Now Reading
“Ini Dah Kira Salah Guna” – Lelaki Dikritik Jual Subsidi RON95 RM2.70 Seliter

“Ini Dah Kira Salah Guna” – Lelaki Dikritik Jual Subsidi RON95 RM2.70 Seliter

Lelaki tersebut membuka tawaran jualan subsidi RON95 itu kepada pembeli yang betul-betul berminat sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, peperangan yang sedang berlaku di Asia Barat melibatkan Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah memberi impak kepada seluruh dunia khususnya dari aspek ekonomi, ketidaktentuan pasaran kewangan, kestabilan harga minyak dan banyak lagi.

Oleh disebabkan itu, kerajaan sedang mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin sebagai contoh penyelarasan kelayakan BUDI95 kepada 200 liter sebulan buat sementara waktu.

Dalam masa orang ramai sedang berjimat-cermat, ada juga individu yang mencari kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Tamat Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima Subsidi BUDI95 – JPJ

Baca Artikel Berkaitan: [Video] BUDI95: Tanpa App & Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak

Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global

Lelaki Jual RON95 Bersubsidi Harga RM2.70 Seliter

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki bertindak mempromosi subsidi BUDI95 yang diterimanya setiap bulan. Menurut individu tersebut di ruangan kapsyen, dia menjual petrol RON95 bersubsidi dengan harga RM2.70 bagi satu liter.

“Siapa nak aku punya? Nak jual murah-murah je RM2.70 seliter. Pembeli serius sahaja,” katanya.

Untuk info, Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini ada berkongsi tentang pelarasan harga runcit petroleum bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026. RON95 bersubsidi kekal pada harga RM1.99 seliter manakala RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter.

Oleh disebabkan itu, penjualan subsidi itu akan menguntungkan golongan yang tidak memenuhi syarat kelayakan BUDI95 sebagai contoh individu yang tidak memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau individu tidak mempunyai taraf warganegara.

Baca Artikel Berkaitan: “Perlu Bayar RM2.60” – Hampir 900,000 Warga Asing Tak Lagi Layak Dapat Subsidi RON95

Salah Guna Subsidi BUDI95 Semakin Berleluasa

Hantaran itu kemudiannya telah mendapat perhatian ramai termasuklah pakar kewangan, Faiz Azmi. Jelas Faiz atau lebih mesra dikenali sebagai Financial Faiz, lelaki berkenaan telah menyalah gunakan subsidi diperuntukkan kepada rakyat.

Perkara ini perlu dipandang serius kerana kerajaan berpotensi menyekat kelayakan subsidi buat mereka yang melakukan kegiatan haram sebegitu.

“Subsidi bukan untuk dijual. Ini dah kira salah guna, tak ada beza dengan mereka yang duduk di Utara, beli minyak di stesen petrol dan jual di Thailand. Kerajaan tengah menarik balik manfaat subsidi untuk golongan macam ni,” ujarnya.

View on Threads

Segelintir Warganet Sudah Laporkan Kepada KPDN

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik tindakan lelaki yang menyalahgunakan subsidi kerajaan.

“Sebab perangai kau ni la menggalakkan lagi orang yang tak ada lesen atau kad pengenalan (IC) bermaharajalela,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ramai juga mengingatkan lelaki itu untuk mengambil serius hal-hal berkaitan subsidi tersebut.

“Kau boleh kena tindakan undang-undang bro. Jangan buat main,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, sesetengah netizen juga sudah melaporkan isu terbabit kepada pihak berkuasa agar tindakan lanjut boleh diambil.

“Saya dah laporkan kepada KPDN. Sebelum post dan nak melawak, gunakanlah akal,” kata seorang individu.

Sumber: Threads

MOF Boleh Sekat Subsidi RON95 Jika Terlibat Kes Salah Guna

MOF dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan perbuatan menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95 berpotensi menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar serta berkesan.

Malah kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api.

Sumber: Malay Mail

Seperti sebelum ini, MOF bertindak menyekat kad pengenalan individu yang dikesan menyalahgunakan bantuan tersebut iaitu dengan mengisi petrol RON95 bersubsidi itu ke dalam tong melebihi 20 liter tanpa permit sah.

Berikut adalah saluran untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai kes salah guna subsidi BUDI95:

Baca Artikel Berkaitan: 3 Warga Thailand Ditahan KPDN Kerana Seludup Minyak Petrol Dari Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Isi Petrol RON95 Dalam Tong: MOF Sekat MyKad Individu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd