Now Reading
[Video] Lari 9KM Pun Boleh Hasilkan Butter! Lelaki Ini Kongsi Caranya

[Video] Lari 9KM Pun Boleh Hasilkan Butter! Lelaki Ini Kongsi Caranya

Lelaki dikenali sebagai Cray Chng itu berkata, dia menyahut cabaran tersebut selepas melihat ada individu pernah berjaya menghasilkan mentega dengan larian 8KM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa dekat sini wajib ada stok mentega di rumah? Kadangkala makan dengan roti, ada segelintir pula yang makan kurma bersalut mentega bersempena bulan puasa ini.

Kebiasaannya, kita akan membeli mentega yang sudah tersedia dijual di pasaran kerana lebih mudah dan pantas.

Tetapi siapa sangka anda juga boleh menghasilkan mentega homemade sambil melakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan badan.

Baca Artikel Berkaitan: Snek Kurma & Mentega Kegemaran Rasulullah SAW – Dr Zulkifli

Lelaki Mahu Hasilkan Mentega Dengan Larian 9KM

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Cray Chng berkongsi caranya dalam menghasilkan mentega iaitu sambil berlari!

Dengar memang agak pelik, namun menurut lelaki berkenaan ada individu yang pernah berjaya menghasilkan mentega sambil berlari sejauh lapan kilometer (km).

Oleh disebabkan itu, dia mahu menyahut cabaran dengan menghasilkan butter ‘from scratch’ dengan larian 9KM.

Hanya Perlukan Whipping Cream & Plastik Zip Lock

Bahan yang diperlukan hanyalah whipping cream dan juga plastik zip lock. Oleh disebabkan risau cecair itu tertumpah semasa sedang berlari, Cray menggunakan dua helai plastik.

Caranya mudah sahaja, masukkan whipping cream ke dalam plastik tersebut kemudian letakkan bungkusan itu ke dalam beg drawstring untuk dibawa semasa berlari.

Jika anda melakukannya di rumah, whipping cream tersebut akan dipukul menggunakan mixer (pengadun) sebelum ia bertukar menjadi pepejal. Namun Cray menggantikan langkah memukul itu kepada larian.

Difahamkan, pergerakan larian itu membantu cecair di dalam plastik zip lock membentuk kepada blok mentega.

Sumber: Threads craychng

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Nutrisi Kongsi Cara Pilih Mentega Terbaik, Jangan Tertipu!

Blok Mentega Mula Terbentuk Selepas Beberapa KM Larian

Di dalam video berkenaan, lelaki itu akan berhenti selepas 3KM larian bagi melihat progres pembentukan mentega. Pada pusingan pertama, kelihatan mentega dan buttermilk mula terpisah.

Jelasnya, dia tidak sangka ia mula menunjukkan hasil sebegitu pantas.

Selepas 6KM larian pula, mentega bertukar menjadi lebih keras berbanding sebelumnya. Pada larian 9KM, mentega dilihat terbentuk sepenuhnya. Apa yang perlu dilakukan Cray hanyalah membuang lebihan buttermilk di dalam beg plastik.

Sumber: Threads craychng

Apabila pulang ke rumah, lelaki itu mencuba mentega tersebut dengan menyapukannya sedikit di atas permukaan roti. Tidak sangka dengan larian sahaja, proses pembuatan mentega itu menjadi seolah-olah sama seperti yang dibeli di kedai.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Berjaya Hasilkan Mentega Dengan Larian

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tertarik dengan proses pembuatan mentega cara itu.

“Terima kasih kongsi ni! Dah suruh suami saya lari 9KM, saya nak mentega segar!” kata seorang wanita.

“Syabas. Awak dapat butter yang lebih baik dan murah. Abaikan yang cakap beli butter terus lebih baik,” tambah seorang netizen.

Malah ada juga yang sempat berjenaka melihat perkongsian tersebut.

“Ni kalau aku buat maraton ultra 50KM atau 100KM tak tahulah jadi apa pula. Mahu jadi cheese kot,” seloroh seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads craychng

Baca Artikel Berkaitan: “Harap Gimik Je” – Pakar Diet Bimbang Lihat Lelaki Selamba Makan 1 Blok Butter

Baca Artikel Berkaitan: “Letak Garam & Butter” – Minah Saleh Masak Nasi Seperti Pasta, Dakwa Ini Cara Yang Sebenar [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd