Now Reading
[Video] Ramai Nak Balik Raya, Wanita Ini Cadang Muat Turun Aplikasi PLUS Elak Kesesakan Jalan

[Video] Ramai Nak Balik Raya, Wanita Ini Cadang Muat Turun Aplikasi PLUS Elak Kesesakan Jalan

Antara ciri lain yang terdapat dalam aplikasi PLUS adakan anda boleh membuat semakan jumlah tol yang perlu dibayar, membuat pangilan kecemasan PLUS dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa.

Apabila tiba sahaja musim perayaan, tak dinafikan ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama keluarga tercinta dan ada yang membuat keputusan untuk bercuti.

Keadaan ini pastinya membuatkan lebuh raya sesak kerana semua ingin pulang ke kampung pada waktu yang sama.

Pengguna minta orang ramai muat turun aplikasi PLUS untuk pantau lebuhraya

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads telah memberikan cadangan kepada orang ramai salah satu cara untuk mengelakkan daripada tersekat dalam lalu lintas.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @aynzyn_, dia telah menyarankan orang ramai untuk memuat turun aplikasi lebuh raya PLUS.

CCTV disediakan di sepanjang lokasi lebuhraya

Ini kerana aplikasi berkenaan turut menyediakan rakaman litar tertutup (CCTV) di sepanjang lebuhrayanya untuk memudahkan orang ramai memantau keadaan sewaktu musim perayaan berlangsung sekali gus merancang perjalanan.

Yelah adakalanya kita tidak tahu mengapakah jalan menjadi sesak, mungkin disebabkan kemalangan, pembaikan jalan dan sebagainya.

“Yang nak balik kampung tu download apps PLUS. Boleh tengok CCTV highway. Boleh lah tahu jalan jem ke tak,” ujarnya.

Dalam video yang dikongsikan, Ayna turut menunjukkan keadaan lebuh raya jam 11.27 malam pada 17 Mac.

Kelihatan lebuhraya PLUS di Damansara kelihatan tidak terlalu sesak dan trafik lancar.

Malah turut dapat dilihat juga ada beberapa lorong di lebuh raya yang ditutup menerusi CCTV tersebut.

Boleh pilih lokasi ikut destinasi dituju

Anda juga boleh memilih lokasi tertentu untuk memantau keadaan jalan sebagai contoh jika ingin pulang ke arah Utara Tanah Air.

Selain itu, aplikasi PLUS turut menyediakan beberapa ciri lain seperti:

  • Membuat semakan jumlah tol yang perlu dibayar,
  • Membuat panggilan kecemasan PLUS
  • Informasi untuk Touch N Go
  • Maklumat untuk cas kenderaan elektrik dan banyak lagi
View on Threads

Ada juga cadang boleh tengok terus di laman sesawang lain untuk pantau lebuh raya

Melihat di ruang balas, ada juga pengguna yang turut mencadangkan laman sesawang lain yang boleh digunakan oleh orang ramai seperti:

Ada juga yang mengatakan mereka sememangnya memantau keadaan jalan menerusi laman sesawang PLUS untuk melihat CCTV terbabit.

Tidak kurang ada juga menyarankan untuk masukkan informasi kad TnG untuk mengumpul mata dan ia boleh ditebus di aplikasi atau kawasan Rehat & Rawat (R&R).

Bukan itu sahaja, manfaatkan setiap kilometer anda di Lebuhraya Plus dengan mengumpul mata ganjaran PLUSMile.

Antara barangan yang boleh ditebus dari aplikasi ini:

  • Makanan
  • Snek
  • Minuman

Jadi muat turun aplikasi PLUS di App Store atau Play Store.

“Function ni”

“Link kan juga kad TnG, boleh kumpul point dan tebus barang dekat aplikasi atau R&R”

“Aku setiap kali nak balik tengok dekat laman web je. CCTV lebuhraya nanti keluar lah, ada fungsi juga”

“Kalau tak nak download apps pun boleh periksa dekat link ni Jalannow.com real time status”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd