Now Reading
[Video] Penangan Viral Teh Tarik Taufufa Yang Dijual Wanita Terus Dapat Permintaan Tinggi

[Video] Penangan Viral Teh Tarik Taufufa Yang Dijual Wanita Terus Dapat Permintaan Tinggi

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan, Miera mula menjual air Teh Tarik Taufufa pada Februari lalu dan ia semakin mendapat permintaan ramai sehingga perlu menaikkan jumlah penyediaan air tersebut dari 3 liter ke 35 liter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menceburi bidang perniagaan khususnya industri makanan sememangnya tak mudah. Yelah bukan sekadar keuntungan yang perlu difikirkan.

Perkara utama adalah bagaimana produk tersebut ingin dikenali, kualiti makanan mahupun minuman yang dijual perlulah dijaga serta kebersihan terjamin.

Semua perkara itu menjadi peranan penting buat peniaga. Namun dengan adanya media sosial pada hari ini, ia secara tidak langsung banyak membantu peniaga kecil yang baru mula ingin menapak.

Bahkan siapa sangka daripada bermula dengan kuantiti yang kecil, dek kerana tular di media sosial ia terus mendapat ‘demand’ atau permintaan yang tinggi.

Peniaga tak sangka Teh Tarik Taufufa dapat permintaan tinggi

Perkara sama turut dirasakan oleh seorang peniaga wanita yang dikenali sebagai Miera Arif apabila dia mula menjual Teh Tarik Taufufa dan jualannya itu mendapat sambutan daripada orang ramai.

Menurutnya perniagaan kecilnya itu semakin dikenali oleh orang ramai dan tidak sangka ia mendapat permintaan tinggi.

“Tak pernah sangka dari penat duduk menunggu pelanggan kepada penat berdiri buat pesanan dalam satu malam,” ujarnya, di Threads.

Dari 3 liter naik ke 35 liter teh tarik perlu disediakan

Kata Miera selepas video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular, air teh tarik yang sebelum ini disediakan sebanyak 3 liter menjadi tidak cukup.

“Daripada 3 liter kepada 35 liter. Korang datang tau hari ini. Kita jual Teh Tarik Taufufa.”

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Miera menjalankan perniagaan tersebut di hadapan rumahnya di Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor.

Kelihatan di atas meja, terdapat taufufa yang dibuat sendiri dengan satu balang teh tarik.

Malah Miera turut dilihat menambah satu lagi beg teh tarik yang sudah disiapkan ke dalam balang air untuk menyiapkan pesanan pelanggan.

https://www.tiktok.com/@mieraaarif/video/7617641480391331079

Mula jual sejak Februari, selalu buat live

Menerusi semakan kami di media sosial Miera, dipercayai dia sudah mula menjual Teh Tarik Taufufa ini bermula pada Februari lalu.

Air minuman itu kemudiannya terus mendapat respon yang baik di kalangan pelanggan yang menyifatkan ia sedap dan kena dengan selera ramai.

Miera turut mempromosikan perniagaan yang dilakukan secara ‘live’ di media sosial. Bahkan dapat dilihat bagaimana perniagaannya berkembang sedikit demi sedikit.

Kelihatan pada awalnya taufufa yang dibuat sendiri hanya disediakan dalam bekas kecil namun bekas taufufa terpaksa ditukar kepada saiz besar apabila mula mendapat permintaan tinggi.

Di TikTok, Miera memaklumkan sepanjang Ramadan ini kedai minumannya itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5 petang sehingga 7 petang.

Sebelum ini, Miera turut ada menjalankan perniagaan minuman yang lain seperti Matcha dan juga Char Kuetiau.

Ramai kagum jualan meningkat dari 3 liter ke 35 liter

https://www.tiktok.com/@mieraaarif/video/7615465588088950024

Melihat di ruang balas, ramai yang kagum dengan Miera apabila jualan minumannya semakin meningkat.

Malah ada juga yang mengucapkan tahniah dan menyifatkan taufufa dan teh tarik adalah kegemaran orang ramai, jadi apabila keduanya digabung pasti memberikan kombinasi yang sangat sedap.

“Daripada 3 ke 35 liter? Mesti sedap dan yang datang tu pelanggan tetap. Congratulations sis”

“Wow naik lebih 10 kali ganda. Tahniah”

“Mimpi besar selalu dimulai dari langkah kecil”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd