Now Reading
[Video] Ramai Puji Peniaga Bazar Beri Apam Balik Free Kepada Individu Berjaya Sambung Ayat Al-Quran

[Video] Ramai Puji Peniaga Bazar Beri Apam Balik Free Kepada Individu Berjaya Sambung Ayat Al-Quran

Gerai Apam Balik Kuhot yang terletak di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya itu turut menawarkan pilihan apam balik perisa premium kepada pengunjung yang berjaya menyambung ayat Al-Quran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, banyak manfaat diperoleh jika rajin bersedekah. Walaupun pemberian tidak begitu besar, namun keikhlasan seseorang itu yang paling penting dan bermakna di sisi Allah SWT.

Sebenarnya banyak cara untuk kita menderma, bukan hanya terhad di tabung masjid atau surau sahaja.

Ramai juga golongan usahawan yang menyelitkan konsep bersedekah semasa berniaga. Sebagai contoh, memberi diskaun serta promosi atau pemberian makanan secara percuma.

Baca Artikel Berkaitan: Individu Jual 4 Bunga Kantan RM2 Sahaja, Berniaga ‘Style’ Layan Diri Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: “Portion 2-3 Orang” – Peniaga Jual Makanan Selambak 1 Pinggan Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Semoga Murah Rezeki Dia” – Pemilik Kedai Belanja Pelanggan Makan Lepas Tengok Ramai Beratur Panjang

Peniaga Bazar Tawar Apam Balik Percuma Jika Berjaya Sambung Ayat Al-Quran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Amira berkongsi sebuah gerai apam balik terletak di Bazar Ramadan Putrajaya yang mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah.

Jelasnya, apabila mahu membeli juadah berbuka puasa, dia bersama suami terlihat satu papan tanda yang tertulis “sambung ayat Al-Quran, percuma apam balik”.

Tidak melepaskan peluang itu, Amira meminta suaminya untuk mencuba, memandangkan pernah mengikuti kelas hafazan ketika melanjutkan pengajian di universiti dahulu.

Menerusi video perkongsian, kelihatan suami Amira sedang menyambung petikan ayat Al-Quran yang dilafazkan oleh peniaga Apam Balik Kuhot.

Individu Berjaya Boleh Pilih Perisa Apam Balik Termasuk Yang Premium

Alhamdulillah rezeki, Amira bersama pasangan menerima apam balik percuma pada petang itu. Lebih menarik lagi pengunjung yang berjaya boleh memilih apa-apa jenis perisa yang mereka mahukan.

Sumber: Threads acidixx

“Baik betul abang ni bagi je kami pilih mana-mana perisa walaupun yang premium. Apam balik sedap, banyak jagung dan penuh.

“Semoga dimurahkan rezeki abang dan akak. Kalau bukan dekat bazar diorang meniaga dekat Cyberjaya,” katanya di ruangan kapsyen.

Bukan sahaja dapat pahala dan keberkatan bersedekah tetapi dalam masa sama mengajak orang ramai untuk mengingati bacaan ayat suci Al-Quran, besar ganjarannya Insya-Allah.

Pengunjung Luah Rasa Syukur Dapat Apam Balik Percuma

Amira dalam satu lagi hantaran turut berterima kasih kepada peniaga tersebut kerana membuatkan hari mereka gembira pada ketika itu.

“Diorang (peniaga) baik sangat. Siap panggil budak-budak tahfiz yang lalu lalang untuk sambung ayat Al-Quran. Sedekah cara mereka👍,” ujarnya.

Jika anda berminat untuk menyahut cabaran dan sokong bisnes peniaga berkenaan, bolehlah singgah ke bazar dengan berbaki lebih kurang beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal tiba.

  • Lokasi: Apam Balik Kuhot, Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Sedar-Sedar Dah Briskwalk 5km” – Bazar Ramadan Panjang Di Rawang Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mudahkan Pengunjung! Ramai Suka Infografik Bazar Ramadan Presint 3, Siap Label Tapak Niaga

Orang Ramai Kagum Dengan Sifat Murah Hati Peniaga

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji peniaga kerana tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan pengunjung bazar Ramadan.

“Bagusnya, berniaga sambil beramal sedekah lagi,” kata seorang netizen.

Malah pengguna Threads turut mendoakan agar rezeki peniaga apam balik berkenaan diperluaskan.

“Moga gerai abang ni sentiasa berlimpangan pelanggan dan moga laku hingga habis licin (jualan). Amin,” ujar seorang lelaki.

“Weh bagusnya kedai ni. Semoga kedai ni viral hingga pemilik kaya-raya,” tambah seorang lagi individu.

Sementara itu, ada juga pembeli yang sempat berkongsi kebaikan si peniaga pada tahun-tahun sebelum ini.

“Tahun lepas dapat apam balik premium juga tapi sebab saya ibu mengandung. Hehe rezeki bayi. Memang sedap apam balik kedai abang ni,” kata seorang wanita.

Berikut antara komen-komen warganet:

Sumber: Threads acidixx

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dilatih Sejak Lahir, Bayi Ini Boleh Sambung Bacaan Surah Lazim Al-Quran

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Telinga Dengar” – Konten Sambung Bacaan Al-Quran Sebelum Terima Duit Raya Curi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd