“Hidupkan Fesyen Tradisi” – Trend Pemakaian Selendang & Payung Nyonya Di Aidilfitri Dipuji Ramai
Kalau zaman dahulu, para wanita menggayakan selendang dengan baju kebaya, kini kita boleh lihat ramai kaum Hawa mula memakainya bersama baju kurung moden.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, semakin lama, golongan anak muda kini sudah mula beralih kepada fesyen-fesyen terdahulu. Ramai yang berpendapat ianya estetik dan menghidupkan lagi nostalgia tradisi lama.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang Peneroka Warisan dan Penggaya Gaya Klasik dikenali sebagai Rayn Amrillah berkongsi beberapa foto dirinya bergambar di bangunan Sultan Abdul Samad di di Dataran Merdeka.
Apa yang menarik perhatian adalah dia bersama rakan-rakannya memperagakan sut lengkap kemeja dan tali leher bersama beg kerja, yang difahamkan fesyen-fesyen terdahulu dan kegilaan anak muda sekitar tahun 60-an.
Baca Artikel Berkaitan: “Nostalgic Vibes” – Ramai Sokong Hidupkan Trend Pemakaian Fesyen ‘Old Malaya’ Di Bangunan Sultan Abdul Samad [Video]
Selendang & Payung Nyonya Jadi Pilihan Aksesori Tambahan Kaum Wanita Pada Aidilfitri Ini
Bersempena perayaan Aidilfitri kali ini pula, terdapat beberapa trend fesyen yang mula diikuti kaum Hawa iaitu pemakaian aksesori tambahan kepada baju kurung iaitu selendang dan juga payung nyonya.
Menurut usahawan Nabilah Nordin di akaun threads miliknya, budaya pemakaian sebegitu menghidupkan lagi fesyen orang Melayu dahulu.
“Selendang kepala, payung, kebaya warna warni. Dari dulu 😍,” katanya.

Dalam satu hantaran lain, wanita itu turut berkongsi beberapa gaya dan gambar dari majalah lama memperlihatkan orang Melayu terdahulu memperagakan selendang pada bahu dan juga atas kepala.
Kalau zaman dahulu, para wanita lebih selesa mendandankannya bersama baju kebaya klasik. Tetapi kini, anda boleh lihat penggunaan selendang itu lebih versatil yang mana ramai memakainya bersama baju kurung moden dan diletakkan sekali dengan brooch berkilauan.

Menurut pandangannya, trend ini wajar dikembalikan semula bukan sahaja bersempena perayaan tetapi juga sesuai diperagakan di mana-mana majlis.
“Ni real style zaman dulu-dulu. Dulu tak ada media sosial pun tapi dorang lagi glamor (bergaya),” katanya.
Jelas Nabila, pemakaian selendang dan penggunaan payung nyoya itu turut menaikkan seri seseorang di musim lebaran ini.
“Warna kulit dan ciri wajah kita seolah-olah dicipta untuk serlahkan warna, serta pakaian yang mewah dan penuh hiasan. Jom kita hormati budaya dan asal usul kita,” tambahnya lagi.
View on Threads
Orang Ramai Setuju Pemakaian Selendang & Payung Nyonya Lebih Meriah Tahun Ini
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju untuk menggalakkan lagi pemakaian selendang di kalangan wanita di Malaysia.
“Sukanya style ni (jadi) trend balik. Sangat Melayu,” kata seorang wanita.
“Ini sesuatu yang patut kita raikan semasa Hari Raya. Cantik!” tambah seorang pengguna Threads.
Malah ada juga individu yang berharap lebih banyak jenama pakaian memfokuskan kepada fesyen selendang selepas ini.
Sementara itu, ramai mahu trend pemakaian selendang ini kekal lama di kalangan masyarakat.
“Saya nak trend ni kekal sampai bila-bila sebab muka Melayu kita ni, dan watak kita yang lembut nampak sangat naik (seri) bila pakai warna-warni dengan lapisan fabrik. Suka sangat!” kata seorang netizen.





Tutorial Pakai Selendang Pelbagai Gaya
Jika anda pertama kali nak cuba memakai selendang, ia mungkin agak sukar dan leceh memandangkan hadir dengan pelbagai jenis. Paling popular adalah satin atau chiffon satin.
Untuk mengelakkan ia mudah terjatuh dan terletak elok pada badan, kami sarankan anda cuba pakai selendang jenis cotton, songket atau yang mempunyai tekstur seperti jahitan sulam.

Berikut kami kongsikan juga beberapa tutorial mudah untuk anda ikuti. Yang penting kena selalu practice, barulah menjadi!
Antaranya:
@deealimin 3 cara senang nak pakai selendang tapi versi tak berapa awam #rayaseries ♬ original sound – dee
Tonton video penuh [DI SINI].
@aidarazman — selendang bahu styles you can try di aildilfitri nanti gais 🌙 tudung yang aida pakai: 1) Maroon LE Heirloom in Berry (shawl Maroon) 2) Cross Stitch in Daisy (shawl Butter yellow) 3) Selendang bahu – Heirloom Selendang in Cotton Candy all from @TudungPeopleOfficial #AidaRayaDiary2026 ♬ original sound – aida razmannn
Tonton video penuh [DI SINI].
@aintasnim Make sure save siap! 🫶🏻 #raya #raya2026 #selendang #bajuraya #tutorial @Byaqla ♬ original sound – aintasnim
Tonton video penuh [DI SINI].
@sfeashraa ✨Episode 18 of EJGB: my selendang recommendations untuk raya 2026🫶🏻 some of these mungkin dah sold out sbb i beli dah lama 🙁 stay tuned for part 2! btw if you are a business owner yang jual selendang, please feel free untuk guna ruangan comment i untuk promote your business sbb ramai yang tgh mencari selendang niii👀 #EidJustGotBetter #selendang #raya2026 #bajuraya ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selendang Bahu Jadi Gaya Pilihan Ramai, Ini 4 Style Naikkan Seri OOTD Di Pagi Raya
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri
Baca Artikel Berkaitan: Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



