[Video] Lelaki Isi Minyak Dalam Tong Plastik Ada Permit Sah & Patuhi Peraturan
Jelas Pengarah KPDN Pulau Pinang, Jegan R. Subramaniam penjualan bahan api ke dalam bekas selain daripada tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit sah adalah satu kesalahan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tular di media sosial memaparkan video seorang lelaki sedang mengisi minyak petrol ke dalam tong plastik yang diletakkan di bahagian but belakang.
Dalam video tular itu, dia dipercayai menggisi minyak petrol RON95 ke dalam tong berkenaan ketika berada di sebuah stesen minyak di Jalan Tengah, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Video itu kemudiannya mendapat perhatian netizen, hingga ramai yang meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut.
View on Threads
KPDN dedah lelaki tular isi minyak dalam tong plastik ada permit sah
Terbaharu, KPDN Pulau Pinang dalam satu kenyataan menjelaskan lelaki yang tular mengisi minyak dalam tong berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mempunyai permit yang sah.
Menurut Pengarah KPDN Pulau Pinang, Jegan R. Subramaniam susulan daripada aduan yang diterima, satu pasukan pengawai penguat kuasa KPDN Pulalu Pinang telah hadir ke lokasi terbabit untuk melakukan siasatan lanjut dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai insiden itu.
“Hasil semakan mendapati bahawa individu berkenaan yang merupakan seorang nelayan dan mempunyai permit sah bagi pembelian bahan api mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta tertakhluk kepada had kuota yang telah ditetapkan.
“Sehubungan itu, aktiviti pembelian minyak oleh individu tersebut adalah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan sebarang kesalahan.
“Sebarang pembelian melebihi 20 liter ke dalam tong hendaklah mendapatkan permit khas barang kawalan berjadual daripada KPDN. Permit khas tersebut lazimnya diberikan bagi kegunaan tertentu seperti pengoperasian jentera pertanian dan perikanan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan,” jelasnya.
Pembelian lebih dari 20 liter tanpa permit boleh dikenakan tindakan
Ujar beliau lagi, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan di stesen-stesen minyak.
Ini kerana, penjualan bahan api ke dalam bekas selain daripada tangki asal kenderaan yang melebihi daripada 20 liter tanpa permit yang sah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun menyebarkan maklumat yang tak tepat sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
“KPDN terus komited dalam menghasilkan pematuhan undang-undang serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.”
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan menerusi saluran rasmi untuk memastikan tindakan dan siasatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan seperti berikut:
- WhatsApp – 019 848 8000
- Portal e-Aduan KPDN: http://eaduan.kpdn.gov.my
- Call centre: 1800-886-800
- Aplikasi telefon pintar: ezAdu KPDN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



