Now Reading
[Video] Wanita Brazil Teruja Ada Wayang Mini Percuma Di KLIA 2, Boleh Layan Filem Sambil Tunggu Flight!

[Video] Wanita Brazil Teruja Ada Wayang Mini Percuma Di KLIA 2, Boleh Layan Filem Sambil Tunggu Flight!

Movie Lounge oleh Rest N Go di KLIA2 itu terletak bersebelahan kedai buku, The Bookshop di tingkat 2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali mahu melancong ke sesuatu tempat menaiki penerbangan, sudah tentu anda akan merancang perjalanan dan sampai ke lapangan terbang awal atau tepat pada masanya.

Yelah, tiket kapal terbang bukanlah semurah pengangkutan darat yang lain. Jadi daripada terlepas, lebih baik kita sampai awal ke sana.

Namun antara perkara yang selalu dilalui ketika di sana adalah sesebuah penerbangan yang tertangguh akibat masalah teknikal atau cuaca buruk yang tidak dapat dielakkan. Kesudahannya, penumpang akan tersangkut lama di lapangan terbang.

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Universiti Terlepas Penerbangan Balik Ke KL Gara-gara Tersalah Tengok Waktu Sistem 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Kecoh Isu Pesawat Delay, Pelanggan Boleh Tuntut Pampasan Kepada Syarikat Penerbangan Akibat Kelewatan, Kata KPDNHEP

Pelancong Dari Brazil Selesa Tonton Filem Di Ruang Rehat, KLIA2

Daripada asyik scroll telefon untuk hilangkan rasa bosan, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di lapangan terbang.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pengembara solo dikenali sebagai Vi Stelkens berkongsi fasiliti menarik yang dijumpainya semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 2 (KLIA2).

Menerusi video perkongsian, kelihatan Vi yang berasal dari Brazil sedang duduk di satu ruang istirehat yang disediakan buat para penumpang penerbangan. Perkara yang menarik perhatian adalah terdapat tayangan filem secara percuma untuk pengunjung.

Malah terdapat juga kerusi-kerusi seperti di panggung wayang yang selesa. Jelas Vi, tayangan filem di sana bertukar setiap hari.

Kalau penumpang mahu berehat sahaja, anda boleh duduk di kerusi urut yang disediakan.

“Di KLIA ada pawagam percuma dalam terminal. Kalau korang transit lama atau tersangkut dekat lapangan terbang, ini memang sangat membantu!” katanya di ruangan kapsyen.

@vitoriastelkens At Kuala Lumpur International Airport there’s a FREE cinema inside the terminal 🎬 If you have a long layover or you’re stuck at the airport, this will save you! 👉 Go to the lower floor (departure area), walk towards the gates P and look for Victoria’s Secret 👉 It’s almost in front of it , just turn right and you’ll see the cinema Movies change every day and the seats are super comfortable There are even massage chairs around. 🧘‍♀️ Did you this? #kualanamuairport #kualalumpurmalaysia #traveltips #travellingwithkids #bagpack ♬ original sound – Trip.com

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Baru Tahu Ada Movie Lounge Di KLIA2

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut teruja melihat ruangan tayangan filem tersebut.

“Selama ni jadi rakyat Malaysia tak pernah tahu pun tempat ni wujud. Terima kasih!” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga yang berkata mereka menyedari ruangan itu selama ini namun tidak berkesempatan singgah ke sana kerana mahu mengejar penerbangan.

“Dah perasan tempat ni sebelum ni tapi dah terlambat nak kejar kapal terbang. Saya macam (terfikir), sejak bila benda ni ada dekat sini?” tanya seorang wanita.

Sumber: TikTok

Arah Menuju Ke Movie Lounge KLIA2

Untuk info, Movie Lounge oleh Rest N Go di KLIA2 itu merupakan lokasi ‘tersorok’ yang anda boleh pergi untuk berehat dengan selesa.

Berikut kami kongsikan cara-cara dan laluan ke Movie Lounge:

  1. Turun ke tingkat Pelepasan Antarabangsa menggunakan eskalator.
  2. Selepas turun eskalator, pusing ke kiri dan jalan menuju Gate P.
  3. Kemudian pusing kanan selepas jumpa kedai buku, The Bookshop dan anda akan terus nampak Movie Lounge di sebelahnya.

Tempat rehat itu beroperasi selama 24 jam. Buat penumpang yang menunggu penerbangan jangan risau, kerana ruangan itu tersedia dengan maklumat masa boarding bagi setiap kapal terbang.

Malah anda juga boleh mengecas peranti secara wireless (tanpa wayar).

📍Sector 6, Lapangan Terbang Antarabangsa Level 2, KLIA Terminal 2.

Baca Artikel Berkaitan: Tahukah Anda, CapsuleTransit MAX Di KLIA2 Ini Jadi Spot Terbaik Waktu Tunggu Flight? Gym Pun Ada!

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Kini Boleh Melepasi Imigresen Dalam Tempoh 5 Saat Dengan MyBorderPass

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airports Sedia Servis ‘The Butterfly Effect’ Untuk Individu Autisme

Baca Artikel Berkaitan: KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Elak Penumpang Kena Hujan, Pelancong Asing Puji Airport Malaysia Sediakan Payung


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd