[Video] Situasi Masjid TNB Meriah Dengan Jemaah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan Bikin Ramai Kagum
Masjid TNB di Bangsar, Kuala Lumpur turut menyediakan sahur buat para jemaah yang hadir ke masjid tersebut selepas selesai melakukan ibadah qiamullail.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun umat Islam sudah semakin hampir dengan Hari Raya Aidilfitri, itu tidak melunturkan semangat mereka dalam memperbanyakkan ibadah pada saat-saat akhir bulan Ramadan ini.
Ramai yang mengambil peluang dalam melakukan pecutan terakhir untuk mengumpul pahala dalam bulan mulia ini.
Antara ibadah sunat yang dilakukan termasuklah beriktikaf di masjid dan melakukan qiamullail sepanjang malam.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Turutan Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Qiamullail Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Masjid TNB Bangsar Meriah Dengan Jemaah Yang Beriktikaf & Qiamullail
Baru-baru ini, video yang dimuat naik ke TikTok (@luq0_) menyaksikan keadaan di Masjid TNB di Bangsar, Kuala Lumpur yang dibanjiri jemaah.
Namun yang menariknya, masjid itu bukan dikunjungi jemaah hanya saat berbuka puasa atau solat tarawih sahaja.
Kelihatan orang ramai masih memenuhi ruangan masjid sekitar 12 tengah malam dan dipercayai mereka beriktikaf di rumah Allah itu demi menjalani ibadah sunat.
Mereka dilihat sedang berbaring dan tidur di kawasan tempat solat yang telah dimalapkan lampunya. Siap ada yang berselimut! Memang nampak selesa betul.
Jemaah Siap Boleh Bersahur Di Masjid TNB Selepas Qiamullail
Sekitar jam 4.45 pagi pula, kelihatan orang ramai sudah mula menjalankan solat malam atau qiamullail beramai-ramai.
Ruangan masjid yang tadi sunyi kini diisi dengan ayat-ayat suci Allah SWT.
Lebih menarik lagi, Masjid TNB turut menyediakan sahur bagi para jemaahnya yang beriktikaf di sana. Kelihatan orang ramai berpusu-pusu untuk bersahur sekitar jam 5.15 pagi.
Berdasarkan komen yang ditinggalkan, difahamkan mereka yang berminat untuk beriktikaf di Masjid TNB perlu berdaftar terlebih dahulu dan harus hadir ke masjid sebelum jam 12 tengah malam.

@luq0_ POV : When Allah jemput kau sekali lagi ke Masjid TNB Bangsar tapi bukan untuk Taraweh #Ramadan #fyp #10lastdays #malam25ramadhan ♬ Di Akhir Perang Epic Orchestra Instrumental – SORA TUNE 🎹
Tonton video penuh [DI SINI].
Sahur Di Masjid TNB Disediakan Secara Bufet
Di media sosial, orang ramai turut berkongsi hidangan yang disediakan oleh Masjid TNB bagi para jemaah bagi bersahur.
Menu dihidangkan secara bufet dan bukanlah lauk biasa-biasa. Ada pelbagai pilihan lauk-pauk yang boleh dipilih.
View on Threads
Ramai Kagum Lihat Masjid Dipenuhi Jemaah Beriktikaf
Menyaksikan keadaan rumah Allah yang dipenuhi para jemaah walaupun pada tengah malam, sememangnya menimbulkan rasa kagum dan terharu dalam kalangan orang ramai.
Ramai yang menyifatkan hadir ke masjid sebagai satu bentuk FOMO (fear of missing out) yang amat bagus.
“Marilah kita bersatu dalam hal ni wahai semua umat Islam. Mari kita FOMO dengan hal seperti ini. Best tengok vibes Ramadan tahun ni,” kata seorang individu.
Mereka juga berkata beribadah di rumah Allah pasti mempunyai ketenangannya yang tersendiri walaupun masjid itu dipenuhi jemaah lain.
Dalam masa sama, ada yang berpendapat bahawa orang ramai boleh teruskan beriktikaf dan berqiamullail di masjid walaupun sudah selesai bulan Ramadan.
Semoga kita sama-sama terus mengimarahkan masjid pada bulan-bulan seterusnya.








Baca Artikel Berkaitan: Nak Berbuka Di Masjid Tapi Takut Ambil Hak Orang? Masjid Tampil Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Tenang” – Ceddy Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Masjid Buat Pertama Kali [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ramadan Sini Berbeza” – Orang Maghribi Kagum Lihat Laungan Qasidah Dari Bas Di Bukit Bintang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.