[Video] Lori Berhenti Tepi Jalan Tanpa Letak Tanda Amaran Hingga Berlaku Kemalangan
Menerusi satu rakaman papan pemuka, kelihatan sebuah kereta telah melanggar lori tersebut yang dihentikan di tepi jalan tanpa meletakkan tanda amaran atau memasang lampu hazard.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan lagi, walaupun seseorang telah mengamalkan pemanduan secara berhemat, namun kemalangan tetap boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya lain.
Lebih-lebih lagi pada waktu malam, keadaan jalan raya yang gelap tanpa sebarang lampu ditambah pula dengan sifat cuai orang lain meningkatkan lagi risiko kemalangan.
Itulah seperti yang berlaku baru-baru ini terhadap seorang pemandu kenderaan yang mengalami kemalangan dengan sebuah lori.
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Tuntut Keadilan, Keluarga Mangsa Kemalangan Di Ipoh Mohon Saksi Tampil Buat Laporan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tayar ‘Sesat’ Tiba-tiba Bergolek Tengah Jalan, Ramai Risau Jika Boleh Jadi Penyebab Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Keadaan Tayar Kenderaan Antara Punca Banyak Berlaku Kemalangan Jalan Raya
Kenderaan Langgar Lori Yang Berhenti Di Tepi Jalan Tanpa Letak Tanda Amaran
Menerusi rakaman papan pemuka yang dimuat naik di Threads (@raysalsagoff), kelihatan sebuah kemalangan yang berlaku antara sebuah kereta dan lori.
Dapat dilihat kenderaan yang merakam insiden itu sedang dipandu di lorong sebelah kiri di sebuah lebuh raya, sebelum tiba-tiba melanggar lori yang sedang berhenti di tepi jalan.
Difahamkan pemandu kereta tersebut tidak sempat mengelak kerana lori terbabit tidak memasang lampu mahupun meletakkan sebarang tanda amaran pada bahagian belakang kenderaannya.
Melihat pada tarikh yang tertera dalam rakaman tersebut, dipercayai insiden itu berlaku sekitar 5.30 pagi pada 23 Mac lalu.
Pun begitu, carian kami tidak berjaya menemukakan maklumat lanjut mengenai keadaan pemandu di dalam kenderaan yang mengalami kemalangan terbabit.
View on Threads
Orang Ramai Berang Lori Berhenti Tepi Jalan Sehingga Sebabkan Kemalangan
Di ruangan balas, orang ramai meluahkan rasa berang dan tidak puas hati terhadap pemandu lori yang bertindak meletakkan kenderaannya di tepi jalan tanpa memasang sebarang tanda amaran.
Seorang individu mendakwa bahawa dia juga hampir melanggar lori yang sama ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Gua Musang, Kelantan ke arah Kuala Lumpur.
Ada juga yang membangkitkan isu bahawa bahagian belakang lori kebiasaannya gelap dan tidak dapat dilihat oleh pemandu kenderaan lain jika hanya menggunakan lampu biasa dan bukan ‘high beam’.
Beberapa pengguna media sosial turut memberi saranan agar pemandu memasang aplikasi Waze ketika dalam perjalanan. Ini kerana Waze akan memberi amaran sekiranya terdapat halangan di jalan raya yang telah dilaporkan oleh pengguna lain.
Dalam masa sama, seorang individu berkongsi bahawa saudaranya sekeluarga telah maut akibat kemalangan dengan sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan sedemikian rupa.





Pasangkan Segi Tiga Kecemasan Jika Terpaksa Berhenti Di Tepi Jalan
Jika anda terpaksa berhenti di tepi jalan akibat kecemasan, pihak PLUS Malaysia mengingatkan agar memasang segi tiga kecemasan.
Tanda amaran ini harus dipasang sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kenderaan.
“Jarak ini membantu memberi amaran awal kepada kenderaan lain supaya mereka dapat memperlahankan kenderaan dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan.
“Penggunaan segi tiga kecemasan amat penting bagi memastikan keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain terjamin,” katanya.
Sementara nak pasangkan tanda amaran tersebut, boleh juga aktifkan lampu hazard kenderaan terlebih dahulu.
Pastikan kereta dipandu sentiasa mempunyai segi tiga kecemasan. Jika tidak, gunakan objek lain seperti kon, kotak atau kayu sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain.
Selain itu, jangan duduk di dalam kenderaan, tetapi keluar dan berdiri di belakang penghadang jalan raya bagi mengelakkan musibah sekiranya kemalangan berlaku.
[Video] Trak Flatbed ‘Angkut’ Lori Senget Di Highway Buat Ramai Seram
Baca Artikel Berkaitan: “Nampak Bahaya” – Lori Treler Didakwa Bawa Blok Batu Tanpa Penghadang Buat Ramai Risau [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hampir Dirempuh Motosikal, Insiden Kontena Tercabut Dari Kepala Lori Bikin Ramai Seriau
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



