Now Reading
“Ala-ala Old Vibes” – Ramai Teruja Lihat Suasana Aidilfitri Dalam Tren Excursion KTMB

“Ala-ala Old Vibes” – Ramai Teruja Lihat Suasana Aidilfitri Dalam Tren Excursion KTMB

Lain daripada lain, tren Excursion Railway To See Malaysia (RTSM) yang diperkenalkan KTMB ini mempunyai dekorasi dalaman seolah-olah kereta api terdahulu. Siap ada kipas siling.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aidilfitri tahun ini memang penuh debaran. Macam-macam spekulasi muncul, sama ada raya diisytiharkan pada 20 Mac (Jumaat) atau 21 Mac (Sabtu).

Oleh disebabkan tidak tahu jatuh pada tarikh yang mana, orang ramai sudah mula bergerak pulang ke kampung. Ramai yang perlu menempuh perjalanan dalam kereta hingga berbelas-belas jam.

Namun buat segelintir yang tidak mahu hadap trafik sesak, mereka lebih memilih menaiki pengangkutan awam disediakan, sebagai contoh menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke kawasan Pantai Timur.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Nak Balik Raya, Wanita Ini Cadang Muat Turun Aplikasi PLUS Elak Kesesakan Jalan

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Selamatkan Nyawa” – Pakar Kongsi ‘Butang Magic’ Dalam Kereta Untuk Elak Pening Ketika Perjalanan Jauh Ke Kampung

Baca Artikel Berkaitan: Balik Kampung 2 Hari Pun Tetap Kena Hadap Trafik Sesak Hampir Berbelas Jam, Berbaloi Ke? [Video]

Tren Excursion RTSM KTM Dihiasi Lampu Lip-lap Sempena Aidilfitri

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Aizat Nordin berkongsi suasana di dalam tren KTMB laluan KL Sentral – Sungai Petani.

Lain daripada biasa, kereta api itu dilihat berbeza dan lebih meriah. Menerusi salah satu foto dikongsi Aizat, kelihatan banyak kipas siling dan juga lampu lip-lap dipasang dalam koc yang dipenuhi penumpang lelaki.

Meja dan kerusi juga kelihatan berbeza dengan kereta api KTM yang lain. Kebiasaannya tren harian biasa mempunyai kerusi fabrik berwarna biru bukannya merah manakala tiada meja disediakan.

Penumpang Boleh Santai Berbaring Sambil Tonton Filem

Dalam satu lagi foto, kelihatan penumpang diberi pilihan untuk duduk di atas lantai yang berlapik atau sofa duduk lantai. Malah ada juga koc yang menyediakan paparan filem untuk ditonton sepanjang perjalanan.

Penumpang juga boleh baring di koc itu! Sesuai la buat mereka yang sakit pinggang akibat perjalanan jauh.

Menurutnya, itu adalah tren khas Excursion Railway To See Malaysia (RTSM) yang diperkenalkan hampir setiap kali musim perayaan. Namun begitu, tempoh perjalanannya mengambil masa sedikit lama berbanding ETS (Electric Train Service).

Jelas Aizat, tren tengah malam itu mengambil masa tujuh jam untuk tiba di destinasi.

View on Threads

Ramai Tertarik Dengan Vibe Tren Lama KTMB

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang tidak sangka wujudnya tren Excursion RTSM ini.

“Tak pernah nampak dan tak pernah naik pun. Nampak menarik la ala-ala old vibes,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ada yang berkata kereta api Excursion ini bertujuan memastikan tren-tren lama bergerak.

“Tren Excursion ni memang ada sekali-sekala sebab mereka perlu pastikan tren lama terus beroperasi. Biasanya dalam seminggu dua akan ada satu perjalanan tren Excursion.

“Harganya lebih murah berbanding ETS, tetapi masa perjalanan lebih lama. Tren ni sebenarnya ditujukan untuk pelancong,” kongsi seorang wanita.

Sementara itu, warganet juga teruja melihat tren yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri.

“Wow! Ni kereta api apa? Macam mana nak tempah tren macam ni?” tanya seorang netizen.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Raya” – Deko Lampu Warna-warni Di Flat Sempena Aidilfitri Buat Orang Ramai Terpegun

KTMB Tawar Tren Khas Untuk Ramadan & Aidilfitri 2026

Untuk info, tren Excursion edisi Ramadan dan tren Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) untuk laluan Pantai Timur dan Utara ini sudah mula dilancarkan sejak 30 Januari lalu.

Servis tren khas ini disediakan bagi membantu orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung dengan lebih awal dan selesa sepanjang bulan Ramadan sekaligus memudahkan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah pakej yang ditawarkan untuk edisi Aidilfitri:

  • Kelas Superior (normal): RM80
  • Kelas Superior (katil atas): RM90
  • Kelas Superior (katil bawah): RM95
  • Kelas Premier: RM95

Tren khas Excursion Ramadan dan ELA akan berhenti di 17 stesen antaranya KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Tanah Merah dan banyak lagi.

Tren Excursion tersebut turut dilancarkan pada perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd