Now Reading
“Layak Dapat Rating 5 Star” – Rider foodpanda Dipuji, Balut Air Customer Satu Per Satu Untuk Elak Tumpah

“Layak Dapat Rating 5 Star” – Rider foodpanda Dipuji, Balut Air Customer Satu Per Satu Untuk Elak Tumpah

Jelas rider dikenali sebagai Aniq Arfan, dia membeli enam gulung pembalut plastik menggunakan duit sendiri bagi memastikan minuman pelanggan tidak tertumpah di dalam begnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan pada ketika ini, memang ramai di kalangan masyarakat yang gemar menggunakan khidmat penghantaran makanan. Sebagai contoh untuk golongan pekerja, mereka lebih memilih cara itu kerana menjimatkan masa.

Bagi suri rumah yang mempunyai anak kecil atau bayi pula, servis tersebut sangat membantu memandangkan mereka kadangkala kesuntukan masa untuk memasak.

Meskipun ia memudahkan urusan, namun setiap perkara pasti ada pros dan cons. Sebagai contoh, ramai juga pelanggan yang kecewa selepas menerima makanan atau minuman yang tertumpah atau berselerak.

Mungkin disebabkan perjalanan rider tidak begitu lancar akibat jalan raya yang berbonggol, berlopak dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: “Dua Rider Sekali Tumbang” – Keadaan Jalan Berlubang Teruk Hingga Sebabkan Kemalangan Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rider Tak Kisah Kalau Customer Order Pada Waktu Hujan Sebab…

Baca Artikel Berkaitan: Rider Foodpanda Menari Dalam Hujan Jadi Hiburan Orang Ramai

Rider Foodpanda Bungkus Minuman Guna Pembalut Plastik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang rider penghantar makanan foodpanda dikenali sebagai Aniq Arfan berkongsi video dirinya sedang bertugas dan mengendalikan pesanan pelanggan.

Kebiasaannya, rider akan cepat-cepat meletakkan bungkusan makanan atau minuman pelanggan terus ke dalam beg dan bergegas dari premis F&B bagi mengejar masa. Lagi cepat urusan itu selesai, lagi banyak pesanan akan masuk.

Namun lain buat Aniq apabila dia mengorbankan sedikit masanya dan membalut minuman-minuman yang dipesan pelanggan menggunakan plastik pembalut makanan. Ia bagi memastikan air tidak tertumpah ketika dalam perjalanan.

“Orang tak buat, tak apa aku buat,” katanya.

Lelaki itu membungkusnya dengan sangat terperinci selain memastikan setiap ruang minuman dibalut kemas tanpa sebarang lubang atau bahagian terbuka.

Beli 6 Gulung Pembalut Plastik Untuk Elak Air Pelanggan Tumpah

Bukan setakat satu dua lapis sahaja, malah dia menambah beberapa lagi balutan agar minuman tidak terdedah dan akhirnya tumpah.

Jelasnya, dia sanggup membeli enam gulung pembalut plastik kerana minuman yang dibawa selama ini kerap terjatuh di dalam beg.

“Minta maaf pelanggan kalau saya menyusahkan untuk buka airnya,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Orang Ramai Harap Rider Dapat Tip Kerana Bersungguh-sungguh Jaga Pesanan Pelanggan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji usaha Aniq dalam memastikan pelanggan mendapat pesanan mereka dalam keadaan baik.

“Rider macam ni layak dapat rating 5 star! Semoga rezeki sentiasa mencurah-curah tau bang!” kata seorang pengguna Threads.

“Sebab tu saya hargai diorang (rider penghantar makanan). Tiap kali pesan, saya kasi tip sebab jaga makanan saya baik-baik walaupun kadang-kadang saya rasa bersalah juga tengok sanggup hantar masa tengah hujan,” tambah seorang lagi individu.

Malah beberapa netizen turut berharap agar Aniq meneruskan amal baiknya itu.

“Kredit patut diberikan kepada rider dan bukannya restoran untuk usaha yang mengagumkan tu. Sedihnya, pelanggan tak akan tahu siapa yang buat (balut minuman). Tetapi Allah tahu, teruskan dik!” ujar seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga kagum dengan anak muda yang sudi mengeluarkan duit sendiri bagi membalut minuman berkenaan.

“Semoga murah rezeki tuan keluarkan duit dari poket sendiri untuk hantar servis terbaik kepada pelanggan. Memang layak dapat 5 bintang dan tip extra,” kata seorang lelaki.

Walaupun bagi segelintir individu usaha rider ini nampak kecil, tapi sebenarnya banyak impak terhadap pelanggan. Pelanggan senang hati, beg rider pun tidak melekit dek minuman manis yang tertumpah.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Semua Orang Tengok, Dia Je Patah Balik” – Rider foodpanda Dipuji Bantu Wanita Tolak Kereta

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Rider Foodpanda Dipuji Lepas Bantu Tolak Motor Pakcik Tua Yang Rosak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Foodpanda Pantas Bantu Wanita Jatuh Dari Motosikal Di Lampu Isyarat Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd