“Mak Ayah Didik Dia Dengan Baik” – Kanak-kanak Doakan Tuan Rumah Selepas Habis Beraya Raih Pujian
Seorang kanak-kanak lelaki yang memimpin kumpulan rakannya itu mendoakan agar tuan rumah sekeluarga diberkati Allah SWT dan diluaskan rezekinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali tiba musim Aidilfitri, mesti rumah kita akan dikunjungi ramai orang tidak kira saudara-mara yang duduk jauh ataupun jiran yang sudah lama tidak berjumpa.
Namun antara perkara yang timbul setiap kali perayaan adalah sikap tetamu yang tidak menjaga adab dan bertindak sesuka hati di kediaman orang lain.
Perkara tersebut bukan sahaja menyusahkan orang lain, tetapi juga mungkin mengguriskan hati insan yang mempelawa ke rumah.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Cuma Simpan” – Penasihat Kekayaan Kongsi 3 Cara Uruskan Duit Raya Anak
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Kasi Mama Pakai” – 2 Anak Lelaki Tukar Duit Raya Kepada Cincin Emas Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kampung Tak Nak Kiss” – Keluarga Hanya Ketawa & Tak Tegur Adab Si Kecil Ketika Salam Raya Jadi Perhatian
Sekumpulan Kanak-kanak Doakan Kesejahteraan Tuan Rumah Sebelum Pulang Beraya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nadia berkongsi sikap sopan sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya ke kampungnya di Jalan Paip Meru, Selangor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memimpin rakan lain membaca doa di ruang tamu.
Menurut Nadia, budak-budak lelaki tersebut bertindak menadah tangan dan menitipkan doa buat tuan rumah yang melayan mereka ketika datang menziarah sewaktu perayaan Aidilfitri.
“Berikanlah keberkatan kepada tuan rumah ini. Semoga tuan rumah sekeluarga diberikan kesihatan yang baik, dan dilapangkan rezeki dan diampuni dosanya,” kata budak lelaki tersebut.
Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Nadia selain memuji ibu bapa yang mendidik anak dengan adab sebegitu.
“Bagus budak-budak ni, datang raya, lepas makan nak balik baca doa untuk tuan rumah dulu. Alhamdulillah bagus didikan mak bapak dia,” katanya di ruangan kapsyen.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Main Terjah Rumah Orang” – Ini Senarai Nasihat Berguna Sempena Aidilfitri 2024
Ramai Puji Kanak-kanak Titip Doa Yang Baik-baik Buat Tuan Rumah
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji sikap budi pekerti kanak-kanak yang datang beraya ke rumah itu dan ibu bapa yang berjaya mendidik mereka.
“Ya Allah bagusnya anak macam ni. Hebat sungguh didikan ibu dan ayah anak ni. Ya Allah Kau berikanlah keberkatan hidup buat anak soleh ni,” kata seorang pengguna Threads.
Seorang individu yang mengakui ahli keluarga kanak-kanak tersebut berkata mereka sudah terbiasa dengan amalan membaca doa untuk tuan rumah.
“Anak buah dan anak-anak saya tu. Memang keluarga besar kami akan membaca sedikit doa untuk tuan rumah ketika kami beraya. Jadi anak-anak kami pun buat perkara yang sama ketika beraya ke rumah orang lain. Alhamdulillah,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga warganet berharap agar kanak-kanak itu akan istiqamah dan terus menyantuni setiap pemilik rumah selepas ini.
“Generasi baru Malaysia. Semoga terus kuat dan istiqamah untuk menempuh fitnah akhir zaman yang semakin menjadi-jadi sekarang ni,” kata seorang lelaki.







Raya 2026: Adab Ziarah Rumah Orang
Dalam masa kita berseronok beraya ke rumah orang, jangan lupa pula adab dan etika. Insya-Allah, tetamu gembira, tuan rumah pun senang hati orang mengambil masa untuk berziarah ke rumah.
Berikut antara common sense yang tetamu perlu tahu ketika beraya di rumah orang. Antaranya:

- Kawal kelakuan anak-anak, jangan sampai mereka merosakkan harta benda tuan rumah
- Beritahu awal sebelum datang agar tuan rumah lebih bersedia
- Jangan sesuka hati cium bayi kecil
- Ringankan tangan tolong basuh pinggan selepas makan meskipun tuan rumah suruh tinggalkan sahaja dalam singki
- Makan kuih raya berpada-pada
- Jamah sedikit makanan yang dihidangkan walaupun sudah kenyang
- Jangan merokok di kawasan rumah
- Jangan beraya di rumah sehingga lewat malam
- Jangan tanya soalan sensitif kepada tuan rumah
- Henti tabiat buka dan periksa jumlah dalam sampul raya depan si pemberi
Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Kenapa Ramai Ibu Ayah Susah Nak Cakap “Jangan Cium Baby Saya”? Ini Ulasan Dr Nisa Khalil
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 ‘Common Sense’ Tetamu Perlu Tahu Bila Beraya Di Rumah Orang Nanti!
Baca Artikel Berkaitan: “RM2 Je?” – Wanita Kecewa Ibu Bapa Tak Tegur Anak Buka Sampul Duit Raya Depan Si Pemberi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



