Now Reading
“Banyak Salah Faham Di Barat” – Wanita Sweden Teruja Belajar Maksud Sebenar Ramadan & Rukun Islam

“Banyak Salah Faham Di Barat” – Wanita Sweden Teruja Belajar Maksud Sebenar Ramadan & Rukun Islam

Wanita dikenali sebagai Edina itu berkata, banyak salah faham yang timbul tentang agama Islam di negara Barat sehingga menyebabkan ada segelintir individu bersikap rasis terhadap komuniti Muslim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, negara ini terdiri dari penduduk berbilang kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, penting untuk kita menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian di Malaysia.

Dalam masa sama, ia adalah peluang yang baik untuk kita belajar tentang agama lain. Dengan cara itu, kita akan lebih memahami mengapa dan hikmah di sebalik amalan dan ibadah yang dilakukan mereka selama ini.

Ia juga mungkin boleh mengelakkan orang ramai daripada mempunyai salah faham terhadap sesuatu agama.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Saya Makan Dulu? Sangat Lapar” – Non-Muslim Minta Izin Makan Depan Wanita Berpuasa Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Suka Vibes Ni!” – Ramai Teruja Non-Muslim Sertai Sesi Buka Puasa Di Dataran Putrajaya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

Wanita Sweden Baru Tahu Puasa Adalah Rukun Islam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita berasal dari Sweden yang kini menetap di Malaysia dikenali sebagai Edina berkongsi satu kisah sewaktu berbuka puasa di rumah rakannya.

Jelas Edina, selepas iftar bersama ahli keluarga rakannya, dia berpeluang melihat sendiri mereka menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

“Pada mulanya ia terasa sangat tak patut (perhatikan Muslim solat) sebab kita tahu tu (solat) sesuatu yang sangat intim. Tetapi sebenarnya sangat menarik untuk dilihat dan agak indah sampai saya betul-betul bergenang air mata,” katanya.

Tambah Edina, bapa kepada rakannya kemudian menjelaskan mengapa umat Islam diperintahkan untuk berpuasa di bulan Ramadan memandangkan dia juga mahu cuba berpuasa.

Ramai Penduduk Negara Barat Salah Faham Terhadap Agama Islam

Jelas si bapa, umat Islam perlu taat kepada lima kewajipan. Dalam konteks ini adalah Rukun Islam dan salah satunya adalah berpuasa di bulan Ramadan.

“Sudah tentu kita (individu bukan Muslim) tak tahu sangat. Saya cuba untuk berpuasa tetapi bukan disebabkan agama jadi agak menarik dengar penjelasan dari seseorang yang sangat berpengalaman (puasa).

“Dia kongsi kalau kita solat berjemaah, kamu dapat tambahan.. saya tak ingat apa ia dipanggil tapi macam point kebaikan (pahala) yang mana saya rasa ia sangat menarik,” katanya.

Pencerahan tentang agama Islam itu membuatkan Edina menyedari bahawa terdapat banyak salah faham yang timbul tentang agama tersebut di negara Barat sehingga menyebabkan ada segelintir individu bersikap rasis terhadap komuniti Muslim.

Terharu Ramai Muslim Dakwah Dengan Baik & Bukan Secara Memaksa

Malah dia juga kagum dengan kenyataan bahawa umat Islam tidak sepatutnya memaksa orang bukan Muslim untuk memeluk agama Islam sebaliknya hanya menyampaikan dakwah.

“Dia buat (jelaskan) dengan cara yang tidak memaksa dan menekan-nekan yang membuatkan saya kagum untuk dengar apa yang dia nak cakap. Saya perasan di media sosial juga.

“Tiap kali saya buat benda salah, tersilap cakap atau tidak faham tentang sesuatu, orang (Muslim) akan sentiasa bersedia untuk beritahu saya perkara yang betul dan kebanyakan komen sangat baik serta hanya mahu memberi ilmu baru kepada saya. Diorang bukan berniat jahat atau sengaja cari salah saya.”

Hargai Teguran Sopan Umat Islam Tentang Adab Pemakaian

Malah sebelum ini ada juga Muslim yang memberitahu Edina tentang adab pemakaian di bazar Ramadan. Jelas wanita tersebut, dia sangat menghargai teguran ikhlas berkenaan.

“Saya cuma rasa ramai individu (bukan Muslim) ada banyak salah faham yang mana berfikir umat Islam bersifat memaksa ketika berdakwah. Saya tidak setuju.

“Banyak salah faham timbul di negara Barat dan saya rasa mungkin individu (bukan Muslim) patut duduk dengan mereka dan tanya ‘apa yang awak percaya dan kenapa?’. Mungkin salah faham tu akan terbukti salah dengan sangat cepat,” katanya di akhir perkongsian.

@edinanana Welcome to my ted talk hahaha #kl #malaysia #kualalumpur #foodie #fyp ♬ original sound – Edina 🇸🇪 -> 🇲🇾

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Tersentuh Non-Muslim Terbuka Hati Untuk Belajar Tentang Islam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu wanita tersebut sudi belajar tentang agama Islam.

“Saya suka awak hormat, tak menilai dan bertanya banyak sangat. Saya juga suka tengok awak betul-betul nak tahu berbanding daripada memaksa macam orang lain,” kata seorang wanita.

“Awak sangat baik sebab berfikiran terbuka terhadap agama lain dan tunjukkan sikap hormat. Moga awak dan suami sentiasa diberkati,” tambah seorang lagi netizen.

Malah ramai juga individu berharap agar orang bukan Muslim tidak malu untuk bertanya apa-apa soalan mengenai Islam.

“Saya suka awak cuba belajar benda baru tentang kami. Berfikiran terbuka. Jom berbual dengan kami, kami (Muslim) bukan raksaksa. Kami sayang semua tidak kira Muslim atau tidak,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@edinanana)

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: “Sayang Malaysia!” – Ramai Beri Kata-Kata Positif Selepas Wanita Non-Muslim Tanya Jika Boleh Makan Di Bazar

Baca Artikel Berkaitan: “Raya Bukan Setakat Baju Baru” – JAKIM Kongsi Kemenangan Sebenar Bagi Para Muslim Menjelang Syawal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd