantu individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Sultan Pahang Terima Hadiah Potret Lukisan Dari Si Kecil Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kebetulan Berjumpa Selepas Bantu Mangsa Banjir, Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Ikan Patin

Sultan Pahang Bantu Pemandu Terlibat Kemalangan Dengan Kereta

Semalam (29 Mac), Al-Sultan Abdullah bertitah baginda tidak betah duduk diam dan segera turun dari kenderaan untuk menghulurkan bantuan apabila terserempak dengan mana-mana mangsa kemalangan.

Bukan sekali dua, malah setiap kali terlihat kemalangan ketika di dalam perjalanan ke destinasi, Paduka Baginda pasti akan berhenti dan turun untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan pada saat itu.

Al-Sultan Abdullah semasa berada di Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) di Dewan Majlis Daerah Bera, Pahang turut berkongsi kisah seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum ini.

“Tadi saya ada jumpa dengan salah seorang mangsa yang pernah saya bantu, mak atau kakak dia duduk di Bera ini. Nama dia Faris Farhan, nampak sihat tapi tangan dia masih berbalut.

“Saya ingat masa tu saya bantu angkat dia ke dalam kereta polis dan hantar ke hospital. Masa tu dia tunggang motosikal langgar sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan, kereta orang Terengganu. Jadi bukan hanya Faris saya hantar ke hospital malah pemilik kereta itu pun saya bantu (atur) ke balai polis untuk buat laporan,” titah baginda.

Nasihat Orang Ramai Agar Tidak Berkira Bantu Orang Dalam Kesusahan

Baginda dalam masa sama bertitah menasihati orang ramai agar sentiasa menghulurkan bantuan buat insan-insan di luar sana yang memerlukan pertolongan.

Titah Al-Sultan Abdullah lagi, tindakan murni itu merupakan fardu kifayah buat mereka yang beragama Islam.

“Saya tak tahulah siapa yang salah, siapa yang betul tapi kalau kita jumpa orang kemalangan, minta berhentilah tengok kerana itu adalah fardu kifayah untuk sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan,” titah Sultan Pahang.

Orang Ramai Puji Sikap Prihatin Sultan Pahang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Paduka Baginda kerana berjiwa rakyat dan pantas menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

“Daulat Tuanku! Sebak patik baca, mulia sungguh hati Tuanku,” kata seorang wanita.

“Tuanku raja yang kami sayangi. Payung berteduh buat rakyat negeri Pahang,” tambah seorang netizen.

Malah ramai juga mendokan kesejahteraan Al-Sultan Abdullah sekeluarga.

“Daulat Tuanku. Semoga Tuanku Sultan serta keluarga sentiasa berada di dalam rahmatNya. Aminn,” ujar seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook

Wajib Bantu Saudara Islam Dalam Kesusahan Mengikut Kemampuan Sendiri

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wajib bagi setiap Muslim untuk menolong saudaranya yang berada dalam kesusahan iaitu dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Ini termasuk bagi mereka yang menjadi mangsa kemalangan dan individu berada dalam keadaan bermusafir tetapi ditimpa musibah dengan kesusahan ataupun kesakitan.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mangsa kemalangan adalah seperti berikut:

  • Menghubungi ambulans ataupun pasukan penyelamat
  • Menenangkan mangsa supaya tidak panik
  • Memeriksa kecederaan mangsa serta memindahkannya ke tempat yang selamat
  • Menyelamatkan serta membantu menyimpan barang-barang mangsa kemalangan yang tercicir
  • Memberikan bantuan dan keperluan mangsa sekadar yang termampu

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Soal Bangsa, Tapi Nyawa” – Ramai Puji Lelaki Pantas Bantu Driver Lori Terlibat Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: “Semangat Perpaduan Ni Yang Kita Nak” – Tindakan Orang Ramai Pantas Bantu Mangsa Kemalangan Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd