“Ramadan Sini Berbeza” – Orang Maghribi Kagum Lihat Laungan Qasidah Dari Bas Di Bukit Bintang
Difahamkan, acara Qasidah yang diketuai team vokalisqasidah di atas bas dua tingkat itu sudah berlangsung beberapa hari di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena bulan Ramadan, pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan bagi mengimarahkan bulan tersebut selain mengeratkan ukhwah orang ramai di Malaysia.
Antara fenomena yang dilihat meriah tahun ini adalah sesi berbuka puasa di dataran, kehadiran anak muda yang mengagumkan di masjid-masjid, aktiviti dakwah di kawasan terbuka dan banyak lagi.
Acara sedemikian bukan sahaja disertai oleh umat Islam, malah individu bukan Muslim juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasai kemeriahan suasana Ramadan.
Baca Artikel Berkaitan: “Tempat Solat Selesa & Meriah!” – Masjid TNB Bangsar Jadi Hotspot Jemaah Gen Z Sambut Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Tenang” – Ceddy Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Di Masjid Buat Pertama Kali [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Non-Muslim Buat Muffin Untuk Beri Pada Jiran Sebagai Makanan Sahur Raih Pujian
Laungan Qasidah Atas Bas Bergema Di Bukit Bintang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita yang berasal dari Maghribi dikenali sebagai Karima Siam berkongsi suasana malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Lain daripada hari biasa, kelihatan sekumpulan lelaki sedang melaungkan Qasidah di atas bas dua tingkat, KL Hop-on Hop-off bersempena bulan Ramadan ini.
Alunan selawat tersebut bukan sahaja bergema di kawasan ibu kota malah menjadi tumpuan para pengunjung di sana.
“Ramadan di sini berbeza. Semangat Islam dapat dirasai di setiap sudut di Malaysia,” katanya di ruangan kapsyen.
@karima.siam8 رمضان هنا مختلف… روح الإسلام تشعر بها في كل زاوية من ماليزيا. 🇲🇾🕌� #morocco🇲🇦 #malaysia #kualalumpurmalaysia ♬ original sound – Karima siam
Tonton video penuh [DI SINI].
Qasidah Di Bukit Bintang Diketuai Team Vokalisqasidah
Sekadar info, Qasidah adalah satu bentuk syair atau puisi Arab klasik yang kebiasaannya diiringi muzik rebana, bertujuan untuk memuji Nabi Muhammad SAW sekaligus menyebarkan dakwah Islam dan ilmu.
Laungan Qasidah di Bukit Bintang itu diketuai oleh kumpulan vokalisqasidah. Difahamkan acara tersebut sudah pun berlangsung selama beberapa hari, bermula 11 Mac lalu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
@vokalisqasidah slow view tadi.. xde yg nk Bantu share ke #viral #vokalisqasidah #klhoponhopoff #nasyid #bilal ♬ original sound – vokalisqasidah
Tonton video penuh [DI SINI].
Pelancong Asing Lain Juga Tertarik Dengan Acara Qasidah Di KL
Dalam satu hantaran dimuat naik akaun TikTok KL Hop-on Hop-off, kelihatan para pelancong yang lain juga tidak dapat melepaskan pandangan mereka daripada kumpulan Qasidah berkenaan.
Malah ramai juga melambaikan tangan ke arah kumpulan itu sambil merakam momen tersebut.
“Ini adalah reaksi orang ramai dan pelancong yang melihat Qasidah di Kuala Lumpur semalam. Sambutan tahun ni sangat luar biasa. Berharap Qasidah ini dapat diteruskan lagi dari tahun ke tahun,” kata pengendali akaun KL Hop-on Hop-off.
@klhoponhopoff_ Ini adalah reaksi orang ramai dan pelancong yang melihat Qasidah di Kuala Lumpur semalam. Sambutan tahun ni sangat luar biasa. Berharap Qasidah ini dapat diteruskan lagi dari tahun ke tahun. #selawat #klhoponhopoff #klberselawat #zayanfm ♬ original sound – KL Hop On Hop Off
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Harap Acara Qasidah Di KL Diteruskan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sokong aktiviti dakwah sebegitu diperluas di ibu kota.
“Sayu hati tengok video ni. Nama Allah bergema di Bukit Bintang. Semoga kita dapat tengok setiap acara atau program mega di Malaysia macam ni. Tahniah,” kata seorang wanita.
Persembahan Qasidah itu bukan sahaja menjadi tumpuan ramai malah mencerminkan negara yang positif di mata luar.
“Bagusnya, kalau setiap kali Sambutan Merdeka, Tahun Baru dan lain-lain buat macam ni di setiap negeri kan bagus. Boleh jadi satu acara yang boleh menarik ramai pelancong dan bawa aura positif di negara kita,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga pengunjung yang berkongsi pengalaman mereka mendengar Qasidah di Bukit Bintang.
“Saya pun ada dekat situ. Bangga dapat tengok diorang sebab hadiahkan persembahan malam ganjil akhir Ramadan (Lailatulqadar). Mungkin itu hidangan tatapan untuk mata kita yang ada di Bukit Bintang malam tadi dari budak-budak tahfiz. Subhanallah,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: “Bukit Bintang Bergema” – Umat Islam Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Perarakan Sempena Maulidur Rasul Guna Lampu Berhias Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masak Banyak Juadah Iftar Tiap Hari & Hidang Depan Rumah, Sikap Wanita Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai Dipuji
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.