Now Reading
[Video] Sangkut Jem Ketika Isteri Nak Bersalin, Tindakan Orang Ramai Beri Laluan Buat Si Suami Rasa Sebak

[Video] Sangkut Jem Ketika Isteri Nak Bersalin, Tindakan Orang Ramai Beri Laluan Buat Si Suami Rasa Sebak

Oleh disebabkan ramai pengguna jalan raya memberi kerjasama, perjalanan dari Rembau menuju ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban mengambil masa 14 minit sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Situasi jalan raya yang sesak ketika musim perayaan adalah sesuatu yang normal, tidak kira yang mahu balik kampung ke arah Pantai Timur atau Selatan. Walaupun sudah merancang awal, tetapi masih ada di antara kita yang tersangkut.

Waktu inilah ramai berharap agar tiada sebarang kes kecemasan berlaku. Mana tidaknya, ada pemandu kereta yang terpaksa mematikan enjin buat seketika kerana kenderaan yang berhenti terlalu lama di atas jalan.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada sebuah keluarga apabila mereka tersekat dalam kesesakan trafik semasa mahu menuju ke sebuah hospital.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Cemas Lihat Momen Ibu Mengandung Dibawa Ke Hospital Naik Axia

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Keluar Kepala!” – Ibu Bapa Tenang Sambut Kelahiran Anak Dalam Kereta Raih Pujian

Penunggang Motosikal Bantu Buka Laluan Kepada Kereta Bergegas Ke Hospital

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syafiq berkongsi situasi cemas yang dilalui semasa momen-momen menyambut kelahiran cahaya matanya yang kedua.

Menerusi klip perkongsian, kelihatan Syafiq sedang bergegas untuk membawa si isteri yang mahu bersalin ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Namun disebabkan trafik sesak akibat perayaan Aidilfitri, tempoh perjalanan mengambil masa yang lama.

Rezeki pada hari lebaran, ada penunggang motosikal yang tampil membantu mengiringi kereta Syafiq sampai menuju ke pintu hadapan hospital. Malah dia juga meminta orang ramai untuk membuka laluan.

“(Jarak perjalanan) 30KM lebih tapi Alhamdulilah berkat abang tu (penunggang motosikal) saya sampai dalam masa 14 minit je,” katanya.

Semua Pengguna Jalan Raya Turut Beri Laluan

Alhamdulillah, kesemua pengguna jalan raya pada ketika itu dilihat memberi kerjasama yang baik meskipun tersangkut lama dalam kesesakan trafik terbabit.

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat abang-abang yang bantu saya pada malam 23 Mac 2026, hari raya ke-3.

“Terima kasih pada abang yang bantu saya sebab bertungkus-lumus tolong saya escort dari Rembau, Negeri Sembilan sampai la ke Hospital Tuanku Jaafar dan juga tak lupa pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerjasama.

“Allah je dapat balas kebaikan semua. Saya isteri dan anak saya selamat tiba,” katanya di ruangan kapsyen.

@syafiqmaseiana_ Pertama sekali saya nak ucap kan ribuan terima kasih buat abang abang yang bantu saya pada malam 23/3/2026 hari raya ke 3 terima kasih pada abang yang bantu saya sebab bertungkus-lumus tolong saya dari Rembau negeri sembilan sampai la ke hospital Tuanku Jaafar eskot dan jugak tak lupa pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerja sama 🥹🙏🏼Allah je dapat balas kebaikan semua saya isteri dan anak Saya selamat tiba terima kasih kepada sesiapa yang mengenali abang ni ataupun kenal ataupun tuan sendiri yang menonton video ni dm saya nya🥹🙏🏼 ##seremban##rembau##terimakasih #orangbaik ♬ bunyi asal – 🎧 MUSIC_LIRIK.TIGER

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Usaha Penunggang Motosikal & Pengguna Jalan Raya Buka Laluan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji dan berterima kasih kepada semua pengguna jalan raya yang melancarkan urusan ibu hamil yang mahu bersalin pada malam itu.

“Kepada pemilik kenderaan yang terlibat, terima kasih kerana memberi laluan. Anda patut berbangga sudah menjadi hero dan heroin,” kata seorang lelaki.

“Orang Malaysia semua baik-baik. Semua dalam kereta tu ada banyak bangsa, banyak agama tetapi tetap tolong-menolong. Respect!” tambah seorang lagi netizen.

Malah ada juga individu yang memberi peringatan supaya tidak berkira menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

“Percayalah bila kita mudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Tips Jika Tersangkut Dalam Trafik Sesak Ketika Hampir Bersalin

Buat ibu hamil yang akan bersalin tidak lama lagi, pasti banyak persediaan sudah mula dilakukan. Namun begitu, kadangkala kita tidak boleh terlepas dalam situasi kecemasan.

Di sini kami kongsikan tips yang perlu dilakukan oleh para ibu jika berdepan situasi sama iaitu tersangkut dalam trafik sesak semasa menuju ke hospital untuk bersalin. Antaranya:

Foto: Ibu hamil dalam kereta
  • Bertenang dan periksa kekerapan kontraksi. Panik boleh menyukarkan proses melahirkan anak.
  • Hubungi talian kecemasan 999 dengan kadar segera untuk memaklumkan tentang situasi semasa.
  • Hidupkan lampu kecemasan (hazard light) dan jika perlu, minta bantuan orang sekitar untuk memberi laluan.
  • Sediakan ruang selesa untuk si ibu sebagai contoh condongkan tempat duduk, longgarkan pakaian ketat, dan memastikan ada pengudaraan yang baik.
  • Jika tidak sempat sampai ke hospital dan bersalin dalam kereta, gunakan kain atau selimut untuk menutup bayi dan ibu sementara menunggu bantuan. Ini penting bagi mengelakkan hipotermia.

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Hiking, Ini Perlu Anda Tahu & Sediakan Untuk Elak Hipotermia

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Kongsi Detik Cemas, Penumpang Lahirkan Anak Dalam Kereta Ketika Perjalanan Ke Hospital


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd